SENYUMAN ceria dan gaya nakal menandakan permulaan pengembaraan kecil di Medan Kidd di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Penulis, Yoon Lai Wan, kali ini bersama empat lagi individu kali ini berkongsi pengalaman bercuti dan menerokai beberapa kawasan kampung di Perak dengan menaiki bas merah jambu ikonik iaitu “Bas.My Ipoh”.
Udara pagi yang segar menambahkan lagi keterujaan untuk perjalanan mereka ke Kampar, sebuah bandar bersejarah di selatan Ipoh.
BACA LAGI:Genting Highland syurga flora, taman botani terbesar Eufloria tarik pengunjung menjelang TMM 2026

Penulis bersama kumpulannya meneruskan perjalanan menuju ke lorong belakang Jalan Idris, untuk melihat mural kapal korek bijih timah dan kehidupan kampung.
“Tiga daripada kami, dengan bangganya menunjukkan Kad Konsesi Merah Jambu (tambang percuma untuk warga emas), melangkah naik ke bas dengan gembira.
"Dua lagi mereka berumur lebih muda dan perlu membayar tambang mereka. Bas itu bersih, selesa dan berhawa dingin,” katanya.
Perjalanan bas tersebut melalui kampung-kampung yang dihiasi bukit menghijau bermula dari terminal bas Gopeng.
Kelihatan sekumpulan kecil penumpang turun dengan penuh memberikan suasana klasik dan semangat untuk memulakan perjalanan.
Selepas sejam, penulis tiba di bandar perlombongan lama Kampar yang terbahagi kepada dua zon iaitu, bandar baharu dan bandar lama.
Bandar lama menjadi pilihan untuk memulakan perjalanan. Kampar ialah sebuah tempat yang santai tetapi penuh kisah dan karakter.
Pasar basahnya sangat meriah. Malahan makanan laut dipamerkan di atas ais, hasil tani segar, pucuk paku dan buah teratai turut dijual bagi mereka yang ingin kesegaran bahan mentah.
“Kami berjalan ke Pusat Makanan Kampar, sebuah ruang makan terbuka dengan pelbagai pilihan hidangan tempatan., dan berkongsi beberapa hidangan untuk memastikan setiap hidangan dapat dirasai.
“Bagi yang inginkan pencuci mulut istimewa, terdapat sebuah gerai terkenal dengan ais kisar kreatifnya, manakala “kopi gunung ais” pula pekat, harum dan cukup enak, Ia dihidangkan bersama ais parut yang tinggi seperti gunung bersalji,” ujarnya.
Kemudian kumpul kecil itu bersiar-siar di sepanjang koridor pra-perang di jalan utama Kampar.
Bangunan yang sudah berusia ratusan tahun itu sangat mengagumkan, namun lengkungan-lengkungan lama yang pudar benar-benar menarik perhatian penulis.
“Di sebalik keindahan yang semakin pudar itu, masa seolah-olah terhenti. Pokok menjalar turun di dinding, pasu-pasu tumbuhan melembutkan rekahan, dan bangku-bangku kayu usang terletak di sisi pintu kayu berat.
“Ia seakan membisikkan kisah-kisah lama yang hampir dilupakan,” jelasnya yang membayangkan setiap elemen yang ada di sana memiliki cerita tersendiri.
Terletak di atas bukit kecil sepanjang jalan, terdapat sebuah tokong Buddha yang didedikasikan kepada Guan Yin.
Binaan tersebut cukup nostalgia kerana telah dibina sejak 121 tahun lalu menerusi dana daripada pelombong bijih timah, dermawan dan penduduk setempat.
Selain itu, tokong itu juga mempunyai singa batu di pintu masuk, tanglung merah dan ukiran rumit yang bersinar dengan penuh gah.
“Pada bulan keenam dalam kalendar Cina, penggiat seni opera tradisional akan memenuhi ruang tokong tersebut dan mempersembahkan melodi dramatik untuk semua pengunjung,” terangnya.
Berjalan sedikit lagi, pengunjung akan mula menghidu aroma tradisional dan ikonik bandar Kampar iaitu, roti kari ayam, nasi ayam periuk tanah liat (claypot) dan biskut tradisional.
Rugi rasanya jika tidak menjamu selera dengan menu tersebut jika ke Kampar.
Tidak jauh dari menara jam, mereka berhenti seketika di halaman Gereja Sacred Heart, yang diasaskan pada tahun 1908.
“Tidak lama kemudian, kami kembali lapar dan menuju ke Pusat Makanan Gold Wing. Kami memesan laksa assam yang unik,” ujarnya.
Kemudian, penulis bersama kumpulannya meneruskan perjalanan menuju ke lorong belakang Jalan Idris, untuk melihat mural kapal korek bijih timah, kehidupan kampung dan banyak lagi.
Semuanya dilukis pada dinding kedai-kedai lama dan ada juga satu mural yang menggambarkan pertempuran bersejarah “Battle of Kampar”.

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta.
“Kami menaiki sebuah lagi bas ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta, yang terletak di bandar baharu.
“Muzium ini dibiayai secara persendirian, jadi bayaran masuk kecil dikenakan, tetapi pengalaman seperti kembali ke zaman nenek moyang kami benar-benar berbaloi,” jelasnya yang menuju ke zon bandar baharu sebagai perhentian kedua.
Diorama, foto bersejarah, keratan akhbar lama, galeri letterpress, pam kelikir, jongkong timah dan banyak lagi dipamerkan.
Malah terdapat stesen melampan biji timah, membolehkan pengunjung merasai pengalaman seolah-olah menjadi pelombong pada zaman dahulu.
“Kami agak terleka dengan masa dan apabila menyedarinya, kami berlari sepantas mungkin kembali ke perhentian bas. Berjalan pantas sambil melambai-lambai tangan dengan cemas ke arah bas merah jambu, akhirnya kami menaiki bas.
“Kami diberitahu bahawa bas itu sebenarnya menuju kembali ke bandar lama dan bukannya ke Ipoh lagi. Sebegitu lawaknya “senaman” spontan untuk menamatkan hari pengembaraan kami yang sempurna di Kampar,” jelasnya.
Begitulah pengalaman dan pandangan serta pendapat yang dikongsi sepenuhnya oleh penulis.
Jadi, apa kata anda cuba sendiri pengalaman bersiar-siar dengan cara lam lama, menaiki bas ‘pink’ dan menerokai bandar Kampar yang penuh dengan sejarah serta nostalgia yang tersendiri. —The Star/YOON LAI WAN
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram
