Pakej 'Stay & Explore Perak' tarikan pelancong tinggal lebih lama, sasar capai lebih 10 juta pelancong sempena TMM2026


  • Nomad
  • Rabu, 26 Nov 2025

Penglibatan komuniti tetap menjadi keutamaan.

PERAK telah menggariskan beberapa strategi utama untuk menggalakkan pelancong tinggal lebih lama di negeri itu sebagai persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee, berkata salah satu inisiatif utama ialah pakej “Stay & Explore Perak”.

Ia menawarkan diskaun dan ganjaran istimewa kepada pengunjung yang menginap sekurang-kurangnya satu malam.

 

BACA LAGI: Pastikan pilih menu 'warna-warni' sayur, kekacang dan buah antara 8 tip gaya hidup sihat

BACA LAGI: GG 4x4 wakil Terengganu ke kejohanan dunia RFC Grand Final 202

 

 

 

Loh menekankan Perak merancang menyambut 10.5 juta pelancong domestik pada 2026.

 

Beliau berkata Perak menyasarkan untuk menyambut 10.5 juta pelancong domestik dan 1.1 juta pelancong asing pada 2026 melalui inisiatif yang dirancang.

“Tourism Perak juga akan meningkatkan usaha promosi di dalam negera dan antarabangsa serta memperkenalkan kod QR pada risalah.

“Platform ‘Linktree’ akan digunakan untuk membantu pelawat mengakses maklumat, menempah penginapan, mencari panduan pelancongan dan menikmati tawaran istimewa daripada pengendali pelancongan,” katanya.

Lost World of Tambun.

 

Loh menambah pelancong boleh menantikan pengalaman meneroka tarikan seperti Gua Tempurung di Kampar, Taman Negeri Royal Belum , Gerik dan tapak warisan budaya di Kuala Kangsar dan Taiping.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan baharu, Azman Noh,  semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh.

 

Tasik Cermin, Ipoh.

 

Azman bertanya mengenai persiapan negeri untuk TMM2026, sambil menyatakan bahawa walaupun ketibaan pelancong ke Perak meningkat, statistik menunjukkan bahawa negeri ini masih belum berjaya menggalakkan pengunjung untuk menginap semalaman.

 

Kellie's Castle.

 

Loh berkata penglibatan komuniti tetap menjadi keutamaan.

“Melalui program Homestay dan Kampung-Stay, penduduk di Kampar, Lenggong dan Kuala Kangsar menerima latihan dan sokongan untuk membangunkan produk pelancongan berasaskan budaya, pertanian dan warisan tempatan.

“Kerajaan negeri juga sedang mempelbagaikan tawarannya dengan produk baharu dalam ekopelancongan, agropelancongan dan pelancongan warisan perlombongan bijih timah bagi menonjolkan identiti unik Perak,” ujarnya. —The Star

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram