Gangguan teknikal di lapangan terbang, MAHB saran guna kios layan diri percepat proses


  • Nomad
  • Selasa, 23 Dis 2025

Syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Malaysia telah mengaktifkan prosedur kecemasan.

SYARIKAT penerbangan di lapangan terbang Malaysia terpaksa mengaktifkan prosedur kecemasan susulan gangguan sementara yang dialami sistem pemprosesan penumpang global, kata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Menerusi satu kenyataan di Facebook, MAHB berkata, gangguan itu menyebabkan proses daftar masuk dan menaiki pesawat terjejas.

Susulan itu, MAHB berkata, pihaknya mengerahkan pasukan lapangan terbang untuk membantu penumpang yang memerlukan bantuan.

BACA LAGI: Bercita-cita bergelar angkasawan? Pastikan anda ikuti kursus kelangsungan hidup di laut

BACA LAGI: Bina legasi pelumba profesional, 4 pemandu pertama KRA hangatkan Skilldrvn Swift Professional Series 2026

 

Situasi dikawal dengan rapi, dengan keselamatan dan keselesaan penumpang kekal.

 

Jelasnya, gangguan tersebut tidak menjejaskan operasi mesin layan diri (self-service kiosks).

MAHB juga menggalakkan penumampang menggunakan kemudahan tersebut bagi mencetak pas masuk serta tag bagasi bagi mempercepatkan urusan.

Pelancong dinasihatkan untuk mengikuti arahan daripada pasukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang di terminal.

"MAHB akan terus memantau perkembangan gangguan global ini dan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran perjalanan semua penumpang," kata kenyataan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram