WOMEN'S Circle of Malaysia dan Irregular Atelier akan menganjurkan acara pertukaran almari pakaian dalam bentuk kesedaran pada 16 November (Ahad).
Menjelang penghujung tahun dan kemeriahan perayaan mula terasa, ramai daripada kita mungkin merasai dorongan untuk mengemas barang yang bukan sahaja melibatkan rumah, tetapi juga minda dan hati kita.
Women’s Circle of Malaysia (WCM) percaya bahawa 'spring clean' yang baik boleh memberi ketenangan, memperkasakan diri malah bersifat komuniti.
BACA LAGI: Apa yang berlaku jika tak ikut arahan kru kabin, terutamanya berbaring ketika kapal terbang mendarat
BACA LAGI: Trend baharu pelancongan ekstrem, 'check out' 5 gunung berapi kaki 'hiking' wajib cuba daki

Industri 'fast-fashion' global yang dibina atas pengeluaran pakaian murah dan cepat, telah mengubah tabiat pembelian pengguna. — Gambar hiasan
Justeru, bersama Irregular Atelier (IA), mereka menjemput wanita ke acara Closet Swap yang mesra dan penuh kesedaran di Didi’s Cafe & Bakery, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dari pukul 3 petang hingga 6 petang.
Dengan slogan 'Bring, swap, mend, reimagine', acara itu menjanjikan lebih daripada sekadar petang yang menyeronokkan dalam mencari harta karun.
Ia juga merupakan kempen terhadap pentas fesyen pantas dan fenomena yang mendorong kepada frasa — 'baju banyak, almari penuh tapi tak tahu nak pakai apa' yang sangat sinonim dengan golongan wanita.
Pengasas WCM, Ranessa Theyakaraja, pertukaran pakaian bukan sekadar tentang estetik atau mendapatkan pakaian baru.
Tetapi ia adalah tindakan untuk memikirkan semula cara kita menggunakan, menghargai, dan mengedarkan pakaian yang sedia ada.
“Lebih daripada sekadar pertukaran pakaian, acara ini adalah kenyataan menentang timbunan barang, fesyen segera dan mentaliti 'lebih banyak, lebih baik'.
“Industri 'fast-fashion' global yang dibina atas pengeluaran pakaian murah dan cepat, telah mengubah tabiat pengguna namun dengan kos yang besar.
“Di sebalik harga yang rendah, terdapat impak terhadap alam sekitar serta eksploitasi buruh dan sumber semula jadi,” katanya.
Memilih untuk mengitar semula atau menukar pakaian walaupun dalam cara kecil yang digerakkan oleh komuniti, adalah langkah untuk memperlahankan kitaran tersebut. Closet Swap juga selari dengan semangat WCM.
Komuniti yang diterajui wanita ini kerap menganjurkan pertemuan, sesi pembelajaran dan himpunan yang membantu wanita menyambung semula hubungan antara satu sama lain.
“Fikirkan acara ini sebagai lanjutan untuk memperlahankan langkah, bersikap penuh kesedaran, dan mengingati bahawa barang yang kita miliki, ia sepatutnya menyokong, bukan membebankan kesejahteraan kita,” ujar Ranessa.
Situasi petang Ahad direka supaya mudah, menggembirakan, dan boleh diakses oleh orang ramai.
3 petang – 4 petang: Pertukaran pakaian
Bawa sekurang-kurangnya tiga pakaian bersih dan pernah digunakan untuk diserahkan.
Tiada had maksimum bagi penyerahan dan rak akan kekal dibuka sehingga akhir acara bagi mereka yang memerlukan lebih masa untuk melihat.
Ambil apa yang anda suka, serahkan apa yang anda tidak perlukan lagi dan yang paling penting, bersikap prihatin terhadap orang lain.
Peringatan daripada penganjur, rak saiz besar biasanya mempunyai lebih sedikit pilihan, jadi peserta bersaiz kecil digalakkan memberi laluan kepada peserta L (baju besar) untuk memilih dahulu.
4 petang – 6 petang: Bulatan Pembaikian
Belum bersedia untuk bertukar pakaian? Bawa sesuatu yang anda sayangi tetapi belum dipakai kerana memerlukan sedikit pembaikiaan.
Irregular Atelier akan membimbing bengkel membaiki pakaian kepada pengunjung, semua alat menjahit disediakan.
Hanya bawa pakaian dan kisah di sebalik masalah pakaian anda.
Ini adalah ruang untuk belajar, menjahit atau mencipta semula pakaian kegemaran lama, sambil dikelilingi kehangatan, perbualan, dan aroma selesa pastri serta kopi.
Semua barangan yang tidak dituntut selepas pertukaran akan didermakan kepada Kloth Bins atau organisasi amal serta rakan kongsi.
Masuk adalah percuma. Pendaftaran diperlukan melalui pautan di bio @womenscirclemy di Instagram. — The Star/MING TEOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
