Pentingnya kaji sebelum beli, Fakhrulrazzi gigih kumpul koleksi terhad Hot Wheels Fast & Furious


  • Hobi
  • Selasa, 02 Sep 2025

Anggap hobi kumpul kereta mainan sebuah identiti.

HOBI mengumpul permainan kereta kecil Hot Wheelsamat diminati dalam kalangan rakyat Malaysia.

 Ada yang sanggup berhabis duit ribuan ringgit demi mendapat koleksi model kereta yang jarang ditemui dan luar biasa.

Ada yang membeli kerana kenangan bersama kereta lama, ada juga yang bertujuan untuk dijadikan barang dagangan.

BACA LAGI: Seniman Kelantan temui puisi dan patriotisme di sebalik kain pelikat

BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

Fakhrulrazzi minat mengumpul model kenderaan Hot Wheels khusus dalam siri filem Fast & Furious.

Bagi Fakhrulrazzi Abd Razak, 31, terdapat pecahan tertentu apabila berbicara tentang individu yang mengumpul Hot Wheels.

Dia yang sudah mengumpul kereta mainan itu sejak dari bangku sekolah meletakkan pemilikan model-model kereta tersebut bergantung pada minat dan sasaran yang diinginkannya, begitu juga dengan pengumpul lain.

“Macam saya, koleksi yang saya kejar adalah model daripada kereta sebenarnya sahaja dan secara khusus kereta yang ada dalam siri filem Fast & Furious, terutamanya kenderaan yang dipandu oleh watak Brian O Conner, lakonan mendiang Paul Walker.

“Sehingga kini buruan saya masih belum tamat daripada kereta yang pernah dipandu oleh dia dan pencabar-pencabarnya yang lain.

“Antara yang menjadi impian saya dan juga orang lain adalah memiliki kereta Mitsubishi Evo dan Nissan Skyline dalam 2 Fast 2 Furious. Termasuk Toyota Supra MK IV yang ikonik dalam The Fast and The Furious pertama, ketiga-tiganya saya ada,” katanya sambil ketawa.

 

Model Mitsubishi Evo, Nissan Skyline dan Toyota Supra MK IV yang ikonik dalam filem The Fast and The Furious.

Bercakap tentang golongan usia atau umur, agak susah baginya untuk menerangkan tentang nilai sentimental mengumpul permainan tersebut. 

Kebiasaanya orang dewasa beli dan kumpul kerana perincian kereta tersebut dalam bentuk yang kecil.

“Susah nak cakap sebenarnya, ada minat sebab suka dengan tayar, ada juga beli sebab reka bentuk fantasi untuk koleksi fiksyen dan ada juga yang kumpul sebab suka dengan tayar kereta. Perkara ini bergantung kepada masing-masing dan mana-mana pun tak salah.

“Macam saya sekarang ini, model kereta yang  masih dalam pemburuan adalah Ford Escort MK 1970, dan Subaru Impreza WRX STi. Kedua-duanya masih dalam siri filem yang saya minat itu,” ujarnya.

Anak jati Kuala Lumpur itu, menganggap hobi mengumpul permainan tersebut merupakan sebuah identiti buat dirinya yang minat dalam dunia kereta namun bukan untuk dimegah-megah.

“Ya, benar saya belum mampu untuk memiliki salah satu daripada kereta itu tapi rugilah kalau hidup tak ada angan-angan. Jadi, Hot Wheels ini menjadi tempat untuk memenuhi kepuasan,” ujarnya. 

 

Walaupun tidak banyak seperti pengumpul Hot Wheels tegar yang lain, Fakhrulrazzi mempunyai koleksi yang tersendiri.

Secara peribadi, mengumpul kereta mainan itu merupakan sebuah sebuah pelaburan yang bernilai tinggi kerana ia merupakan item yang dikeluarkan dalam jumlah terhad dan masa tertentu sahaja.

“Ada barang yang dah tak keluar tapi ada permintaan. Pernah satu koleksi saya dahulu yang saya kumpul masa sekolah dibeli oleh seseorang.

“Dalam itu ada beberapa buah kereta dan nilai yang dibeli oleh orang itu cecah empat angka. Masa itu pun saya jual sebab ada nak pakai duit sikitlah sebenarnya,” jelasnya tanpa mendedahkan nilai sebenar jualan tersebut.

Katanya, pembaziran akan berlaku jika mereka yang membeli dan mengumpul tanpa mengkaji, lebih-lebih lagi mereka yang suka membeli semata-mata untuk menjual.

“Dekat sini saya nak kongsikan, pernah saya jumpa seorang ini kerja dia beli dan jual sampai macam beli borong dan saya tengok. Selepas itu dia tersilap langkah sebab terbeli model kereta keluaran umum dengan banyak.

“Koleksi itu nilainya susah untuk didagangkan sebab keluarannya dah memang banyak dan akan berada lama di pasaran.

“Jual murah pun belum tentu orang nak beli, jadi kena fahamkan di sini. Jangan biarkan nilai sentimental itu membebankan anda seterusnya merugikan pelaburan yang telah dibuat,” nasihatnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ibu cetus inspirasi, kuku jadi 'kanvas seni' anak jati Kedah

Skuba di Terengganu boleh jumpa ikan yu paus? Pulau Tegol ada jawapannya

Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

'Between Rail And River', kisah pemodenan Kluang didokumentasikan dalam buku

'Bangun, Kita Bagi Jadi', gabungan unik Aman RA-Azizulhasni Awang semarak budaya seni karya usahawan dan selebriti di CIMB Artober

Uncle GP layak digelar 'MacGyver Subang Jaya', pakar baiki alat permainan sambil bantu komuniti

Kalau ada rezeki, 'tokong bola sepak' antara 7 stadium wajib singgah andai ke Eropah

Tunggu masa diiktiraf MBoR, catur 'gergasi' libat 200 peserta komuniti SMA

'Kembali ke masa lepas', pemulih warisan di India susun semula peta dan artifak sejarah

[VIDEO] Hayati suasana seperti kepulauan Santorini di Greece versi Ipoh, Perak

Hasil cinta terhadap memanah bantu penyambung warisan capai 'sasaran' hidup

'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

Memang tak menyesal, pelancong dari Malaysia lebih berpuas hati lawat Labuan Bajo berbanding Bali

'Pernah menangis waktu exam', graduan pekak sebak, bergelut baca gerak bibir untuk faham pembelajaran sejak kecil

Kategori wanita penanda aras baharu Merdeka 4X4 Challenge

'Sejauh mana dia pergi, saya mahu dia bangga menjadi anak Malaysia'

Patriotik gaya seni jalanan, 5 mural lonjak semangat Malaysia

'Cantiknya, sayang pula nak makan', pencuci mulut lutsinar arca bunga guna picagari dihasilkan dalam bengkel di George Town