
SELARI matlamat Memperkasakan Pelanggan dan Masyarakat, CIMB Bank Berhad mengumumkan komitmen berterusannya untuk memperkasa bakat Malaysia dalam bidang Budaya dan Seni melalui gerakan sosial, CIMB Artober Kita Bagi Jadi.
Kempen tersebut merupakan gerakan sosial Bank berkenaan demi menyemai dan memupuk semangat ketahanan, optimisme dan nilai positif dalam kalangan Masyarakat.
Platform untuk budaya dan seni itu telah berkembang kepada perniagaan berdaya saing dalam landskap seni Malaysia.
BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi
BACA LAGI: Art of Speed 2025 kekal 'garang', simbol kekuatan dunia modifikasi permotoran
Inisiatif ini menyediakan artis dan usahawan tempatan dan serantau untuk mempamerkan karya mereka, berhubung dengan khalayak yang lebih luas serta memperkasakan ekonomi dengan lebih RM20 juta hasil jualan telah dijana.
Ia memberi memanfaatkan lebih 100 artis setakat ini dan diiktiraf sebagai sumbangan CIMB Artober kepada ekonomi kreatif negara.
Bahkan, acara tahun ini juga telah diangkat sebagai program rasmi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN 2025, sekali gus memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pertukaran budaya dan kreatif di rantau ini.
CIMB Artober yang akan berlangsung pada 26 dan 28 September 2025 menampilkan lebih 20 galeri dari Malaysia dan serantau dan mempamerkan karya oleh lebih 100 artis.
Salah satu tarikan tahun ini ialah pameran eksklusif melibatkan karya ‘tidak pernah ditayangkan umum’ oleh seniman tersohor dan Tokoh Melayu Terbilang, Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein.
Pendekatan holistik CIMB melalui inisiatif Kita Bagi Jadi mencerminkan komitmennya dalam mencipta impak bermakna menjangkau sektor perbankan, di bawah empat teras utama iaitu komuniti, produk dan penyelesaian mesra pelanggan, kerjasama jenama serta budaya dan Seni.
Bahkan, CIMB telah mengumumkan komitmen bernilai RM200 juta dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyalurkan bantuan kepada komuniti yang kurang mendapat sokongan dan memupuk pertumbuhan inklusif untuk semua rakyat Malaysia, tanpa ada sesiapa yang tercicir.
Bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-68, CIMB turut menjalinkan kerjasama dengan penyanyi rap terkenal Malaysia, Aman RA yang menerbitkan satu muzik video baharu, Bangun, Kita Bagi Jadi.
Pembikinan semula lagu Bangun itu merayakan semangat ketahanan dalam kalangan rakyat Malaysia, mencerminkan nilai-nilai kempen sekaligus menjadikan beliau rakan kerjasama terbaik untuk versi terbaharu lagu berkenaan.
Datuk Azizulhasni Awang menjadi lambang daya tahan dan harapan besar buat usahawan, artis muda dan pelajar menerusi program yang dianjurkan oleh CIMB.
Tambah menarik, lagu itu digandingkan bersama atlet negara, The Pocket Rocketman Datuk Azizulhasni Awang yang melambangkan daya tahan dan harapan yang besar buat usahawan, artis muda dan pelajar yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran peribadi. Seterusnya, menerima impak positif daripada pelbagai program yang dianjurkan oleh CIMB.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram