IKHLAS.com teroka destinasi 'hidden gems' negara-negara Islam, pelbagai tawaran istimewa menanti di Plaza Sungei Wang


  • Nomad
  • Ahad, 23 Nov 2025

Acara yang melibatkan kerjasama tersebut telah dijalankan bersama Air Asia Reward dan pihak Plaza Sungei Wang itu menempatkan pameran, promosi dan bermacam-macam pakej percutian.

RAKYAT Malaysia kini berpeluang untuk meneroka 'hidden gems' di negara-negara Islam apabila syarikat pelancongan, Ikhlas.Com Travel & Umrah (IKHLAS.com) memperluaskan rangkaian lokasi percutian mesra Muslim.

Menerusi pameran ikhlas.com Travel Fair 2025: Discover the Jewels of Asia yang berlangsung bermula 21 hingga 30 November ini di Plaza Sungei Wang, kaki travel kini boleh memilih lokasi percutian dengan menikmati pelbagai tawaran istimewa.

Ini termasuk diskaun RM2,000 bagi tempahan empat pakej perjalanan, cabutan bertuah pakej Umrah bernilai RM4,990 untuk dua pemenang, serta promosi menunaikan umrah mengikut musim.

BACA LAGI: Esplanade Pulau Pinang tawar tarikan interaktif terbaharu, cahaya laser warnai setiap langkah di Linear Park

BACA LAGI: Genting Highland syurga flora, taman botani terbesar Eufloria tarik pengunjung menjelang TMM 2026

 

Acara diadakan bersama Air Asia Reward dan pihak Plaza Sungei Wang itu menempatkan pameran, promosi dan bermacam-macam pakej percutian.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, pameran itu bukan sekadar acara biasa, sebaliknya ia satu wadah merayakan penemuan, hubungan dan keimanan.

“Ini adalah usaha kami untuk memberikan pengalaman perjalanan yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan.

“Kami mahu memudahkan umat Islam meneroka permata tersembunyi di Asia, dengan memberi keutamaan kepada aspek halal, keselesaan dan ketenangan hati," katanya ketika berucap pada majlis  pelancaran pameran tersebut.

Antara destinasi mesra Muslim yang tersenarai termasuk Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Turkiye, Uzbekistan, Kazakhstan dan lain-lain. Penawaran ini turut selari dengan peluasan rangkaian penerbangan AirAsia.

Lokasi itu dipilih sebagai kempen ganjaran pelancong antarabangsa yang serba baharu dan ia dilihat sebagai sebuah tarikan bagi menghidupkan pusat beli-belah tersebut sebagai persiapan menjelang Visit Malaysia 2026.

Ia sejajar dengan usaha memperluaskan lagi rangkaian penerbangan tambang murah AirAsia.

Sementara itu, Pengurus Besar Plaza Sungei Wang, Joseph Two turut meluahkan rasa berbesar hati dengan jalinan kerjasama untuk acara tersebut diadakan di kompleks tersebut.

“Ia mencerminkan visi bersama dalam mempromosikan perjalanan bermakna yang menghubungkan manusia, menghormati nilai budaya serta menyerlahkan kekayaan warisan serantau,” ujarnya.

 

Rosyam Nor dan  Ikhlas berkongsi pengalaman dan informasi percutian bersama Ikhlas.com ketika mjalis perasmian.

Sementara itu, Duta IKHLAS.com, Datuk Rosyam Nor turut mengajak orang ramai mengambil peluang menikmati pakej-pakej yang ditawarkan.

Jadi, rancang perjalanan anda dan hadirkan diri ke Plaza Sungei Wang untuk meninjau, memikirkan dan membuat tempahan terus dengan pakej-pakej pelancongan menarik bersama IKHLAS.com. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram