'Sejauh mana dia pergi, saya mahu dia bangga menjadi anak Malaysia'


  • Massa
  • Ahad, 31 Ogos 2025

Bersyukurlah kita dengan nikmat, kebahagiaan dan keamanan negara tercinta di samping kesenangan yang telah dicapai.

MELIHAT peredaran zaman dan masa yang berlalu, sedar tak sedar bumi Malaysia sudah mencapai kemerdekaan yang ke-68.

Begitu juga dengan peralihan generasi demi generasi yang yang sibuk diperkatakan serta dibincangkan tentang tingkah laku antara Gen Y, Z, Millenium dan kini Alpha diikuti diikuti Gen Beta. Bahkan ada yang menggelarkan anak muda sebagai generasi kecerdasan buatan (AI).

Bersyukurlah kita dengan nikmat, kebahagiaan dan keamanan negara tercinta di samping kesenangan yang telah dicapai.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: Kategori wanita penanda aras baharu Merdeka 4X4 Challenge

Ada yang memahami dan ada jua yang memperlihatkan kehebatan masing-masing tanpa menyedari setiap daripada mereka sebenarnya harus saling bersatu dan mensyukuri nikmat yang sedia ada di tanah air tercinta ini.

Mari kita lihat pembangunan moden, kemudahan canggih, keamanan negara dan banyak lagi, apa saja yang kita mahu ada di depan mata. Apa lagi yang tidak cukup?

Benar setiap masa kita perlu melonjakkan diri ke arah yang lebih baik namun pada masa yang sama, harus diingatkan pada diri kita untuk menghormati antara satu sama lain. 

Tiada yang lama, tiada yang baharu. Apa yang lebih penting adalah mensyukuri dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

 

Fadhilah Fathihah mengharapkan anaknya Ayra Azzahra (gambar) menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Legasi lambang kejayaan sesebuah generasi. Seperti Fadhilah Fathihah Ismail, yang meletakkan harapan kepada anaknya untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, berilmu, dan memberi manfaat kepada orang lain.

“Walaupun jauh di sudut hati, saya bertanya juga pada diri ini apakah nasib anak saya Ayra Azzahra Akmal Aiman pada 20 atau 30 tahun akan datang, saya tetap positif dengan meletakkan doa yang baik-baik sahaja.

“Harapan saya mudah, sejauh mana pun dia (Ayra) pergi nanti, saya mahu dia bangga menjadi anak Malaysia. Jati diri itu sangat penting bagi saya, bak kata orang dulu-dulu melentur itu harus mula dari usia kecil,” katanya kepada Majoriti ketika ditemukan di Tugu Negara ketika sedang mengambil gambar anaknya itu sempena pertandingan peragaan Hari Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat.

 

Muhammad Syazwan Muhd Syafiq generasi baharu yang perlu dibimbing dengan semangat cintakan negara.

Sementara itu, Muhd Syafiq Suhaini, bapa kepada kanak-kanak bernama Muhammad Syazwan Muhd Syafiq yang turut memperagakan anaknya pakaian bertema Hari Kebangsaan berkata, generasi kini merupakan legasi dan harus dipelihara dengan baik.

“Mungkin anak saya Syazwan yang baru berusia enam tahun dan sedang sekolah di Prasekolah Kebangsaan Setiawangsa, dia bukannya betul-betul faham kenapa kena pakai baju Melayu dengan bendera semua ini.

“Tapi percayalah bila saya sudah tiada nanti inilah yang akan diingati. Sikap bertimbang rasa, ingin bantu masyarakat dan semangat cintakan negara zaman ini memang mencabar.

“Sebab itu kita kena sentiasa ingatkan mereka apa telah dikorbankan dan apa yang telah ditaburkan jasa untuk masa depan mereka,” ujarnya.

Saksikan video khas sempena Hari Kebangsaan yang ke-68 di Majoriti buat semua rakyat di Malaysia.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram