Hutan rahsia di Lembah Klang, tempat 'healing' warga kota kembali dekat dengan alam semula jadi


  • Nomad
  • Selasa, 18 Nov 2025

Anda tidak perlu meninggalkan bandar untuk kembali dekat dengan alam semula jadi.

DI sebalik kesibukan trafik, pencakar langit dan hiruk-pikuk kota, Lembah Klang sebenarnya menyimpan harta hijau yang jarang disedari ramai.

Dari Bukit Gasing hingga ke Bukit Kiara dan Hutan Komuniti Kota Damansara, kawasan ini menjadi ‘paru-paru’ yang menenangkan bagi penduduk bandar.

Bagi ramai warga Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, lokasi seperti ini menawarkan peluang untuk lari seketika daripada kesibukan harian tanpa perlu memandu jauh atau membawa peralatan berat.

Cukup sekadar kasut selesa, botol air dan semangat untuk menapak menikmati keindahan alam.

BACA LAGI: Replika bongkah Ferrari F50 pertama di dunia mendarat di Malaysia, tarikan percutian keluarga terbaharu di Legoland Johor

BACA LAGI: Trend baharu pelancongan ekstrem, 'check out' 5 gunung berapi kaki 'hiking' wajib cuba daki

Bukit Kiara Federal Park hiking trail.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Pejalan kaki menaiki denai di Taman Persekutuan Bukit Kiara.

Bukit Gasing, misalnya, menjadi tempat ramai penduduk Kuala Lumpur dan Petaling Jaya untuk mencuba sendiri pengalaman mendaki buat kali pertama.

Bukit yang rendah itu menampilkan laluan mesra pemula dari laluan pendek 20 minit hingga laluan lebih panjang melintasi jambatan gantung dan puncak bukit yang mengambil masa kira-kira dua jam.

Laluan jelas dan mudah diikuti, malah tersilap jalan pun tidak akan sesat jauh, sebaliknya akan membawa ke laluan lain.

Malah, di sini juga, pengunjung boleh melihat sendiri kera ekor panjang, burung bulbul serta meredah anak sungai kecil. 

Photos of Hiking trails,hikers and the the entrance in Kota Damansara Community Forest. Story of Community Forest Petaling Jaya Selangor. (SEPT 16 2025) — ART CHEN/The Star

Seorang pejalan kaki bergambar di depan papan tanda di Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara.

Seterusnya, Bukit Kiara, sering digelar ‘paru-paru utama’ bandar. Terletak di belakang Taman Tun Dr Ismail, hutan ini merupakan salah satu taman hijau yang diimpikan ramai orang untuk dicipta di halaman rumah sendiri.

Jalan turapan tae yang popular dengan laluan naik dan turun, dilindungi oleh pokok dipterokarpa yang tinggi, memberikan tapisan cahaya matahari yang menghasilkan sinaran keemasan lembut.

Taman ini menjadi kegemaran pejalan kaki di waktu pagi dan pelari termasuk jurugambar yang mencari burung pelanduk berwarna-warni serta burung barbets berjalur.

Bahkan, Bukit Kiara benar-benar hidup dan menjadi rumah kepada lebih 150 spesies burung, termasuk enggang, helang dan burung malam.

Ini termasuk serangga berwarna-warni dan cendawan liar juga banyak ditemui, terutamanya selepas hujan.

Dengan beberapa laluan yang ditanda dengan baik, kebanyakan pusingan boleh diselesaikan dalam masa satu hingga dua jam.

Bunyi bising kota perlahan-lahan memudar apabila anda melangkah lebih jauh ke dalam hutan.

The Friends of Bukit Gasing marking the hill trails with handmade wooden markers. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. September 8, 2019.

Bukit Gasing merupakan denai mendaki yang popular di Petaling Jaya.

Sementara itu, Hutan Komuniti Kota Damansara pula menawarkan pengalaman berbeza.

Dikendalikan oleh sukarelawan tempatan, kawasan ini menampilkan pokok yang lebih tua, laluan lebih panjang dan suasana lebih lasak.

Ia menjadi lokasi popular untuk keluarga, penggemar mendaki dan pemerhati burung. 

Pengunjung juga boleh menikmati keindahan alam semula jadi seperti halia liar, pakis melingkar, kulit pokok berlubang dan rama-rama menari di cahaya mentari.

Laluan meskipun memberi rasa ‘alam liar’, tetap selamat dan mudah diikuti.

Tempat-tempat hijau ini menunjukkan bahawa anda tidak perlu meninggalkan bandar untuk kembali dekat dengan alam semula jadi.

Sama ada untuk pemula, pencinta alam, jurugambar atau sesiapa yang mahu menarik nafas panjang, hutan kecil ini menawarkan pengalaman mendamaikan tepat di tengah bandar. — The Star/EDDIE HUA

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram