Bukan saja makanan, instrumen muzik tradisional juga perkenal Malaysia ke mata dunia


  • Hobi
  • Sabtu, 13 Sep 2025

Pameran yang dikurasi oleh pendidik serta penggiat muzik itu menampilkan 55 alat muzik tradisional dan kebanyakannya dari Malaysia.

MAKANAN mungkin menjadi syurga negara Malaysia.

Begitu juga dengan muzik, dalam segala variasinya yang meresap dalam masyarakat tempatan seperti irama hipnotik gendang tradisional hinggalah alunan halus alat bertali pribumi, daripada lagu rakyat pesisir pantai hinggalah ke landskap bunyi urban.

Setiap pelusuk negara menyimpan instrumen, cerita dan gaya tersendiri yang memiliki kisah tersendiri.

Kesemuanya membentuk jalur bunyi hidu unik seperti Malaysia itu sendiri.

Echoes Of The Earth menjadi sebahagian daripada Nada-Rasa Unity ArtFest 2025 yang berlangsung hingga 28 September 2025 di GMBB, Kuala Lumpur sebagai lokasi pameran yang membolehkan anda menerokai alat muzik tradisional Malaysia dan banyak lagi.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: [VIDEO] Uniknya aktiviti ‘rakit tong kimia’ di Felda Residence Tanjung Leman, menyemai ukhwah dan semangat berpasukan

Sebuah gambus yang dipamerkan di pameran 'Echoes Of The Earth di GMBB, di mana pengunjung boleh melihat 55 instrumen tradisional dari dekat.

Pameran yang dikurasi oleh pendidik serta penggiat muzik itu menampilkan 55 alat muzik tradisional dan kebanyakannya dari Malaysia.

Pengunjung bukan sahaja dapat melihat instrumen tersebut dari dekat tetapi juga berpeluang mendengarnya melalui lawatan berpandu, demonstrasi langsung dan bengkel pada hari-hari tertentu.

Program ini turut merangkumi muzik serantau Cina oleh Zoom-IN Ensemble, serta persembahan yang menampilkan gamelan dan sape dari Sarawak.

Turut dianjurkan, acara Rentak Malaysiaku anjuran GMBB yang berlangsung dari 13 hingga 16 September, dengan aktiviti Hari Malaysia yang berkait dengan pameran tersebut.

Tenaga hidup unik

“Setiap instrumen mempunyai kisahnya, tetapi ada yang memberi maksud yang lebih mendalam. Dari dunia Melayu, rebana dan seruling, ia mencerminkan semangat kebersamaan serta membawa kisah mereka yang tersendiri.

Ini termasuk dari Borneo, sape lebih daripada sekadar instrumen yang menyuarakan penceritaan yang sering dikaitkan dengan mimpi, penyembuhan dan roh hutan hujan.

“Dari India, tanpura (alat bertali empat) dan mridangam (alat perkusi purba) mewakili dimensi sakral bunyi yang telah membentuk tradisi kerohanian selama bergenerasi.

“Diikuti China, xiao sanxian (alat bertali tiga) dan ruan (sejenis kecapi) membawa melodi abadi yang bergema sepanjang dinasti, sarat dengan puisi dan emosi,”kata Kurator pameran, Abishegam Thiyaga Dass.

Pakar pemuzik, Abishegam, berkata pameran ini melangkaui sekadar pameran kaca. Ia tentang merasai tradisi hidup dan pertukaran budaya yang dibawa oleh setiap instrumen.

“Pameran ini meraikan perpaduan dalam kepelbagaian, mengingatkan kita bahawa walaupun instrumen kelihatan dan berbunyi berbeza, bersama-sama ia menciptakan keharmonian yang mencerminkan kesatuan Malaysia.

“Bagi saya, ciptaan daripada kayu, logam, tulang, kulit, sutera, kulit kerang dan sumber semula jadi lain ini bukanlah objek bisu, tetapi suara yang berkomunikasi antara satu sama lain di bawah satu bumbung ini, mengisi ruang ini dengan tenaga hidup yang unik,” ujarnya.

exhibitions related to Merdeka/Malaysia Day - Seeds of Resistance, and Echoes of the Earth.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Proses membuat serunai Kelantan bermula dengan pemilihan kayu merbau, sira tanduk, rengas, atau leban, bergantung kepada permintaan pemuzik.

Pewaris tradisi

Antara penggiat seni yang ditampilkan ialah Anderson Kalang, pemain sape yang disegani dari Kuching, Sarawak, yang mengetuai bengkel serta demonstrasi.

Beliau merasakan acara berkenaan sangat bermakna baginya yang mewakili sedikit warisan Borneo di sini. Sape membawa suara sungai, hutan dan kisah nenek moyang kita.

“Membawanya ke pentas seperti Nada-Rasa, di tengah-tengah Kuala Lumpur, terasa seperti menghubungkan dua dunia. Akar pribumi kami dan khalayak yang lebih besar yang ingin berhubung dengan tradisi asli.

“Ini peluang untuk menunjukkan bahawa warisan Sarawak bukan hanya terhad di tanah tinggi. Ia hidup, berkembang, dan sedia diraikan oleh semua orang,” jelasnya.

Kalang pernah membuat jelajah antarabangsa bersama sape dan berkolaborasi dengan artis pop, mendapat pengiktirafan kerana menggabungkan nada tradisional dengan genre kontemporari, termasuk techno.

“Saya sentiasa bermula dengan menghormati melodi asal dan teknik permainan yang diturunkan oleh orang tua, dan saya jelaskan ini dahulu kepada penonton.

“Dari situ, saya biarkan kreativiti bernafas dan menyusun rentak atau harmoni yang dekat dengan pendengar masa kini.

”Bagi saya, inovasi bukan bermaksud menggantikan yang lama, ia tentang memberi laluan baharu untuk bertahan dan kekal relevan, menggunakan teknologi muzik moden untuk membawa bunyi itu ke hadapan” terangnya.

exhibitions related to Merdeka/Malaysia Day - Seeds of Resistance, and Echoes of the Earth.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Paparan alat bertali klasik Cina termasuk ruan.

Bahkan Kalang berharap pengunjung dapat merasai semangat Borneo, ketenangan sungai, kehangatan komuniti melalui kisah yang kongsikan.

Melihat ke hadapan, beliau melihat festival itu sebagai peluang untuk membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan generasi muda, memastikan tradisi ini terus dibawa ke hadapan dengan cara baharu dan bermakna.

“Jika seorang anak muda pulang dengan keinginan untuk mempelajari sape atau mana-mana instrumen warisan dan menjadikannya sebahagian daripada kisah hidup mereka, maka kita sudah menanam benih bagi generasi seterusnya untuk menjadi penjaga budaya,” tutup bicaranya.— TheStar/M. IRSYAD

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram