[VIDEO] Hayati suasana seperti kepulauan Santorini di Greece versi Ipoh, Perak


  • Nomad
  • Isnin, 01 Sep 2025

Suasana hotel penuh dengan warna putih biru ikonik, sama seperti di pulau Santorini.

KINI terdapat banyak lokasi peraginan yang dibina seakan-akan konsep luar negara di Malaysia yang memberi peluang masyarakat tempatan untuk merasai suasana yang luar biasa.

Buat mereka yang mencari lokasi percutian ala-ala Mediterranean di tanah air sendiri, apa kata anda cuba hadirkan diri ke Santorini Hideaway Ipoh, Perak untuk merasai suasana seperti di Santorini, Greece.

Jarak perjalanan lebih kurang 200 hingga 210 kilometer, dan mengambil tempoh masa lebih kurang 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur, siapa sangka anda tak perlu terbang ke Greece untuk merasai keindahan santai di daerah yang dipanggil 'Bandar Raya Mutiara'.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: Kategori wanita penanda aras baharu Merdeka 4X4 Challenge

Penuh dengan warna putih biru ikonik, sama seperti di pulau Santorini dengan suasana seolah-olah berada di tebing Laut Aegean.

Penginapan tersebut menjadi tarikan pelancong tempatan mahupun luar negara yang ingin bergambar cantik, bersantai dalam suasana seperti di Eropah, dan menikmati layanan mesra ala Malaysia.

Reka bentuk luaran dan dalaman yang estetik, dilengkapi dengan gambar-gambar instagramable di beberapa sudut menjadikan hotel tersebut sesuai untuk percutian bersama pasangan atau keluarga bahkan untuk sesi penggambaran.

Selain itu, Ipoh kini menjadi destinasi popular dalam kalangan pencinta makanan yang gemarkan hidangan enak jadi tempat ini akan melengkapi percutian anda untuk jalan-jalan cari makan sambil bercuti.

Jadi buat mereka yang sudah bercadang untuk melancong ke Ipoh, Perak, Santorini Hideaway Ipoh adalah antara tempat yang disyorkan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram