RAMAI di antara kita yang mengamalkan pemakan coklat pahit (dark chocolate) kerana kandungan lebih sihat daripada coklat susu.
Tetapi bukan itu sahaja, menurut penyelidik terdapat satu bahan kimia dalam coklat pahit berpotensi membantu melambatkan proses penuaan.
Kajian tersebut meneliti tahap theobromine iaitu sebatian yang terdapat dalam tumbuhan koko dalam darah dan membandingkannya dengan penanda penuaan biologi, iaitu ukuran umur tubuh dari segi kesihatan.
BACA LAGI: Selamat tinggal WFH, bilik hobi rutin suasana kerja baharu yang patut dicuba
BACA LAGI: Wanita Malaysia asal Kelantan berjalan kaki rentas 5 negara Eropah liputi jarak lebih 2,000km

Theobromine, bahan kimia yang terdapat dalam coklat pahit, dikaitkan dengan manfaat kesihatan dan jangka hayat yang dilanjutkan, kata penyelidik.
Ini termasuk fungsi dan bukannya berdasarkan bilangan tahun hidup.
Walaupun pakar tidak menasihatkan orang ramai supaya mengambil lebih banyak coklat, mereka berkata penemuan itu boleh membantu mengenal pasti makanan harian.
Seterusnya menyimpan petunjuk ke arah kehidupan yang lebih sihat dan lebih panjang.
Theobromine digambarkan sebagai fitonutrien pemakanan yang masih kurang diterokai dan telah dikaitkan dengan manfaat kesihatan serta jangka hayat yang lebih panjang.
Namun begitu, kajian mengenai kesannya terhadap manusia masih terhad. Analisis yang dijalankan oleh pakar dari King’s College London (KCL), Britain ini melibatkan 509 individu daripada kohort TwinsUK.
Seramai 1,160 individu daripada kajian Kora di Jerman. Penyelidik berkata, mereka mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap theobromine yang beredar dalam darah dengan penuaan biologi yang lebih perlahan.
Ketua penyelidik dan pakar genetik klinikal KCL, Dr Ramy Saad berkata, kajian ini merupakan satu penemuan yang sangat menarik, dan persoalan penting seterusnya ialah apakah yang mendasari hubungan ini?.
Serta bagaimana kita boleh meneroka interaksi antara metabolit pemakanan dan epigenom kita dengan lebih lanjut.
“Pendekatan ini berpotensi membawa kepada penemuan penting berkaitan penuaan dan seterusnya, termasuk penyakit biasa dan penyakit jarang berlaku,” katanya.
Penulis kanan kajian dan profesor epigenomik KCL, Dr Jordana Bell berkata, kajian mereka mendapati terdapat kaitan antara komponen utama coklat pahit dan keupayaan untuk kekal muda lebih lama.
“Walaupun kami tidak menyarankan orang ramai untuk mengambil lebih banyak coklat pahit, kajian ini dapat membantu kita memahami bagaimana makanan harian boleh memberikan petunjuk ke arah kehidupan yang lebih sihat dan lebih panjang,” ujarnya.
Penyelidik turut menguji molekul lain yang terdapat dalam koko dan kopi, namun mencadangkan bahawa kesan tersebut adalah khusus kepada theobromine.
Penulis bersama kajian dan penyelidik pascadoktoral KCL, Dr Ricardo Costeira berkata, kajian dapat mengenal pasti satu lagi mekanisme molekul, melalui mana sebatian semula jadi dalam koko berpotensi menyokong kesihatan.
“Walaupun lebih banyak penyelidikan masih diperlukan, dapatan kajian ini menekankan kepentingan analisis peringkat populasi dalam bidang penuaan dan genetik,” jelasnya.
Pasukan penyelidik kini sedang meneroka sama ada kesan terhadap penuaan biologi adalah khusus kepada theobromine, atau jika sebatian itu berinteraksi dengan bahan kimia lain dalam coklat pahit, seperti polifenol.
Polifenol ialah antioksidan yang kuat dan turut terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, teh, kopi dan wain.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
