Haba musuh utama, ketahui teknik penjagaan bateri telefon pintar supaya tahan lebih lama


  • Massa
  • Isnin, 29 Sep 2025

Amalan yang baik adalah memeriksa dan membersihkan port pengecasan dari semasa ke semasa dengan cara yang lembut, menggunakan alat yang sesuai

MENJADI tabiat masyarakat sekarang menggunakan telefon sambil mengecas untuk bermain permainan video mahupun melayari media sosial.

Akan tetapi perkara tersebut amat tidak digalakkan kerana boleh mengundang risiko sama ada telefon pintar anda rosak atau pun berlaku litar pintas.

Jadi, dikongsikan kepada anda cara, pengecas telefon dengan betul dan kesilapan yang perlu dielakkan.

BACA LAGI: Jika melancong ke Romania, jangan lupa saksikan keunikan Valtoare, mesin basuh pakaian tradisional guna kuasa alam semula jadi

BACA LAGI: Pentingnya serat ketika usia semakin lanjut, ketahui 5 diet ideal pengambilan 'fiber'

Mengecas telefon telah menjadi satu rutin harian yang penting.

Pada waktu pagi sebaik sahaja kita bangun tidur, di pejabat di hadapan komputer, di dalam kereta atau pada waktu malam sebelum tidur, ramai antara kita akan cuba memastikan telefon sentiasa sedia untuk digunakan.

Kekerapan penggunaannya – sama ada untuk media sosial, permainan, video mahupun kerja dan perkara itu akan menyebabkan bateri cepat habis dalam masa satu hari.

Jadi, tidak hairanlah antara kegelisahan paling biasa ialah kehabisan bateri pada saat yang paling tidak sesuai.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi bateri telah berkembang dengan pesat.

Ia bukan sekadar soal ketahanan yang lebih lama, tetapi juga sistem pengecasan yang semakin pantas dan pintar.

Namun, kita tidak selalu mempunyai masa untuk menunggu sebab itu terdapat beberapa helah mudah yang boleh membantu mengurangkan lagi masa pengecasan sambil melindungi bateri dalam jangka masa panjang.

Salah satu kaedah paling berkesan untuk mempercepatkan pengecasan ialah mengaktifkan mod kapal terbang.

Mod tersebut akan menghentikan semua sambungan, rangkaian data, Wi-Fi, Bluetooth malah pencarian isyarat.

Sekali gus ia akan mengurangkan penggunaan tenaga hampir ke tahap sifar.

Kesilapan yang biasa dilakukan ialah menggunakan kabel dan penyesuai murah dan dianggap semua sama.

Secara logiknya, semasa bateri menerima tenaga ia tidak pada masa yang sama digunakan oleh proses lain sistem telefon tersebut.

Beberapa ujian menunjukkan bahawa masa pengecasan boleh dikurangkan sehingga 25 peratus jika berbuat demikian. Malah sistem pengecasan juga akan lebih cepat jika berada di mod tersebut.

Kesilapan yang biasa dilakukan ialah menggunakan kabel dan penyesuai murah dan dianggap semua sama fungsinya,

Hakikatnya, setiap telefon pintar direka untuk berfungsi dengan nilai voltan dan arus tertentu.

Menggunakan pengecas yang tidak serasi bukan sahaja boleh memperlahankan pengecasan, malah mengurangkan jangka hayat bateri dan menjadi faktor telefon panas berlebihan atau menimbulkan risiko keselamatan.

Oleh sebab, gunakan pengecas asli dan jangan sesekali membeli yang tiruan.

Menonton siri Netflix, bermain permainan berat atau sekadar melayari internet ketika telefon sedang dicas adalah satu godaan biasa.

Tetapi ia sebenarnya tabiat yang tidak baik kerana telefon pintar dicas akan menggunakan tenaga untuk mengendalikan aplikasi tersebut.

“Arus berganda ini bukan sahaja memperlahankan pengecasan, malah menyebabkan bateri dan komponen dalaman menjadi lebih panas. Haba merupakan salah satu musuh utama jangka hayat bateri.

Jika anda mahu pengecasan lebih pantas dan berkesan, sebaiknya biarkan telefon berehat sepanjang proses tersebut.

Habuk, benang halus atau sisa kecil dalam penyambung USB-C atau Lightning mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi sebenarnya ia boleh menjejaskan sentuhan yang betul antara kabel dan telefon.

Ini boleh menyebabkan gangguan, pengecasan menjadi perlahan atau masalah dalam jangka panjang.

Amalan yang baik adalah memeriksa dan membersihkan port pengecasan dari semasa ke semasa dengan cara yang lembut, menggunakan alat yang sesuai seperti kayu kering, udara termampat atau kain microfiber.

Selain kelajuan, cabaran sebenar ialah mengekalkan kapasiti bateri untuk jangka masa panjang. Jangan biarkan telefon pintar dicas sepanjang malam secara berterusan.

Walaupun sistem moden menghentikan pengecasan apabila mencapai 100 peratus dan membiarkannya selama berjam-jam bukanlah sesuatu yang bagus.

Begitu juga, elakkan membiarkan telefon habis sehingga kosong peratus terlalu kerap. Lebih baik cas semula apabila tahap bateri turun sekitar 20 hingga 30 peratus.

Akhir sekali, sebaiknya elakkan daripada letak telefon berhampiran sumber haba ketika mengecas seperti bawah bantal, terdedah pada cahaya matahari atau berhampiran pemanas.

Ia bagi mengekalkan suhu stabil dan membantu memanjangkan hayat bateri.— TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram