SERING kali kita mengambil ringan tentang pemasangan barangan elektrik di rumah yang dianggap kecil, tidak memberikan kesan mendalam terhadap penggunaan elektrik.
Walhal, jika dilihat dengan teliti, pemasangan alat-alat tersebut apabila dikumpulkan setiap masa penggunaannya, ia boleh menyebabkan bill elektrik naik tanpa kita sedar.
Ini termasuk bagi mereka yang membela ikan atau haiwan perliharaan menggunakan akuarium dan terrarium.
BACA LAGI: Pesona lanskap dirakam dron buka pemandangan rahsia alam dari sudut udara
BACA LAGI: Replika bongkah Ferrari F50 pertama di dunia mendarat di Malaysia, tarikan percutian keluarga terbaharu di Legoland Johor

Kurangkan penggunaan tenaga dengan menebat terrarium anda.
Ingat, komponen oksigen dan lampu yang dipasangkan perlu diaktifkan secara beterusan jika menggunakan bekas tersebut untuk kelangsungan hidup haiwan di dalamnya.
Hal ini secara tidak langsung menyebabkan penggunaan elektrik secara berterusan.
Dengan itu, anda perlu mencari kaedah untuk menjimatkan tenaga di hampir setiap sudut rumah.
Menurut Persatuan Industri Bekalan Haiwan Peliharaan Jerman (IVH), anda boleh mula dengan menebat tangki melalui pemasangan pelapik bahagian bawah dan dinding luar menggunakan panel polistirena.
Ia bertujuan untuk meningkatkan penebatan haba dan amat penting untuk terrarium, kerana suhu tertentu adalah vital bagi sesetengah reptilia.
Pam dan penapis moden yang cekap tenaga sering menggunakan elektrik lebih berbanding model lama.
Ahli Persatuan Kelab Akuarium dan Terrarium Jerman (VDA), Frank Lehmann pula mengesyorkan penggunaan lampu LED moden, berbanding tiub fluorescent untuk pencahayaan dalam akuarium.
“Gunakan 'timer' untuk memastikan terrarium diterangi dengan betul.
"Bagi reptilia dari iklim sederhana seperti cicak atau cacing, anda boleh mengurangkan masa pencahayaan kepada lapan hingga sembilan jam pada musim sejuk,” katanya.
Pemilik sesetengah spesies ikan juga boleh menjimatkan elektrik dengan tidak menggunakan pam oksigen atau batu gelembung.
Tambah IVH, ikan akuarium biasanya mendapat oksigen mencukupi dengan berenang di permukaan air.
Lehmann menambah, penggunaan meter elektrik untuk memeriksa penggunaan lampu, pam dan penapis dari semasa ke semasa serta termometer digital untuk memeriksa suhu air amat digalakkan.
Ia dapat mengurangkan suhu hanya satu hingga dua darjah Celsius yang boleh memberi kesan positif terhadap bil elektrik anda.
Oleh kerana reptilia berdarah sejuk dalam terrarium memerlukan suhu antara 40 hingga 50 darjah Celcius, gunakan lampu pemanas dan cahaya UV sebagai sumber haba dari terrarium boleh digunakan untuk memanaskan keseluruhan ruang. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
