TANDAS tersumbat dan kepala paip rosak adalah perkara yang biasa berlaku di rumah. Kadangkala, memang tiada jalan lain untuk selesaikan apa yang dihadapi selain mendapatkan bantuan profesional.
Pakar industri sanitari, Jens J. Wischmann, berkata dalam situasi ini, hanya tukang paip berdaftar yang wajar dipanggil.
“Ini kerana ada sebab yang kukuh. Jika air minuman tercemar, isu liabiliti akan timbul dan tiada insurans yang akan menanggungnya,” jelas beliau.
BACA LAGI: Ukay Hills estet lereng bukit kontemporari, penuhi permintaan dan keperluan gaya hidup moden
BACA LAGI: Musang King cecah RM325 sebiji di China, penanam durian manfaat peluang keemasan

Jika longkang anda tersumbat, menuangkan bahan kimia ke bawah ia bukan pilihan pertama anda. Pelocok lama yang baik selalunya akan membantu.
Namun, usah khuatir banyak masalah rumah kediaman sebenarnya mudah untuk dibaiki dan berikut tujuh kaedah yang boleh dicadangkan kepada anda.
1. Longkang berbau busuk
Bau busuk yang datang dari longkang boleh merosakkan mood. Namun, penyelesaiannya selalunya agak mudah dengan biarkan air mengalir seketika.
Perangkap-P ialah paip berbentuk huruf P yang terletak di bawah sinki atau kelengkapan paip lain. Ia direka untuk menakung sedikit air selepas digunakan dan air ini bertindak sebagai pengedap yang menghalang gas kumbahan daripada memenuhi udara.
Jika longkang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, puncanya mungkin cecair yang dituangkan ke dalamnya atau sisa makanan.
Longkang juga boleh berbau apabila anda pulang ke rumah selepas bercuti. Ini kerana perangkap-P telah kering dalam tempoh tersebut.
2. Air terus mengalir ke dalam tandas
Masalah ini biasanya disebabkan oleh injap apungan (float valve) dalam tangki tandas. Dalam tandas lama yang jenis tangki rapat, sepertimana tangki diletakkan terus di atas mangkuk tandas. Anda selalunya boleh membuka penutup dan dengan cepat mengenal pasti puncanya.
Namun, bagi tandas moden jenis belakang-ke-dinding, tangki tersembunyi di dalam dinding atau perabot terbina, dan dalam keadaan ini, disyorkan untuk memanggil tukang paip.
3. Barang kemas terjatuh ke dalam longkang
Cincin perkahwinan atau objek kecil berharga lain terjatuh ke dalam longkang tanpa sengaja. Namun, tidak perlu panik kerana agak mudah untuk membuka perangkap-P di bawah longkang.
Anda hanya memerlukan spana atau playar yang sesuai, kain lap dan baldi. Pertama sekali, keluarkan semua barang yang berada di bawah sinki atau besen.
Kemudian tutup bekalan air, dan sebaiknya tutup juga injap sudut bagi memastikan tiada aliran air baki semasa anda bekerja.
Baldi boleh digunakan untuk menadah air yang masih ada dalam perangkap-P. Perangkap terrsebut selalunya tidak disentuh selama bertahun-tahun dan dipenuhi kerak kapur.
Setelah nat sambungan (slip nuts) dibuka, anda boleh dengan mudah mengeluarkan barang yang terjatuh dari dalam perangkap-P.
Letakkan kain lap di antara nat sambungan dan rahang spanar atau playar. Dengan cara ini, anda tidak akan mencalarkan nat tersebut dan alat juga tidak mudah tergelincir.
Dinasihatkan agar mengambil gambar setiap langkah semasa membuka perangkap-P sebelum membersihkannya.
4. Saluran pancuran mandi tersumbat
Ia bergantung pada model pancuran mandi, membuka sumbatan saluran boleh menjadi sukar.
Namun begitu, disarankan agar tidak menggunakan bahan kimia pembersih paip kerana ia boleh merosakkan sistem paip dan sangat berbahaya kepada alam sekitar, sebaliknya gunakan tangan anda.
Sebagi contoh rambut dan sisa sabun dibuang sebaik mungkin menggunakan tisu kain atau berus gigi lama. Wayar nipis juga boleh membantu.
Jika anda tidak dapat mencapai punca sumbatan, hubungi tukang paip.

Jika longkang anda tersumbat, menuangkan bahan kimia bukan pilihan pertama anda. Pelocok lama yang baik selalunya akan elok.
5. Senario ngeri tandas tersumbat
Alat biasa di kebanyakan rumah, penyedut (plunger) ialah pilihan terbaik untuk masalah tandas tersumbat.
Mula-mula keluarkan sebanyak mungkin air supaya penyedut dapat melekat rapat pada mangkuk tandas.
Seterusnya, tekan ke bawah dan tarik ke atas penyedut dengan pantas dan berulang kali, bagi menghasilkan sedutan yang boleh melonggarkan sumbatan.
Tindakan ini mungkin akan menarik keluar sebahagian bahan yang menyumbat tandas dan boleh menyebabkan keadaan menjadi kotor.
Beliau tidak menggalakkan penggunaan alat seperti auger tandas atau ‘drain snake’, kerana jika anda tidak mahir menggunakannya, ia boleh menyebabkan kerosakan.
Untuk mengelakkan tandas daripada tersumbat, beliau mengesyorkan agar sekali-sekala memasukkan tablet pencuci mesin basuh pinggan atau tablet pembersih gigi palsu ke dalam tandas dan membiarkannya bertindak semalaman.
6. Paip menitis
Paip yang menitis boleh membuatkan seseorang hilang sabar, dan terdapat pelbagai punca yang mungkin mengakibatkan air paip menitis.
Dalam banyak kes, kartrij yang mengawal aliran air panas dan sejuk dalam paip pengadun satu tuil — dipenuhi kerak kapur atau rosak.
Proses membuka dan membaikinya agak rumit tetapi masih boleh dilakukan.
Anda perlu membuka pemegang paip dan mengeluarkan kartrij di bawahnya.
Kaedah ini adalah kerja untuk penggemar DIY tahap mahir dan boleh dirujuk melalui video panduan boleh didapati di internet.
7. Kerak kapur pada kepala pancuran mandi
Tekanan air pancuran yang lemah selalunya berpunca daripada pengumpulan kerak kapur pada kepala pancuran.
Ia boleh dibantu dengan menanggalkan kepala pancuran dan merendamnya dalam cuka yang dicairkan.
Namun, kaedah ini tidak sesuai untuk semua jenis bahan, jadi pastikan anda mengikuti saranan pengeluar.
Menggunakan span secara ringkas juga boleh membantu menanggalkan kerak kapur pada kepala pancuran. — The Star/EMILY BLOCH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
