Secepat mana boleh lawati semula lokasi pelancongan dilanda 'bencana'?


  • Nomad
  • Khamis, 13 Nov 2025

Memulihkan aktiviti ekonomi di sesuatu kawasan adalah salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum kembali dikunjungi pelancong.

APABILA banjir, ribut, dan kebakaran hutan semakin kerap dan teruk di seluruh dunia, terdapat beberapa soalan penting yang perlu ditanya sebelum mempertimbangkan untuk melancong ke destinasi tersebut yang sedang pulih daripada bencana alam.

Kurang daripada seminggu selepas Taufan Melissa melanda Jamaica, meninggalkan 72 peratus penduduk hidup tanpa elektrik dan menyebabkan kerosakan dianggarkan bernilai $6 bilion ( RM24.786) billion hingga $7 billion (RM28.910 billion).

Menteri pelancongan negara itu menyatakan bahawa beliau menjangkakan pulau berkenaan akan menyambut pelancong tepat pada musim puncak pelancongan yang bermula pada 15 Disember.

BACA LAGI: Apa yang berlaku jika tak ikut arahan kru kabin, terutamanya berbaring ketika kapal terbang mendarat

BACA LAGI: Pusat akuatik baharu di Bandar Tun Razak dijangka siap 2030, telan belanja RM50 juta

 

 

Taufan kategori 5 ini adalah salah satu yang terkuat pernah melanda Caribbean menyebabkan ribuan orang masih berada di pusat perlindungan di seluruh Jamaica

 

Memandangkan taufan kategori 5 ini adalah salah satu yang terkuat pernah melanda Caribbean, dan ribuan orang masih berada di pusat perlindungan di seluruh Jamaica, ramai bakal pelancong mungkin tertanya-tanya bila masa yang sesuai untuk kembali ke pulau itu.

Kemudian, bagaimana apakah tindakan mereka yang sepatutnya dilakukan apabila tiba masa itu. Ini adalah dilema yang semakin kerap dihadapi oleh pelancong.

Pakar berkata bahawa krisis iklim menyebabkan kekuatan dan kekerapan ribut luar biasa, banjir, kebakaran dan tornado terus meningkat.

Berikut adalah beberapa soalan penting yang perlu ditanya sebelum menempah perjalanan ke destinasi yang sedang pulih:

Adakah kunjungan anda menyumbang kepada komuniti tempatan?

Selepas Taufan Maria, yang melanda Puerto Rico pada 2017, pihak berkuasa mula menerima kedatangan pelancong hanya tiga bulan selepas taufan.

Walaupun pelancong gembira untuk kembali, ramai penduduk masih tidak mempunyai elektrik dan air bersih.

Malah mula merasakan tidak senang dengan kehadiran pelancong ketika masyarakat tempatan masih kekurangan perkhidmatan asas.

"Saya rasa tidak senang dalam kalangan penduduk tempatan. Anda menikmati pulau, komuniti, dan menikmati apa yang dibina oleh penduduk tempatan kami tetapi pada akhirnya tiada manfaat terus kepada kami" kata seorang aktivis dan pengasas bersama Defend Puerto Rico Media Collective, Mikey Cordero.

Walaupun Cordero mengakui bahawa keadaan itu bukan sepenuhnya kesalahan pelancong, beliau tetap menegaskan bahawa kerajaan dan pengunjung perlu melakukan lebih baik.

Ini bagi memastikan wang mereka benar-benar menyokong komuniti tempatan, terutamanya selepas bencana.

Selain itu, menjadi isu yang agak rumit di Caribbean, resort-resort dan kapal persiaran membentuk sebahagian besar landskap pelancongan.

Menyokong hotel tempatan, membeli-belah dengan peniaga tempatan dan makan di restoran milik tempatan dapat membantu komuniti terjejas.

“Inilah perbelanjaan pelancong yang pergi terus kepada masyarakat yang memerlukan, bukannya kepada syarikat besar yang berpusat di tempat lain,” ujarnya.

 

Fokus yang tinggi terhadap bandar selepas bencana itu menarik satu jenis pelancong yang memberi impak positif.

 

Adakah anda datang untuk membantu atau sekadar menonton?

Selepas Taufan Katrina melanda New Orleans pada 2005 yang meragut hampir 1,400 nyawa dan memusnahkan banyak kediaman, muncul satu industri kecil lawatan Katrina di sekitar bandar.

Ia bertujuan untuk menunjukkan kesan bencana itu kepada pelancong dan menjadi satu langkah yang dianggap kontroversi oleh ramai penduduk tempatan.

"Ada bot yang tersangkut di pokok dan rumah duduk di atas tongkang, memang gila" kenang Jason Bradberry, yang tinggal di bandar itu sebelum dan selepas Katrina.

Susulan bantahan awam, pihak bandar akhirnya melarang lawatan ke Lower Ninth Ward, salah satu kawasan yang paling teruk terjejas.

"Tidak seorang pun mahu membersihkan sisa rumah yang mereka miliki selama beberapa dekad atau yang sudah berada dalam keluarga mereka selama beberapa generasi, sementara bas pelancong lalu di hadapan," kata Kelly Schultz, naib presiden kanan komunikasi New Orleans & Company.

Namun, fokus yang tinggi terhadap bandar selepas bencana itu menarik satu jenis pelancong yang memberi impak positif.

"Ramai pengunjung kami pada mulanya ialah ‘voluntourist’ (pelancong sukarelawan) yang datang kerana ingin membantu membina semula gereja atau sekolah.

"Kami ada pelajar kolej yang datang membantu membersihkan rumah keluarga saya semasa cuti musim bunga mereka. Anda boleh saja berada di pantai tetapi mereka memilih untuk membantu membaiki rumah orang, yang merupakan proses fizikal dan emosi yang berat, jelas Schultz.

Bagi Schultz, pelancongan juga cara penting untuk mengekalkan budaya bandar.

Beliau mencontohkan salah satu kempen bandar ketika menerima kembali pelancong selepas bencana: “Soul is Waterproof”.

Kempen itu juga sebagai penghormatan kepada kepentingan mengekalkan muzik, makanan dan amalan unik yang menjadikan bandar itu istimewa.

Malah, meningkatkan lagi rasa bangga penduduk selepas kemusnahan. Adalah penting untuk menghormati impak bencana terhadap penduduk tempatan dan bersikap sensitif terhadap mereka yang masih dalam proses pemulihan.

Organisasi seperti Palang Merah, Habitat for Humanity serta gereja tempatan termasuk badan komuniti lain sering menawarkan peluang kegiatan sukarelawan tersebut.

Ia memberi tumpuan kepada penduduk tempatan dan pelancong selepas bencana, seperti semasa banjir di Kentucky 2022, Taufan Ida 2021, dan gelombang tornado di Midwest AS 2023.

 

 

Pendekatan komunikasi jelas dan keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan untuk mendapat maklum balas positif daripada pengunjung selepas bencana.

 

Adakah anda mendengar suara penduduk tempatan?

Pada 2023, kebakaran hutan melanda pulau Maui, Hawaii, meninggalkan kesan besar kepada komuniti bersejarah Lāhainā.

Susulan itu, gabenor negeri mengarahkan evakuasi pelancong dan menangguhkan sebarang kemasukan pengunjung, supaya sumber dan perhatian dapat difokuskan kepada penduduk paling memerlukan," jelas Ilihia Gionson, pegawai hal ehwal awam Hawaii Tourism Authority.

Larangan perjalanan ke pulau itu berlangsung kira-kira seminggu sebelum pelancongan dibuka semula secara berperingkat.

Kunci kejayaan ialah penduduk tempatan memainkan peranan utama dalam pembukaan semula.

"Jabatan Kesihatan kami melakukan penilaian cepat. Kami hanya bertanya kepada mangsa bencana, ‘apa keperluan paling kritikal anda sekarang?

“Lebih sepertiga responden menyenaraikan stabiliti kewangan atau perumahan, atau kedua-duanya.

Dengan pemahaman itu, terdapat kira-kira 60,000 pekerjaan yang bergantung kepada perbelanjaan pelancong, jadi jelas bahawa kami perlu memulihkan permintaan pelancongan ke Maui,” kata Gionson.

Pegawai juga ingin memastikan bahawa apabila apabila pelancong dibenarkan kembali, mereka perlu menghormati penduduk yang masih berusaha memulihkan kehidupan dan kawasan terjejas tidak dibenarkan hadir.

Walaupun bilangan pengunjung masih dalam proses pemulihan, ramai yang bangkit menghadapi cabaran ini.

Pendekatan komunikasi jelas dan keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan untuk mendapat maklum balas positif daripada pengunjung.

"Ketika Maui memerlukan bantuan, bantuan melalui sumbangan wang, kepakaran, doa, atau harapan baik amat dihargai mereka," kata Gionson.

Berapa cepat dan bila?

Walaupun Gionson mengakui bahawa tiada jawapan mudah tentang bilakah sesuatu tempat sudah boleh menerima pengunjung selepas bencana, beliau merasakan terdapat beberapa panduan jelas yang perlu diikuti.

Paling utama adalah komunikasi yang jujur dan telus mengenai kesan bencana daripada pihak berkuasa, serta tingkah laku hormat daripada pengunjung kepada penduduk yang terjejas.

Setiap pihak juga perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan pembukaan semula sektor pelancongan menyokong komuniti secara menyeluruh.

"Pelancongan adalah sebahagian penting daripada pemulihan sesebuah komuniti selepas bencana, tetapi anda tidak boleh membiarkan aktiviti ekonomi menguasai segalanya.

Terdapat individu yang telah mengalami trauma sebenar. Memulihkan aktiviti ekonomi di sesuatu kawasan adalah salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan, tetapi ia tidak boleh menjadi satu-satunya faktor.

Anda tidak boleh membiarkan pemulihan ekonomi berjalan lebih pantas daripada pemulihan rakyat,”katanya.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram