BUKIT Antarabangsa, Ampang, Selangor kini memperlihatkan Malaysia keberadaan sebuah lokasi yang merupakan sebuah estet perbukitan kontemporari, direka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap destinasi dipanggil Ukay Hills.
Dirasmikan dan telah disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, estet destinasi moden Ukay Hills menggabungkan lokasi acara gaya hidup, dan pengalaman hidangan terpilih dalam satu persekitaran yang selaras dan menyeluruh.
Tempat itu amat sesuai untuk diadakan majlis keraian seperti majlis perkahwinan, acara korporat, dan perhimpunan gaya hidup diadakan masa kini yang mungkin menjadi mencipta sebuah pengalaman luar biasa.
BACA LAGI: Bercita-cita bergelar angkasawan? Pastikan anda ikuti kursus kelangsungan hidup di laut

Disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, estet destinasi moden Ukay Hills menggabungkan lokasi acara gaya hidup, dan pengalaman hidangan terpilih.
Malah ia lebih cenderung kepada lokasi yang menawarkan privasi, reka bentuk seni bina yang unik, pergerakan tetamu yang teratur merentas ruang penginapan, pengalaman makan, serta ruangan acara.
Pengarah Ukay Hills, Chee Yong Fatt berkata, permbinaan struktur di sana dibangunkan dengan memperkenalkan sebuah estet acara terbaharu di Malaysia yang menggabungkan inspirasi perkahwinan impian ala Pinterest.
“Elemen hospitaliti, dan fungsi secara kontemporari adalah impian kami untuk mewujudkan sebuah destinasi yang bukan sahaja sesuai untuk majlis perkahwinan dan sambutan peribadi.
“Malah turut menyokong keperluan yang semakin berkembang bagi sektor korporat, jenama, dan pengalaman gaya hidup,” katanya.
Pembukaan ini turut menandakan pelancaran rasmi Restoran Seafood D’ Bendang di Ukay Hills yang membawa warisan kulinari mereka ke dalam estet tersebut sebagai sebahagian daripada tawaran hospitaliti yang cukup hebat,
Mereka menyediakan pengalaman makan sepenuhnya, bilik makan peribadi VIP, serta perkhidmatan katering dan bufet untuk menyokong pelbagai acara yang diadakan di seluruh hartanah.
Terletak di kawasan perbukitan Bukit Antarabangsa, Ukay Hills menampilkan 29 suite gaya hidup, sebuah Bilik Makan Peribadi VIP, sebuah restoran lengkap, serta tiga ruang acara utama yang direka dengan elegan.
Ia menggabungkan inspirasi daripada moodboard Pinterest yang menjadi gaya terkini, serta elemen seni bina Eropah dan keindahan persekitaran alam semula jadi.
Konsep estet ini juga selaras dengan pertumbuhan sektor pelancongan gaya hidup domestik dan segmen acara premium di Malaysia.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penganjur semakin mengutamakan lokasi yang menawarkan suasana tersendiri, konfigurasi fleksibel, dan kemampuan penganjuran pengalaman yang unik.
Majlis pelancaran bukan sahaja menampilkan sesi berpandu pratonton bagi ruang acara, suite, dan ruang makan di estet tersebut, memperlihatkan bagaimana seni bina kaca moden hartanah dengan persekitaran perbukitan untuk mewujudkan suasana acara yang unik.
Tetamu juga berpeluang menyaksikan upacara perasmian, berjalan-jalan di sekitar estet, serta menikmati pengalaman hidangan terpilih yang dihoskan oleh pasukan Seafood D’ Bendang & Ukay Hills.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai lokasi, temujanji atau tempahan acara pada 2025 dan 2026, layari www.ukayhills.com. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
