'Cantiknya, sayang pula nak makan', pencuci mulut lutsinar arca bunga guna picagari dihasilkan dalam bengkel di George Town


  • Hobi
  • Isnin, 01 Sep 2025

Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif MBPP untuk memperkasa komuniti, khususnya golongan kurang berkemampuan dengan cara kreatif.

SEKALI pandang nampak macam arca kaca halus berbentuk bunga kelihatan seolah-olah sudah beku.

Namun, jika diperhatikan lebih dekat sebenarnya adalah seni jeli. Itulah pencuci mulut lutsinar yang memaparkan bunga-bungan yang dihasilkan melalui proses suntikan yang halus dan rumit.

Dalam sebuah bengkel dianjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Dewan Serbaguna Bayan Baru, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini membuka peluang kepada kira-kira 20 peserta dalam penyediaan asas jeli.

BACA LAGI: Kikis persepsi 'game budak jahat', Farid Hamidi buktikan snuker boleh bentuk disiplin melalui pakaian

BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

Zainol Abdul Rahman, 62 (right) showing the flower jelly cakes while Alice Lim, 53, giving instructions on how to make flower jelly cakes during a workshop organised by MBPP at the community centre in Bayan Baru.(August 30, 2025) —ZHAFARAN NASIB/The Star

Peserta mencuba kraf semasa bengkel di pusat komuniti di Bayan Baru.

Ia menggunakan pencampuran warna sehinggalah menggunakan picagari dan jarum khas untuk "melukis" kelopak dan daun dalam kanvas jeli lutsinar tersebut.

Sesi selama tiga jam itu dikendalikan oleh tenaga pengajar Alice Lim, dan membuka peluang baharu untuk usahawan kecil menjualnya.

Latefah Abdul Jamil, 49, yang menjual biskut dan kuih tradisional di Jalan Perak, berkata, bengkel tersebut membuka peluang baharu untuk perniagaan kecilnya.

“Saya dah biasa buat jeli berperisa untuk dijual, tapi tak pernah belajar cara hasilkan rekaan yang rumit dan cantik seperti ini.

“Dengan kemahiran yang saya pelajari, saya kini boleh tingkatkan nilai produk dan jual pada harga lebih tinggi kepada pelanggan yang menghargai seni ini.

“Malah, saya boleh hasilkan lebih banyak produk untuk majlis-majlis dan sambutan, agar dapat bawa kegembiraan kepada lebih ramai orang,” katanya.

Tidak bertumpu pada golongan dewasa, kanak-kanak juga turut sertai bengkel tersebut dan menambahkan unsur keceriaan serta keseronokan kepada seni berkenaan.

Jurutera, Nur Hakimah Hani Haslan, 32, berkata, anak perempuannya Nur Sophea Hani Saiful Fahmi, 4, sangat tertarik dengan warna dan bentuk jeli itu.

“Anak saya memang suka seni dan memasak jadi ini gabungan sempurna untuknya.

"Proses suntikan kelopak kecil dalam jeli sangat memukau perhatiannya, sampai sekarang dia nak buat pencuci mulut ini untuk kawan-kawan dan cikgu-cikgu di tadika.

“Saya harap kanak-kanak boleh pelajari kemahiran memasak seperti ini dan bawa ilmu itu hingga dewasa,” kata Nur Hakimah.

Pesara bank, Zainol Abdul Rahman, menjadi satu-satunya peserta lelaki dalam kumpulan itu yang hadir bersama rakan-rakannya dari Pusat Aktiviti Warga Emas.

“Saya pernah nampak jeli bunga dijual di pasar dan selalu tertanya-tanya bagaimana ia dibuat.

“Hari ini, saya dapat jawapannya dan ternyata ia lebih hebat daripada apa yang saya bayangkan.

“Nampak macam senang, tapi sebenarnya susah nak mahirkan teknik ini.

"Saya rasa keluarga saya akan terkejut bila saya hidangkan jeli bunga yang berkembang cantik tak lama lagi,” katanya sambil ketawa.

Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif MBPP untuk memperkasa komuniti, khususnya golongan kurang berkemampuan dengan cara kreatif untuk menambah pendapatan dan kemahiran hidup. — The Star/LO TERN CHERN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram