ERA globalisasi ini, sudah banyak kawasan bandar dijadikan ‘kampung’ bagi memberi peluang buat mereka yang hidup di bandar dan tiada kampung halaman.
Pelbagai kaedah, landskap telah diwujudkan oleh komuniti setempat bagi menghidupkan suasana tradisional itu dengan inisiatif yang disediakan oleh sesebuah negeri.
Penduduk kampung, Mohd Amarizal Abu Bakar, 38, dari Shah Alam, Selangor, adalah antara individu yang menerima manfaat daripada perubahan sosial dan ekonomi ketara, yang dibawa menerusi inisiatif Sedulur Sekampung.
Sedulur Sekampung ialah jenama pelancongan komuniti yang mengetengahkan lokasi menarik di Zon 11 Shah Alam. 'Sedulur' bermaksud saudara dalam bahasa Jawa - mencerminkann keharmonian masyarakat dan kekayaan tradisi setempat.
BACA LAGI: Genting Highland syurga flora, taman botani terbesar Eufloria tarik pengunjung menjelang TMM 2026

Projek akuakultur termasuk ikan keli dan tilapia yang diternak dalam tangki.
“Program ini telah membawa banyak penambahbaikan kepada kawasan ini,” kata Mohd Amarizal, yang dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Jalan Kebun.
Dia memaklumkan pengurangan sampah yang bersepah, sistem kutipan sampah yang lebih teratur dan naik taraf padang rekreasi popular menjadikan Padang Rakyat Jalan Kebun lebih aman dan damai.
Begitu juga dengan pembinaan tandas awam serta jalan berturap yang dilaksanakan oleh pihak berwajib.

Shah menggunakan hasil penternakan diberi semula ke kebun masyarakat.
Kemajuan itu turut diperkukuh dengan semangat kejiranan yang tinggi yang kerap bersatu menyertai gotong-royong dan aktiviti berjalan santai komuniti.
Ini termasuk menaja makanan untuk acara tempatan, serta menawarkan restorannya sebagai ruang mesyuarat.
“Inilah cara saya membalas budi kepada masyarakat,” katanya.
Mohd Amarizal juga bangga menggambarkan Kampung Jalan Kebun sebagai sebuah 'kampung dalam bandar' di Shah Alam, dengan semangat kejiranan yang mendalam.
Sebagai pengusaha makanan, dia turut menerima manfaat secara langsung daripada laluan pengesahan perniagaan di bawah sebuah program dan inisiatif yang diketuai oleh Ahli Majlis MBSA, Muhammad Nabil Norhalim.
Mengendalikan Nasi Lemak Bonda bersama isterinya, Siti Sharaeliana Nasir, 37, Mohd Amarizal meluahkan rasa lega apabila memperoleh lesen sementara untuk kedai makan mereka.
Restorannya itu mula beroperasi sejak lima tahun lalu selepas operasi kantin kilang yang diusahakan terhenti sementara akibat pandemik Covid-19.
“Proses permohonan mudah, setelah memenuhi semua keperluan. Ini termasuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik tanah dan menyelesaikan saman pihak berkuasa tempatan.
“Saya terima lesen dalam tempoh sebulan saja selepas penghantaran permohonan. Paling penting, status sah Nasi Lemak Bonda membantu melancarkan urusan operasi lain, termasuk mendapatkan permit yang diperlukan untuk pekerja asing,” katanya.
Pasangan itu kini membimbing pengusaha makanan lain di kampung yang ingin mengesahkan perniagaan masing-masing di bawah payung Sedulur Sekampung.
Projek kebun komuniti Taman Tanjung Api-Api menjadi contoh jelas, bagaimana semangat kerjasama dapat menghasilkan kejayaan yang berbaloi dan menguntungkan.
Kumpulan yang menggerakkan projek yang terletak di dalam Kampung Jalan Kebun itu, telah berkembang daripada satu kebun kepada dua dan kedua-duanya menampilkan akuakultur bersepadu dan kebun sayur-sayuran.

Mat Zin Karim.
Projek kedua yang lebih baharu, telah dimulakan tujuh bulan lalu oleh Persatuan Penduduk Taman Tanjung Api-Api (RA) di bawah pimpinan pengerusinya Mat Zin Karim. Ia meliputi kawasan kira-kira 0.8 hektar, dengan separuh ruang dikhaskan untuk akuakultur.
“Projek ini dikendalikan oleh 20 ahli sepenuh masa dan 40 sukarelawan, yang menternak ikan keli dan tilapia dalam 16 tangki, menggunakan kaedah moden dan mampan,” jelasnya.
Ketua Biro Akuakultur dan Kebun Komuniti RA, Syah Abd Rahim, berkata projek berkenaan menggunakan amalan efisien, seperti menyalurkan air buangan kaya ammonia dari tangki ikan untuk menyiram tanaman sebagai satu bentuk fertigasi yang sangat berkesan.
Beliau berkata ikan diberi makan pelet dan larva lalat askar hitam bergantung pada peringkat usia ikan.
“Tilapia dijual segar, manakala ikan keli dijual dalam pelbagai bentuk sama ada segar, sejuk beku atau salai kepada penduduk kampung, restoran tempatan dan pembeli luar,” terangnya.
Ikan iru juga menjadi sumber pendapatan tetap antara RM7,000 hingga RM8,000 hasil daripada jualan ikan keli kira-kira empat kali setahun, dan semua hasil disalurkan semula untuk pembangunan kebun komuniti.
Mat Zin berkata hasil daripada kebun sayur seperti terung, cili dan kacang botor turut dijual kepada penduduk setempat.
Kumpulan itu juga sekali-sekala menerima tempahan ikan untuk diternak bagi majlis kenduri kahwin atau acara kumpulan besar.
Selain keuntungan kewangan, Mat Zin menegaskan bahawa projek kebun itu turut mengukuhkan hubungan kejiranan, menjadikan jiran-jiran seperti “keluarga besar dan rangkaian sokongan yang mereka harapkan apabila memerlukan bantuan.—The Star/JADE CHAN
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
