Selamat tinggal WFH, bilik hobi rutin suasana kerja baharu yang patut dicuba


  • Hobi
  • Rabu, 31 Dis 2025

Beberapa pejabat rumah sepanjang tempoh Covid-19 kini telah ditukar menjadi bilik hobi.

 

 

SEMASA kemuncak pandemik Covid-19, kemudahan yang paling diminati adalah pejabat rumah yang bergaya atau lebih dikenali sebagai bekerja dari rumah (WFH).

Berita utama melaporkan bahawa perjalanan ke tempat kerja adalah perkara lampau dan bekerja dari rumah adalah masa depan, sementara pemilik rumah membina pondok di halaman sebagai pejabat sementara.

Namun, masa depan itu ternyata bersifat sementara. Lima tahun kemudian, majikan besar dari kerajaan AS hingga bank di Wall Street telah mengarahkan kakitangan mereka kembali ke pejabat.

BACA LAGI: Ukay Hills estet lereng bukit kontemporari, penuhi permintaan dan keperluan gaya hidup moden

BACA LAGI: Cari tempat 'countdown' Tahun Baharu 2026? Ini senarai lokasi 'hotspot' sekitar Lembah Klang

 

 

Ruang pejabat rumah telah diubah menjadi bilik hobi seperti suite simulator golf atau gimnasium yang lengkap.

 

 

Ini termasuk beberapa syarikat seperti JPMorgan Chase & Co bahkan mewajibkan pekerja hadir lima hari seminggu.

Susulan arahan kembali ke pejabat ini, pemilik rumah kini mencari kegunaan baharu untuk pejabat mereka.

Menukar bilik tambahan dan ruang luar menjadi studio pilates, bilik simulator golf, lounge cerut, malah ruang santai untuk anak-anak mereka.

"Kami membina sebuah bilik taman sebagai pejabat semasa tempoh kawalan pergerakan dan kini telah menukarnya menjadi bilik parti remaja," kata Mark Lawson, rakan kongsi di Buying Solution, sebuah perunding pembelian hartanah di London, Britain dan kawasan luar bandar England.

Lawson mempunyai pengalaman luas dalam gaya reka bentuk melalui kerjayanya yang sering menunjukkan rumah kepada pelanggan, jadi beliau dapat merasakan bahawa beliau sebahagian daripada tren yang lebih besar.

Sejak kebelakangan ini, beliau perasan beberapa pejabat rumah yang dibina secara tergesa-gesa kini ditukar menjadi apa yang beliau panggil bilik hobi.

Ruang yang sebelum ini digunakan terutamanya untuk mesyuarat dalam talian kini menjadi studio tembikar dan bilik yoga.

"Kami melihat sebuah rumah di mana penjual telah menubuhkan mini sekolah memasak di dalamnya," katanya.

Projek minat peribadi pemilik rumah kini semakin mengambil ruang dan satu perubahan besar apabila orang ramai mengupah pereka dalaman untuk menghasilkan latar pejabat rumah ideal.

Ini bagi menarik perhatian rakan sekerja dan pelanggan semasa mesyuarat Zoom.

"Seorang pelanggan baru-baru ini menukar pejabat rumah mereka menjadi bilik wain lengkap.

“Selepas menamatkan kursus somelier, peminat wain ini mahu ruang tersendiri untuk meneroka dan menikmati minat mereka terhadap wain," kata Giles Barrett, ketua pejabat Notting Hill dan pengarah syarikat hartanah Domus Nova.

"Ruang tersebut diubah suai dengan bilik bawah tanah wain spiral, pencahayaan suasana dan dekorasi sesuai dengan bar hotel lima bintang," tambahnya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat hartanah dan reka bentuk, Edo Mapelli Mozzi berkata, dalam satu projek membaik pulih rumah bandar di Hyde Park untuk sebuah keluarga, ruang yang asalnya dirancang sebagai bilik kajian.

“Kemudian ditukar menjadi bilik cerut. Ia mencerminkan perubahan yang kita lihat daripada ruang yang fokus sepenuhnya kepada kerja kepada bilik yang menggalakkan hobi, hiburan dan santai,” ujarnya.

Di Battersea, Becky Fatemi dari Sotheby’s International Realty kini menjual rumah milik bintang Made in Chelsea, Spencer Matthews, yang menampilkan bilik audio siar berwarna-warni.

Ia bagi menggantikan pejabat tertutup tradisional dan rumah itu disenaraikan pada harga US$5.3 juta (RM22 juta).

Kisah yang serupa berlaku di New York City, Amerika Syarikat.

"Dalam hartanah mewah, pejabat rumah yang pernah menjadi kemestian kini kehilangan statusnya," kata Pengasas bersama agensi hartanah Elevated Advisement di Manhattan, Eric Brown.

Brown berkata, apabila lebih ramai pemilik rumah berpendapatan tinggi kembali ke Manhattan empat atau lima kali seminggu, pejabat mereka kini diubahsuai semula, mencari kegunaan kreatif kedua.

"Dulu bilik kajian yang tenang dan minimalis kini bertukar menjadi man cave yang meriah, lounge cerut yang moodi atau bar koktel peribadi.

“Ada juga yang ditukar menjadi suite simulator golf, gimnasium lengkap atau bilik permainan/video untuk kanak-kanak,” jelasnya.

 

 

Lebih ramai orang menukar ruang yang digunakan untuk bekerja dari rumah kepada bilik permainan kanak-kanak.

Pemilik rumah di New York City, ruangnya adalah terhad, semakin menerima perubahan dan disebabkan itu, ia membenarkan bilik tambahan mereka berfungsi untuk pelbagai tujuan.

"Sebuah bilik mungkin bermula sebagai tempat senaman yang tenang, menjadi zon permainan kanak-kanak pada waktu petang. Kemudian berubah menjadi ruang hiburan yang sofistikated pada waktu malam,” terangnya.

Pereka dalaman dan arkitek itu berkata, mereka melihat pelanggan menukar fikiran mengenai keperluan mereka di tengah-tengah projek pembinaan, dengan pejabat rumah jatuh ke tangga keutamaan.

"Dalam dua projek, kami melihat pejabat rumah ditukar fungsi di tengah-tengah pembinaan. Satu diubah menjadi bilik tetamu dan satu lagi menjadi bilik bayi.

"Dengan kebanyakan daripada kami di Timur Laut kembali ke pejabat, kami dapati ada pelanggan yang mencari penggunaan lebih baik untuk ruang pejabat rumah," kata Ross Padluck, rakan kongsi arkitek di Kligerman Architecture & Design.

Bagi Lawson dari Buying Solution, beliau berseloroh bahawa menukar pejabat rumahnya menjadi bilik parti remaja adalah perkara terbaik yang pernah dilakukannya.

"Anak-anak kami membawa rakan-rakan mereka pulang, dan mereka boleh melakukan apa yang mereka mahu tanpa kami melihat mereka atau mereka melihat kami. Semua orang gembira," katanya. — The Star/SARAH RAPPAPORT

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

 

Artikel Berkaitan:

Gadis Iran bentuk kekuatan minda, tangkis halangan sosial melalui karate

Lampu suluh menerangi keajaiban di sebalik alam semula jadi, tapi hati-hati ular kapak aktif waktu malam

Komuniti Sibu jadikan Pickleball pupuk semangat persahabatan, hayati nilai-nilai murni

'Akses jumpa kaunselor penting untuk kesihatan mental pengundi Johor'

Wanita jangan hadkan diri, 3 peminat akui automotif bukan zon eksklusif lelaki

Bercita-cita bergelar angkasawan? Pastikan anda ikuti kursus kelangsungan hidup di laut

Daya emosi dan atmosfera seni, karya artis terkenal 6 negara dipamerkan di KL

Ramai lelaki sering tangguh rawatan prostat, hospital tawar 300 pemeriksaan percuma

Ukay Hills estet lereng bukit kontemporari, penuhi permintaan dan keperluan gaya hidup moden

Cari tempat 'countdown' Tahun Baharu 2026? Ini senarai lokasi 'hotspot' sekitar Lembah Klang

Bangunkan ekosistem pembelajaran kontemporari berteras kopi dan kreativiti, Brewphoria x UniFi Mobile perkukuh reputasi UiTM

Dulu bulan kini matahari, karya seni artis UK 'sinari' Muzium Budaya Borneo

Carian Gen Z naik 25 peratus, anak muda bukan lagi sekadar ikut, kini jadi perancang percutian keluarga

Badan sihat tapi lutut lemah, amalkan 3 latihan senaman kuatkan sendi

Terkena serangan jantung tanpa sedar, terjaga malam dan cepat mengah antara tanda amaran

Hospital bersejarah Pulau Pinang kini galeri automotif antik

Kanak-kanak dibiar kesunyian berisiko alami demensia ketika dewasa

Tak lagi telefon ucap selamat hari jadi, Jackie Chan akui silap didik anak

WFH, kerja, bilik, ruang, senaman, hobi