Skuba di Terengganu boleh jumpa ikan yu paus? Pulau Tegol ada jawapannya


  • Hobi
  • Rabu, 20 Ogos 2025

Spesies itu kebiasaannya muncul sekitar bulan Mac hingga September bergantung kepada arus laut dan sumber makanan

AKTIVITI selam yang dipanggil skuba kini semakin banyak disertai oleh golongan muda mahu pun tua.

Ia memberikan peluang kepada anda untuk melihat alam kehidupan laut seperti ikan, penyu dan sebagainya termasuk batu karang.

Di Malaysia terdapat banyak lokasi kini menjadi tumpuan untuk skuba misalnya Sabah. Akan tetapi adakah anda tahu, aktiviti tersebut juga boleh memberi peluang kepada anda untuk melihat Ikan Yu Paus?

Pulau Tenggol ada jawapannya. Lokasi ini merupakan antara pulau-pulau yang ada di Terengganu dan terkenal dengan hidupan laut yang banyak dan keadaan air biru yang sungguh cantik.

BACA LAGI: Pantai Klebang ada 'playground indoor' besar, praktikal untuk kanak-kanak dan dewasa

BACA LAGI: Destinasi popular Eropah jadi pilihan 'jutawan senyap' tenangkan diri

Menerusi perkongsian video di TikTok @VikingSkuba, kemunculan ikan yu paus dapat dilihat berenang di kepulauan tersebut.

 

Semakin dalam anda menyelam dalam laut semakin besar peluang anda menemui ikan yu paus. — Gambar Hiasan

Keindahan kehidupan marin dan nikmat menjalankan aktiviti itu sungguh luar biasa dan perasan teruja pasti akan dirasai apabila ada ikan besar itu lalu di depan mata. Apatah lagi jika anda menyelam dengan lebih dalam.

Spesies itu kebiasaannya muncul sekitar bulan Mac hingga September bergantung kepada arus laut dan sumber makanan. Difahamkan, waktu yang paling aktif adalah sekitar bulan Mei dan Ogos.

Walaupun hantar video tersebut membuktikan ikan itu ada di sana, sukar untuk diingatkan juga bahawa ia bukan satu jaminan untuk anda menyelam di sana dan melihat haiwan tersebut.

Bagaimanapun, Pulau Tenggol merupakan salah satu lokasi terbaik di Semenanjung Malaysia dan menyajikan pemandangan indah dan ciptaan yang cukup cantik dan memuaskan khusus buat mereka yang menyelam di sana.

Jadi, penyelam-penyelam di luar sana, adakah anda pernah melihat ikan yu paus di tempat lain? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram