'Between Rail And River', kisah pemodenan Kluang didokumentasikan dalam buku


  • Nomad
  • Khamis, 21 Ogos 2025

Penghasilan buku itu bertujuan mendokumentasikan keindahan Kluang melalui seni bina dan kisah-kisahnya.

PASAR  Awam Kluang, Johor telah menjadi nadi utama penduduk tempatan di sana yang mengambil masa 90 minit dari Johor Bahru.

Pengasas E9A Architecture, Nazmi Anuar memaklumkan pada tahun lepas, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, telah hadir melawat bandar tersebut yang merupakan sebuah bangunan berunsurkan modenisme dan sedang berdepan perlaksanaan perobohan.

“Jadi kami pergi ke sana dan melihat sendiri dan apa yang kami termui sudah wujud satu gerakan akar umbi yang ingin menghidupkan semula bangunan tersebut.

BACA LAGI: Destinasi popular Eropah jadi pilihan 'jutawan senyap' tenangkan diri

BACA LAGI:  Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

Kluang mempunyai elemen nostalgia yang tersendiri menjadikan projek buku ini mudah didekati oleh khalayak yang luas.

“Oleh itu, kami membuat keputusan bahawa sebagai orang luar, kami tidak patut campur tangan. Sebaliknya, kami memilih untuk melihat melangkaui Pasar Awam serta bangunan-bangunan lain di bandar itu. Ada keunikan koleksi bangunan modenista di sana,” katanya.

Kemudian, organisasi tersebut mencadangkan idea untuk menghasilkan sebuah buku seni bina modenis di Kluang. Maka terlahirlah buku bertajuk "Between Rail And River, Notes In Time On Kluang", terbita Suburbia Projects.

Baru-baru ini, Suburbia Projects dan E9A Architecture telah mengadakan satu sesi dialog di kedai buku Tintabudi di Kuala Lumpur. Mereka berkongsi proses selama setahun dalam penghasilan buku tersebut.

Sesi yang turut dihadiri oleh Wong dan juga penduduk Kluang itu dimaklumkan bahawa dokumentasi tersebut bukanlah sebuah intipati sejarah lengkap tentang Kluang, tetapi ia adalah dokumentasi terpilih yang memberi ruang kepada kisah-kisah lain

 

Architectural research practice E9A on their latest book, 'Between Rail and River: Notes In Time On Kluang', July 25, 2025. — GLENN GUAN/The Star

E9A Architecture telah mengadakan satu sesi dialog di kedai buku Tintabudi di Kuala Lumpur.

Pengasas bersama Suburbia Projects, Naadiya Hani pula berkata, Kluang mempunyai elemen nostalgia yang tersendiri menjadikan projek buku ini mudah didekati oleh khalayak yang luas.

“Semua orang pernah dengar tentang Kluang, sama ada kerana kopinya atau rel kereta api. Jika dokumentasi seperti ini boleh dibuat di Kluang, ia juga boleh dengan mudah dilaksanakan di bandar-bandar lain,” ujarnya.

Reka bentuk buku itu telah mencerminkan perhatian dan ketelitian pasukan terhadap maklumat terperinci.

Kulit bukunya timbul dengan ilustrasi landasan kereta api Kluang dan Sungai Mengkibol, yang diilhamkan daripada peta tahun 1945 oleh British Army Corps of Engineers.

 

'

Ini bukan sejarah lengkap Kluang, tetapi dokumentasi terpilih yang meninggalkan ruang untuk cerita lain,' kata Nazmi.

Buku itu juga mengumpulkan pelbagai bahan menceritakan kisah Kluang yang berada di ambang perubahan, dengan stesen kereta api bertingkat baharu yang dibuka pada akhir tahun 2024. Begitu juga stesen asalnya yang dibina pada 1915 telah dikekalkan sebagai tapak warisan.

Kluang Rail Coffee, telah diktirag sebagai Malaysia Book of Records secara rasmi sebagai kedai kopitiam kereta api ikonik tertua di Malaysia.

Selain itu, fasa kedua projek landasan berkembar elektrik KTMB dari Gemas ke Johor Bahru, merangkumi laluan Segamat ke Kluang juga dijangka akan dilancarkan sebelum hujung bulan ini.

“Sejarah Kluang sentiasa digerakkan oleh kereta api. Dari era kolonial dengan laluan Johor dan Malaya, sehinggalah berkemungkinan landasan baharu ini akan mencetuskan satu lagi gelombang pembangunan” jelasnya.

“Namun, perkara ini juga mempunyai risiko yang menyebabkan sesetengah perkara mungkin terpadam atau musnah. Jadi saya rasa ini adalah masa yang sangat sesuai dalam sejarah Kluang untuk mendokumentasikan bandar ini sebagaimana keadaannya sekarang,” kata Nazmi.

Buku berkenaan juga memperlihatkan gabungan gambar-gambar Kluang masa kini oleh Aiman Mos Johari, bersama imej arkib, keratan akhbar, temubual dengan penduduk tempatan.

Penghasilannya turut melibatkan ilustrasi kreatif oleh Daryln Sia, tulisan reflektif oleh E9A, serta ringkasan 15 perkara utama yang penting

“Kami semua bekerja secara selari dalam pelbagai aspek, jadi akhirnya kami putuskan untuk himpunkan semuanya bersama imej-imej Aiman.

“Untuk bahagian tengah yang memaparkan bahan arkib daripada Arkib Negara, arkib negeri Johor, dan perpustakaan awam Kluang, kami gunakan Japanese Bible Paper kerana sifatnya yang nipis dan lutsinar – apabila diangkat ke cahaya, anda boleh nampak helaian di belakangnya,” tambahnya.

 Alia Ahamad dari E9A Architecture menerangkan penghasilan buku itu bertujuan mendokumentasikan keindahan Kluang melalui seni bina dan kisah-kisahnya.

“Kami berharap buku ini akan menggalakkan orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat tempat-tempat yang jarang diberi perhatian, dan sekaligus menarik minat mereka untuk melawat Kluang sendiri,” harapnya.

Wong Shu Qi berkongsi bahawa motivasinya untuk menghasilkan buku mengenai Kluang adalah untuk mencetuskan lebih banyak perbincangan mengenai bandar tersebut.

“Saya bersyukur kerana E9A Architecture dapat menggunakan bahasa profesional dan perspektif mereka untuk menunjukkan kepada penduduk tempatan serta orang luar tentang indahnya bandar ini

“Kita perlu menilai semula apa yang kita anggap sebagai ‘pembangunan’. Ramai yang beranggapan ia bermaksud membina sesuatu yang baharu, hakikatnya tidak semestinya begitu.

“Terdapat banyak hartanah awam dan swasta yang terbiar dan tidak digunakan yang sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk menghidupkan semula bandar dan kota kita.

“Mencari kegunaan baharu dari bangunan lama jauh lebih bermakna daripada membina sesuatu yang serba baharu,” katanya.

“Between Rail And River, Notes In Time On Kluang" kini boleh didapati di kedai-kedai buku utama. Maklumat lanjut: suburbiaprojects.com. — The Star/HANIS MAKETAB

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

Kluang, Johor, moden, Railway, Kereta Api, Koptiam, TMJ