ORKESTRA Filharmonik Malaysia (MPO) membawakan kembali filem komedi klasik legenda, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada 1964, Madu Tiga dengan cara yang tiada tandingannya dan cukup luar biasa.
Persembahan menayangkan filem kesayangan tersebut di layar besar sambil mempersembahkan keseluruhan skor muziknya secara langsung.
Itulah yang ditawarkan oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), sebuah pengalaman dan peluang untuk menikmati filem klasik kesayangan tersebut dengan iringan muzik secara langsung di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP).
BACA LAGI: Bercita-cita bergelar angkasawan? Pastikan anda ikuti kursus kelangsungan hidup di laut

Diarahkan serta dibintangi oleh P. Ramlee, Madu Tiga mengisahkan watak yang Jamil yang membuat keputusan untuk berkahwin kali kedua dan ketiga.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga MPO menambah satu lagi tarikh persembahan.
Konsert kini akan berlangsung pada 23 Januari dan 24 Januari 2026, kedua-duanya pukul 8 malam dan tiket telah dijual sejak 19 Disember.
Iringin klasik yang menjanjikan nafas baharu merupakan sebuah karya unggul dari segi tempo komedi dan sindiran sosial.
Diarahkan serta dibintangi oleh P. Ramlee, tokoh perfileman, pelakon dan komposer paling ikonik Malaysia itu mengisahkan watak yang diberi nama Jamil, seorang lelaki yang membuat keputusan untuk berkahwin kali kedua dan ketiga.
Kemudian tindakan tersebut membawa kepada kekecohan yang menghiburkan apabila ketiga-tiga isterinya, menyedari kewujudan antara satu sama lain.
Filem ini memenangi anugerah Komedi Terbaik di Festival Filem Asia 1964 di Taipei, dan sehingga kini kekal sebagai karya penting dalam sinema Melayu.
Sindiran tajam, lakonannya bersahaja dan mantap manakala lagu-lagunya turut ciptaan sendiri oleh P. Ramlee dan dinyanyikan oleh beliau bersama isterinya, Saloma pasti memberikan nostalgia yang cukup hebat.
Lagu-lagu seperti Pukul Tiga Pagi dan Selamat Pengantin Baru turut menjadi sebahagian daripada khazanah budaya dalam industri filem negara.
Terdahulu, MPO telah mengajurkan gabungan dan iringan muzik secara langsung dengan tayangan filem untuk beberapa genre.
Antaranya seperti Harry Potter, La La Land, Raiders of the Lost Ark, Ratatouille, Casablanca, Home Alone dan juga Psycho arahan Alfred Hitchcock. Pada 2017 drama sukan Malaysia, Ola Bola pun pernah diadakan di sini.
Namun, ada sesuatu yang sangat menyentuh perasaan apabila muzik ciptaan P. Ramlee yang digubah puluhan tahun lalu, dirakam menggunakan peralatan analog dan dicintai oleh pelbagai generasi.
Ini menjadikan persembahan sebuah orkestra bertaraf dunia di dewan konsert moden itu melangkaui medium zamannya.
Konduktor Ahmad Muriz Che Rose akan memimpin MPO membawakan skor muzik filem ini, menyelaraskan setiap isyarat muzik dengan aksi di layar.
Maka, jangan lepaskan peluang untuk alami pengalaman dan persembahan uang luar biasa ini dengan mendapatkan tiket di mpo.com.my/season-2026/p-ramlee-madu-tiga-live-in-concert.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
