[VIDEO] Alami suasana seram dalam air, jangan lepaskan peluang saksikan buaya di terowong kaca


  • Nomad
  • Sabtu, 13 Sep 2025

Dengan gabungan pendidikan dan hiburan, hadrikan diri ke A'Famosa Resort, Melaka, khususnya di Safari Wonderland dan Reptile House

 

 

MALAYSIA mempunyai beberapa lokasi taman buaya yang terkenal untuk dikunjungi seperti di Jong's Crocodile Farm, Kuching, Sarawak.

Menjadi kebiasaan pengunjung yang pernah hadir ke tempat seperti ini melihat buaya diberi makan, persembahan daripada petugas zoo dan melihat beberapa jenis atau spesies buaya yang ada.

Akan tetapi jika anda mencari sesuatu yang berlainan untuk membawa seisi keluarga anda melihat kehidupan reptilia tersebut, apa kata cuti sekolah ini bawa anak-anak anda merasai pengalaman melihat buaya dalam terowong kaca dalam air di A’Famosa Theme Parks.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: [VIDEO] Uniknya aktiviti ‘rakit tong kimia’ di Felda Residence Tanjung Leman, menyemai ukhwah dan semangat berpasukan

 

Suasana berbeza dan sedikit menyeramkan kerana taman tema tersebut membina sebuah terong kaca dalam air

 

Suasana di sini cukup berbeza dan sedikit menyeramkan kerana taman tema tersebut membina sebuah terong kaca dalam air yang memperlihatkan buaya berenang berdekat dengan anda.

Reaksi buaya merenung mata anda ketika ia berada dalam air memberikan satu pengalaman yang cukup berlainan berbanding melihatnya di dalam sangkar, macam nak terkam dan memakan kita.

Melihat pergerakan buaya berenang di dalam air juga memberi peluang kepada anda untuk tahu bagaimana tubuh dan anggota buaya seperti kaki dan ekor bergerak di dalam permukaan air.

Pelbagai spesies buaya dipamerkan, termasuk buaya tembaga atau popular dipanggil buaya air masin, dan buaya jejulung.

Pengunjung boleh tengok buaya dari jarak dekat dalam kawasan yang selamat, dengan kolam dan habitat yang direka menyerupai alam semula jadi.

Turut dipersembahan pertunjukan buaya sperti mana di tempat-tempat lain penjaga haiwan akan tunjuk cara memberi makan, serta aksi berani seperti menyentuh atau masuk ke dalam kawasan buaya.

Pastikan anda rakamkan detik-detik kenangan bersama anak buaya yang diikat mulut sambil memegangnya di tangan.

Tarikan ni sesuai untuk pembelajaran, sebab pengunjung boleh tahu lebih banyak pasal habitat, tabiat makan, dan cara buaya bertahan hidup.

 

Maka, dengan gabungan pendidikan dan hiburan, hadrikan diri ke A’Famosa Resort, Melaka, khususnya di Safari Wonderland dan Reptile House, untuk membuka minat dan minda terutamanya anak-anak pada musim cuti sekolah ini.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram