
DALAM sebuah bilik yang dikawal suhunya di ibu negara India, terdapat individu yang dipanggil ‘pemulih’ dengan teliti menyusun semula dokumen dan artifak bersejarah yang jarang ditemui.
Seterusnya menyelamatkan cebisan-cebisan yang tidak dapat diganti untuk menggambarkan jendela unik ke masa lalu New Delhi.
Pakar-pakar di Pusat Seni Kebangsaan Indira Gandhi (IGNCA) kini telah menghidupkan semula peta dan gambar lama yang membantu menjejaki pembangunan kota metropolitan, yang kini didiami oleh lebih 30 juta orang.
BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi
Seorang pekerja menjahit buku di dalam makmal pemuliharaan kertas jabatan pemuliharaan di Pusat Seni Kebangsaan Indira Gandhi (IGNCA), di New Delhi.
Usaha ini bagi membentuk pemahaman yang lebih mendalam tentang bandar berbilang agama itu dan mengalami pelbagai gelombang penempatan serta perubahan selama beberapa milenia.
"Kami sedang memelihara ingatan, dan sebuah negara yang tidak mempunyai ingatan adalah tiada apa-apa," kata Achal Pandya, ketua makmal pemuliharaan IGNCA.
Antara artifak paling berharga yang sedang dipulihkan adalah peta tinjauan Wilson, koleksi kira-kira 250 dokumen yang dihasilkan antara tahun 1910 dan 1912 oleh seorang pegawai kolonial British.
Ia memberi tumpuan kepada Delhi Lama, yang berpagar dan diasaskan pada abad ke-17 sebagai ibu negara Mughal, Shahjahanabad.
"Anda bukan sekadar melihat sebuah peta, tetapi juga memperoleh maklumat tentang penduduk di sana," kata Sanjeev Kumar Singh, ahli pasukan pemulih warisan dari majlis bandar raya New Delhi.
“Tahun-tahun pengabaian telah menjadikan dokumen rapuh itu semakin terdedah. Tambahan pula, ia diburukkan lagi oleh iklim ekstrem bandar yang berubah daripada panas terik musim panas ke monsun lembap dan musim sejuk.
“Ia mampu memerangkap antara pencemaran udara terburuk di dunia. Tanpa usaha pemuliharaan yang bermula pada 2022, dokumen-dokumen ini akan hancur begitu sahaja, betapa pentingnya perkara ini adalah seperti seorang yang nazak memerlukan oksigen," ujar Singh. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram