MALAYSIA merupakan negara yang boleh dikatakan mempunyai pelbagai tempat, sejarah dan cerita menarik untuk dikunjungi , dalam erti kata lain semuanya ada.
Sepertimana kita lihat persediaan sektor pelancong menerusi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026.) yang telah bermula.
Malahan ia semakin rancak memperkenalkan pelbagai lokasi baharu, hiburan dan banyak lagi aktiviti serta destinasi bagi menarik pelancong tempatan mahupun luar negara.
BACA LAGI: Gah suatu ketika dulu, kini Istana Pura Tanjung Sabtu hanya tinggalan seni bina Melayu Langkasuka
BACA LAGI: Genting Highland syurga flora, taman botani terbesar Eufloria tarik pengunjung menjelang TMM 2026

Menelusuri sungai di dalam hutan merupakan pengalaman popular di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak dan Pahang.
Pengusaha pelancongan yang berpangkalan di Sarawak, William Chiam, 50, berkata, kegiatan pelancongan hari ini telah berubah dengan ketara.
Dalam aspek pemasaran, Chiam percaya pengusaha pelancongan perlu memperkukuh kehadiran dalam dunia digital untuk mencapai prospek atau individu berpotensi untuk datang ke Malaysia.
“Orang ramai kini membuat carian dan tempahan secara online, oleh itu agensi perlu lebih menonjol,” katanya.
Begitu juga dengan Muhammad Mustaqim Rosden, 26, kakitangan agensi pelancongan berkata gerak kerja berbentuk pemasaran digital di agensinya kini giat memastikan kehadirannya di platform tempahan dalam talian.
“Contohnya, Klook dan Airbnb telah berusaha untuk mereka digunakan untuk memudahkan proses tempahan bagi pelancong,” ujranya.
“Pelancong hari ini juga mencari pengalaman yang lebih bermakna, daripada penglibatan dalam pelancongan komuniti atau luar bandar, hinggalah aktiviti budaya secara praktikal.
“Mereka ingin menyertai aktiviti seperti membuat kraftangan tradisional atau tinggal di homestay bersama keluarga tempatan,” katanya.
Landskap yang berubah
Industri perhotelan Malaysia telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, malahan Banci Ekonomi DOSM 2023, menunjukkan terdapat 14,962 premis penginapan pada 2022 iaitu peningkatan ketara berbanding hanya 4,377 pada 2015.
Pertumbuhan ini bukan sahaja menunjukkan kekuatan ekonomi Malaysia sepanjang dekad tersebut, malah menjadi indikator peningkatan berterusan negara dalam industri pelancongan.
Ia juga mencerminkan reputasi kukuh Malaysia sebagai salah satu destinasi percutian terkemuka di rantau ini.
“Sama ada anda meneroka bandar-bandar sibuk seperti Kuala Lumpur atau Kuching di Sarawak, atau berehat di pulau peranginan, mereka yang hadir mendapati banyak pilihan tempat penginapan untuk semua bajet,” kata Chiam.
Sebagai contoh, pengembara yang sentiasa bergerak pilihan terbaik untuk penginapannya ialah hotel bajet dan asrama.
Untuk kumpulan atau keluarga pula perkongsian rumah dan hotel, apartmen atau rumah inap menawarkan keselesaan serta kemudahan yang lebih baik.
Bagi mereka yang inginkan sedikit kemewahan, resort dan hotel bertaraf tinggi tidak sukar ditemui di seluruh negara.
Bukan semuanya memerlukan penginapan hotel seperti dahulu.
Penginapan dengan bilik bertema juga semakin mendapat perhatian, seperti Hotel Legoland di Johor yang menampilkan bilik berkonsepkan tema khas, sesuai untuk kanak-kanak.
Kelestarian merupakan aspek penting TMM2026, dan sektor hospitaliti Malaysia benar-benar komited terhadapnya.
Banyak hotel dan jenama penginapan di seluruh negara menumpukan kepada inisiatif 'hijau' yang bertanggungjawab seperti sistem pengurusan air dan sisa yang lebih berkesan.
Ini termasuk kerjasama dengan vendor dan komuniti tempatan, menggantikan plastik sekali guna dengan alternatif mesra alam, serta menggunakan tenaga boleh baharu seperti solar.
Beberapa penginapan mesra alam juga mempunyai pensijilan hijau daripada organisasi yang diiktiraf, memastikan tetamu tahu bahawa inisiatif tersebut adalah tulen dan bukan sekadar ‘greenwashing’.
Perkara tersebut telah diwujudkan pada 2024 oleh Persatuan Hotel Malaysia bersama SGS Malaysia dan Sai Matrix Integrated yang melancarkan pensijilan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk hotel dan resort.
Inisiatif ini menyokong Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 yang menggalakkan premis menjalani latihan kelestarian, dan melaksanakan pelan tindakan berkesan.
Dari sudut dunia kulinari Malaysia, sejak Michelin Guide diperkenalkan di Malaysia tiga tahun lalu, beberapa restoran telah dianugerahkan bintang Michelin, meletakkan negara dalam peta kulinari antarabangsa.
Terbaharu, sebuah restoran menerima Michelin Green Star kerana amalan lestarinya, sekali gus membuka jalan kepada lebih banyak restoran lain yang mahu ikuti sama konsep tersebut.
Tidak hairanlah Malaysia menjadi destinasi pilihan pencinta makanan dari seluruh dunia. Daripada aroma rempah kari India, masakan asli tradisional Melayu, keunikan hidangan Sabah dan Sarawak hinggalah masakan Cina yang menyenangkan, makanan kita memang bertaraf tinggi.
Penggemar kopi turut tidak ketinggalan. Terbaharu, Tourism Selangor menganjurkan Festival Kopi Selangor selama tiga hari, menarik pencinta kopi dari pelbagai tempat dan meraikan budaya kafe Malaysia yang semakin berkembang.
Ia sudah menjadi seakan-akan sebuah fenomena dalam kalangan generasi muda.
Makanan sememangnya menjadi sebahagian besar identiti sebenar rakyat Malaysia, menjadikan setiap kunjungan satu pengalaman yang memikat deria.

Taman tema.
Pertumbuhan serupa juga dapat dilihat dalam ruang riadah dan hiburan, di mana taman tema dan hab hiburan.
Seperti di Pulau Pinang, Escape menggabungkan tarikan basah dan kering, termasuk gelongsor air terpanjang di Malaysia serta zip coaster sepanjang satu kilometer yang merentasi hutan hujan tropika.
Di Selangor, Splashmania menarik ramai pengunjung dengan permainan air dan aktiviti mendebarkan.
Bagi mereka yang mencari cabaran fizikal, District 21 di Putrajaya menanti, manakala SuperPark di KL menawarkan laluan halangan yang menguji kekuatan fizikal dan mental.
Terbaharu, Skyline Luge Kuala Lumpur, Rawang yang dibuka tahun lalu. Pengunjung dijemput untuk menaiki chairlift ke puncak bukit sebelum meluncur turun laluan berliku menggunakan kereta luncur berkuasa graviti iaitu luge.
Taman itu kemudiannya menambah tarikan zipline, menawarkan lebih keseronokan bagi para pengembara.

TRX City Park, sebuah taman atas bumbung premis bei-belah.
Premis beli-belah
Bagi pusat beli-belah pula, salah satu contoh tempat yang menggabungkan semua elemen ini ialah 1 Utama Shopping Centre di Petaling Jaya.
Walaupun tidak semua premis menawarkan kombinasi sebegini, semakin banyak kompleks beli-belah di Malaysia kini menerimanya.
“Orang kini menghargai retail berasaskan pengalaman. Pusat beli-belah kini bukan sekadar tempat membeli-belah, ia menjadi destinasi untuk makan, bersosial dan berseronok.
“Pembeli menghargai keselesaan dan kualiti, lebih memilih pusat beli-belah yang menawarkan gabungan kedai yang baik serta ganjaran kesetiaan,” kata Pengurus Pengiklanan dan Promosi 1 Utama, Chai Ai Ping,
Selain itu, TRX City Park, sebuah taman atas bumbung premis beli-belah yang berasaskan taman permainan, dan pemandangan bandar Kuala Lumpur termasuk suasana flora yang diwujudkan di sekeliling kawasan tersebut.
Ia telah menjadi lokasi pengunjung yang ingin menikmati pemandangan siang dan malam ketika hadir ke kompleks tersebut.
Kesaksamaan dan aksesibiliti juga penting. Pusat beli-belah menyediakan fasiliti untuk pengunjung yang memerlukan sokongan khas, termasuk Autism Sensory Pod.

Muzium Sultan Alam Shah mempunyai pameran yang mempamerkan latar belakang dan sejarah negara.
Sejarah hidup kembali
Sejarah tanah air juga menjadi antara faktor utama pelancong luar negara ingin hadir ke muzium-muzium yang ada di setiap negeri contohnya Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam di Selangor.
Muzium ini akan menganjurkan dua pameran khas tahun depan, pertama sempena memperingati ulang tahun ke-25 pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dan satu lagi sempena Sukma Selangor 2026.
“Kita patut tunjukkan landskap sukan kita. Ini peluang terbaik untuk mempamerkan Selangor sebagai sebuah negeri yang dinamik dan kaya budaya,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Rozzana Rahmat.
Elemen digital dan gamifikasi turut meningkatkan pengalaman pengunjung untuk melihat seni interaktif, projection mapping dan cerita bersambung melalui QR.
Kemudian, Laman Kraf pula menawarkan bengkel untuk pengunjung mempelajari kraftangan tradisional bersama-sama menjadikan lawatan ke muzium satu pengalaman yang mendidik dan menyeronokkan.
Diharapkan, dengan pengiktirafan lebih meluas, penggiat pelancongan akan berusaha untuk sentiasa memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi, bukan sahaja semasa VM2026, tetapi juga pada masa akan datang. —The Star/GISELE SOO
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram
