Sudah rancang nak 'terbang' ke mana tahun depan? Ini idea percutian 2026 berdasarkan Lonely Planet


  • Nomad
  • Sabtu, 27 Dis 2025

Pengunjung digalakkan melawat bandar Utrecht di Belanda, yang hanya memerlukan perjalanan kereta api singkat dari Amsterdam.

 

 

PEJAM celik, sekejap saja rasanya 2025 akan melabuhkan tirai. Jadi, mulakan perancangan anda untuk 2026 pula untuk menjejakkan kaki ke pelbagai destinasi baharu disyorkan kepada pengembara tahun hadapan.

Menurut panduan pelancongan Lonely Planet, daripada Tajikistan hingga Namibia termasuk juga destinasi pesta unggul Belgrade di Serbia.

Antara idea yang diketengahkan ialah “bandar Cadiz yang penuh keceriaan” di Sepanyol serta pulau Sardinia di Itali yang dikatakan mempunyai “jauh lebih banyak tarikan selain pantai yang memukau.

BACA LAGI: Bercita-cita bergelar angkasawan? Pastikan anda ikuti kursus kelangsungan hidup di laut

BACA LAGI: Bina legasi pelumba profesional, 4 pemandu pertama KRA hangatkan Skilldrvn Swift Professional Series 2026

 

 

Alam semula jadi di Namibia disyorkan untuk perjalanan yang akan diambil tahun depan.

 

 

Turut tersenarai ialah Bristol di England, sebuah “dunia seni jalanan”, sebagai antara destinasi dan pengalaman terbaik yang dicadangkan untuk tahun akan datang.

Bandar-bandar Eropah

Terokai kehidupan malam yang legenda di Belgrade yang dikatakan menjadi sasaran ramai pelancong luar. Ibu kota Serbia itu dikatakan telah mengatasi bandar-bandar seperti Berlin di Jerman, yang suatu ketika dahulu terkenal dengan suasana pesta.

“Minuman murah, suasana yang santai dan penduduk tempatan yang begitu meminati kehidupan malam menjadikan Belgrade taman permainan hiburan malam terbaik di Eropah.

“Tidak banyak bandar yang dapat menandingi tenaga kehidupan malam Belgrade,” menurut panduan tersebut.

Masih di Eropah, pengunjung juga digalakkan melawat bandar Utrecht di Belanda, yang hanya memerlukan perjalanan kereta api singkat dari Amsterdam.

Bandar ini menawarkan pelbagai tarikan seperti bandar lama zaman pertengahan dengan terusan, rumah berbumbung curam seolah-olah keluar daripada lukisan Vermeer, serta banyak kedai buku, restoran dan muzium.

 

 

FILED - Graffiti that has appeared on a wall in Vale Street, Bristol, which could be the latest artwork from street artist Banksy, though the elusive street artist is yet to confirm whether he painted the mural. Photo: Claire Hayhurst/PA Wire/dpa - ATTENTION: editorial use only and only if the credit mentioned above is referenced in full

Sebuah kafe di sudut Despota Stefana dan Cetinjska di Belgrade.

 

Tip untuk penggemar makanan dan pencinta alam

Bagi penggemar makanan, antara pengalaman yang dicadangkan ialah jelajah makanan berunsur budaya di Old Dubai.

Pilihan lain termasuk meneroka dunia gastronomi yang meriah di Melbourne, Australia, atau mengikuti jelajah kulinari di Kerala, selatan India.

Cadangan seterusnya merangkumi aktiviti mendaki dan perkhemahan liar di Tajikistan, menjejaki gajah gurun di Namibia. Ini termasuk pelayaran sungai di Sungai Mekong di Vietnam.

Pengembara juga boleh mempertimbangkan kawasan Jepun di Liberdade, dalam bandar mega Sao Paulo di Brazil.

Turut tersenarai ialah Mexico City di Mexico, sebuah kota yang merupakan gabungan tradisi pra-penjajahan, mural bak cerita dongeng dan pelbagai juadah di setiap penjuru.

Lonely Planet menjelaskan bahawa cadangan ini tidak disusun mengikut sebarang kedudukan tertentu, sambil menyatakan bahawa tidak lagi menyenaraikan bandar, wilayah dan negara terbaik mengikut ranking adalah selari dengan peredaran zaman.

Budaya pelancongan masa kini lebih menekankan makna dan pengalaman berbanding kedudukan, semua destinasi diberikan taraf yang sama, menurut panduan itu. —The Star

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram