SEPERTI program pemuliharaan yang dijalankan di beberapa negeri, dua ekor penyu laut terancam yang diselamatkan di Kudat pada bulan Julai lalu, telah pun dilepaskan semula kembali ke laut pada Rabu (19 November).
Penyu tersebut iaitu Dato, penyu jantan berusia lebih 30 tahun diselamatkan pada 10 Julai, manakala Kutu yang lebih muda diselamatkan pada 30 Julai.
Kedua-duanya dilepaskan dalam satu majlis kecil di Gaya Island Resort berhampiran Kota Kinabalu atas inisiatif individu yang menjalankan aktiviti pemulihara bersama kakitangan resort.

Dato dan Kutu ketika menjalani rawatan.
Proses tersebut memperlihatkan perasaan terharu sehingga individu yang terlibat menitiskan air mata masing-masing ketika penyu-penyu itu kembali ke laut.
Ketika ditemui, Dato mengalami dehidrasi, sembelit teruk dan jangkitan mata. Kutu pula menunjukkan simptom serupa dan dijangkiti kutu laut.
Semasa dilepaskan, kedua-dua penyu itu berada di pantai seketika sebelum perlahan-lahan berenang menjauhi pulau.
Mereka telah menjadikan pulau itu sebagai rumah selama empat bulan. Ahli biologi marin, Scott Mayback dan Dhivvian Tharmasegaran merupakan penjaga utama mereka.
Dimaklumkan, kedua-dua penyu itu telah menjalani sesi renang ujian beberapa malam sebelum pelepasan.
“Mereka menyesuaikan diri dengan baik dan sangat aktif, jadi sudah tiba masanya untuk membiarkan mereka kembali ke laut,” kata Dhivvian.
Beliau menambah bahawa penyu-penyu itu pada awalnya ditempatkan dalam tangki berasingan dengan rawatan yang berbeza.
Pengarah Pemuliharaan, Justin Juhun berkata, mereka bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah dalam kes-kes sebegini.
Beliau juga menyatakan bahawa inisiatif marin, hidupan liar dan alam sekitar lain sedang dijalankan di resort itu.
Tetamu resort yang hadir dalam majlis tersebut diberi taklimat mengenai proses penyelamatan dan pemulihan.
Satu penanda geo satelit dipasang pada cangkerang Dato untuk pemantauan selama satu hingga dua tahun. Penanda tersebut akan jatuh dengan sendirinya dari masa ke masa.
Malahan, data tersebut akan menunjukkan pergerakan dan kawasan mencari makanan.
Sebagai seekor penyu jantan dewasa, pergerakan Dato semasa musim pembiakan juga boleh dikaji.
Terdahulu, kedua-duanya diselamatkan sekitar daerah Kudat di utara Sabah oleh pengawal hidupan liar pada bulan Julai ini.
Kemudian, akan diserahkan ke sebuah pusat pemuliharaan marin di sebuah resort yang terletak hanya beberapa minit perjalanan bot dari ibu negeri di tanah besar.
Pusat pemuliharaan marin tersebut adalah yang pertama seumpamanya dan telah menyelamatkan serta merawat sejumlah 37 penyu laut. — The Star/STEPHANIE LEE
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram
