KETIKA gelombang anime di Malaysia semakin rancak, peminat semakin merindukan sebuah 'rumah' sebenar, sebuah hab untuk mereka melepak atau bertemu komuniti yang cenderung dalam dunia fantasi yang dinyatakan.
ACG BASE (Anime, Comics, Games) di LaLaport BBCC, Kuala Lumpur akhirnya memenuhi ruang yang telah lama dinantikan itu.
LaLaport BBCC, yang sudah terkenal sebagai hab budaya pop Jepun, secara rasminya melancarkan ACG BASE, sebagai sebuah pusat beli-belah yang menjadi destinasi paling imersif di Malaysia untuk anime, komik, permainan video dan budaya pop urban.
BACA LAGI: Pesona lanskap dirakam dron buka pemandangan rahsia alam dari sudut udara
BACA LAGI: Lampu LED moden antara rahsia jimat tenaga akuarium dan terrarium yang anda perlu tahu

Peminat kini boleh mengunjungi premis Animate yang menawarkan barang koleksi anime, manga dan barangan permainan eksklusif. — AZHAR MAHFOF/ The Star
Direka sebagai ruang untuk peminat meneroka, membeli-belah, menjamu selera dan berhubung antara satu sama lain, zon budaya pop itu menampilkan lebih 20 kedai dengan pengalaman interaktif.
Bahkan, ciri-ciri tema, konsep dan barangan eksklusif turut dibawa masuk dari Jepun serta seluruh rantau.
Antara tarikan terbesar ialah 'Animate', peruncit anime terkemuka Jepun yang kini membuka kedai dan menawarkan pelbagai barangan rasmi anime, manga dan permainan video.
Daripada koleksi barangan, pakaian hingga keluaran edisi terhad, kedai itu memberi akses terus kepada peminat untuk mendapatkan produk yang sebelum ini hanya boleh ditemui di luar negara.
Premis 'Only Shop' menjadi pelengkap kepada item pop-up istimewa yang menonjolkan satu tajuk anime atau manga pada satu-satu masa.
Ia bahkan memperlihatkan pilihan baharu setiap bulan termasuk keluaran eksklusif serta edisi yang sukar didapati menjadikannya syurga buat pengumpul.

Premis ini memberi akses terus kepada peminat untuk mendapatkan produk yang sebelum ini hanya boleh ditemui di luar negara. — AZHAR MAHFOF/ The Star
Pengunjung juga boleh mengisi tenaga di kafe bertema di LG1, yang menampilkan konsep berputar diinspirasikan anime, manga, permainan dan VTuber popular.
Setiap tema baharu hadir bersama menu minuman kolaborasi yang segar, menjadikannya lokasi kegemaran untuk perjumpaan peminat di sana begitu unik.
Di seluruh kawasan ini, kedai seperti Bad Egg Club, Nullset Goods, The Pink Room dan Q Pocket menawarkan item berasaskan ‘blind box’, patung plushie, sehinggalah barangan gaya hidup dan cenderamata karakter.
KOBO 7 pula memenuhi keperluan pembina Gunpla dengan alat, cat dan ruang kerja, manakala Doko Koko dan Dimension Poptown menyediakan ruang santai sambil peminat boleh makan-makan, membeli-belah dan menyelami zon bertema karakter.
Untuk pencinta buku dan pengumpul, K+ oleh Kadokawa Gempak Starz membawa penerbit manga terkemuka Malaysia ke peruncitan dengan menawarkan bukan sahaja judul Jepun import, tetapi juga komik, novel dan buku seni tempatan yang meraikan karya tempatan.

K+ oleh Kadokawa Gempak Starz membawa penerbit manga terkemuka Malaysia ke dunia peruncitan. — AZHAR MAHFOF/ The Star
Dengan acara berfokuskan peminat dan pilihan barangan terbaik, ia berfungsi sebagai jambatan budaya yang menghubungkan pembaca, pencipta dan komuniti manga serantau yang semakin berkembang.
Namun tarikan yang benar-benar mencuri perhatian ialah Teater KLP48. Sebagai kumpulan adik kepada AKB48, kumpulan gadis idola ikonik Jepun, KLP48 (kumpulan idola gadis Malaysia) menawarkan lebih daripada sekadar persembahan.
Ia menghidupkan denyut budaya idola, dengan persembahan langsung setiap hari di venue khas mereka sendiri.
Bagi peminat, ia merupakan pengalaman intim dan imersif di mana muzik, koreografi dan interaksi dengan peminat bertemu, mencipta secebis fenomena idola legenda Jepun di tengah-tengah Malaysia.

ACG BASE berfungsi sebagai jambatan budaya yang menghubungkan pembaca, pencipta dan komuniti manga serantau. — AZHAR MAHFOF/ The Star
Di luar pentas, KLP48 memberi peluang kepada anak muda Malaysia untuk mempelajari dunia pop secara langsung, sambil tetap berakar pada fandom anime dan budaya Jepun (J-culture) yang menginspirasikan mereka.
Bagi meraikan pelancaran ini, LaLaport BBCC juga menawarkan promosi sehingga 30 November.
Pembeli yang berbelanja RM300 dalam satu resit akan menerima baucar tunai RM20, manakala mereka yang berbelanja RM100 dalam dua resit pada hari yang sama boleh menebus kotak coklat atau biskut Beryl’s percuma.
Peminat juga boleh menyertai Sticker Rally, mengumpul setem daripada penyewa ACG BASE yang mengambil bahagian untuk mendapatkan baucar tunai tambahan RM20. — The Star/M. IRSYAD
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
