Replika bongkah Ferrari F50 pertama di dunia mendarat di Malaysia, tarikan percutian keluarga terbaharu di Legoland Johor


  • Nomad
  • Sabtu, 15 Nov 2025

Kerjasama itu memberi peluang kepada generasi muda merasai replika kenderaan Ferrari itu secara interaktif.

MELIHAT kenderaan mewah dan berkuasa tinggi setiap kali menontonnya di platform digital mahupun di depan mata sendiri ketika berada di atas jalan raya mampu memberikan semangat kepada sesiapa untuk memilikinya.

Secara tidak langsung, kenderaan-kenderaan seperti ini mampu memberi inspirasi dan menimbulkan minat mereka dalam dunia automotif.

Untuk memiliki sebagai koleksi peribadi ataupun mahu menghadiahkannya kepada teman atau juga buat anak sebagai pemberian istimewa, mungkin ia sesuatu yang mustahilkan?

BACA LAGI: ‘Baju banyak tapi tak tahu nak pakai apa?' Closet Swap di Wangsa Maju ajak wanita bertukar pakaian elak pembaziran

BACA LAGI: Trend baharu pelancongan ekstrem, 'check out' 5 gunung berapi kaki 'hiking' wajib cuba daki

 Replika lego Ferrari F50 pertama dunia.

Jadi buat mereka yang mempunyai anak yang sukakan kenderaan khususnya Ferrari, apa kata rancang percutian akhir tahun anda ke taman tema Legoland Malaysia di Iskandar Puteri, Johor.

Ini kerana, taman tema yang berunsurkan permainan bongkah tersebut telah mencipta satu lagi sejarah membawakan sebuah tarikan terbaharu yang pertama seumpamanya di Asia iaitu LEGO® Ferrari Build & Race.

Telah dibuka bermula 1 November 2025, ia menggabungkan dunia sukan permotoran dengan kreativiti tanpa had pengunjung bersama permainan blok itu.

Tarikan utama yang diketengahkan kali ialah penampilan Ferrari F50 bersaiz sebenar dan dibina sepenuhnya daripada lebih 420,000 bongkah Lego yang cukup luar biasa.

Dengan berat 1.6 tan dan mengambil masa lebih 1,300 jam untuk disiapkan, kenderaan ini bukan saja mampu memukau kanak-kanak malah golongan dewasa pasti turut teruja dengan binaan tersebut.

Selain itu, ia juga telah menjadi mercu tanda baharu di Zon Imaginasi Legoland Malaysia.

Naib Presiden Legoland Malaysia Resort, Cs Lim berkata pengalaman atau elemen terbaharu itu telah mencerminkan semangat LEGO dan Ferrari dan betapa kreativiti dan inovasinya lokasi berkenaan yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga.

Pengurus Pengalaman Kreatif Global Ferrari (Lifestyle), Benoit Montaigne berkata, kerjasama itu memberi peluang kepada generasi muda merasai, semangat jenama kenderaan Ferrari dengan cara unik dan interaktif.

Kemasukan replika lego Ferrari F50 pertama di dunia yang mendarat di Malaysia itu juga disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dalam sebuah majlis perasmian.

Ia sekali gus menandakan kejayaan dalam usaha memperkukuh kedudukan Johor, sebagai destinasi pelancongan keluarga utama di rantau ini menjelang Tahun Melawat Johor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kehadiran elemen jenama kereta logo kuda hitam itu dipecahkan kepada lima zon yang direka untuk semua peringkat umur:

Ferrari Garage

Ruangan ala pit-lane Ferrari dengan informasi dan fakta menarik tentang sejarah perlumbaan, serta kereta Ferrari F50 Lego bersaiz sebenar yang menjadi tumpuan utama.

Build Zone

Ruang imaginasi yang membolehkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka dan membina kereta lumba Lego Ferrari sendiri.

Test Zone

Uji daya tahan dan kelajuan ciptaan di tiga trek ujian berbeza untuk melihat prestasi kereta Lego anda.

Virtual Race Zone

Imbasan kereta Lego anda dan berlumba secara maya di litar digital Pista di Fiorano, Itali, yang merupakan replika trek ujian sebenar Ferrari.

Oleh, buat mereka yang sedang merancang percutian bersama keluarga menjelang akhir tahun 2025, jadi lokasi ini sebagai destinasi utama anda.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram