
PELEPASAN atau pengesahan visa amat mustahak bagi mereka yang ingin ke luar negara untuk tujuan tertentu.
Ini kerana, terdapat beberapa peraturan yang ditetapkan untuk anda memasuki sesebuah negara secara sah, dan terdapat beberapa proses yang perlu dijalankan sejurus sahaja tiba di negara tersebut.
Kadang-kadang ia sangat merumitkan akan tetapi tidak semua negara perlukan visa.
BACA LAGI: Teroka destinasi pelancongan berasaskan komuniti diiktiraf PBB, khususnya di Batu Puteh
BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya
Bagi mereka yang tidak mahu pening kepala untuk melalui proses tersebut ketika melancong, halakan diri anda ke China atau Kazakhstan kerana dua negara tersebut tidak memerlukan Visa.
Bandar pelabuhan sempadan di Xinjiang, barat laut China menyaksikan lonjakan pelancongan rentas sempadan hasil daripada perjanjian tanpa visa antara China dan Kazakhstan yang berkuat kuasa sejak November 2023.
Menurut, Tao Qin dari Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang, musim panas yang bakal tiba, dia telah membuat dua perjalanan ke Tasik Alakol di Kazakhstan.
“Aktiviti berenang di tasik dan mandi lumpur merupakan antara tarikan di destinasi pelancongan yang semakin popular.
”Pusat peranginan tasik tersebut hanya mengambil masa lebih dua jam perjalanan dengan bas dari pelabuhan darat Baktu yang terletak di bandar itu,” katanya.
Ramai di antara pelancong dari China memilih pakej lawatan tiga hari ke tasik Kazakhstan itu yang ditawarkan oleh pejabat tempatan Shaanxi Gaoke International Travel Agency.
Pengurus cawangan Tacheng, Wang Long, berkata pada musim panas lalu mereka menghantar dua kumpulan pelancong setiap 10 hari ke Tasik Alakol.
“Perjanjian tanpa visa China-Kazakhstan telah menjadikan tasik itu yang duhulu hanya dapat dilihat dari jauh oleh masyarakat Tacheng.
“Tetapi kini ia sudah mudah diakses dan dikunjungi oleh mereka,” ujar Long.
Kerjasama antara China dan Kazakhstan melonjakkan lagi industri pelancong.
Daripada tema Tahun Pelancongan Kazakhstan di China pada 2025, tahun ini 2025 penetapan tema telah ditukar kepada Tahun Pelancongan China di Kazakhstan pula.
Langkah tersebut telah meningkatkan dengan ketara jumlah pelancong rentas sempadan melalui pelabuhan sempadan Xinjiang, termasuk Alashankou.
Lokasi di Almaty menerima 54,100 pelancong China pada separuh pertama tahun 2025, meningkat sebanyak 33.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Agensi pelancongan Kazakhstan, Nur-Gany, dan Xinjiang Tacheng Travel Service pula bersama-sama membangunkan laluan pelancongan rentas sempadan, termasuk perkhidmatan penyambutan tempatan.
Pada bulan Mei, syarikat penerbangan tambang rendah Kazakhstan, FlyArystan, melancarkan perkhidmatan penerbangan terus antara Almaty dan bandar Yining, Xinjiang, China untuk bulan Oktober
Kekerapan penerbangan juga akan ditingkatkan daripada dua kepada tiga kali seminggu.
Bagi menampung peningkatan ketibaan pelancong, pelabuhan sempadan Xinjiang sedang giat menyediakan kemudahan yang lebih baik.
Menurut pegawai imigresen, Zhang Yongpeng, memaklumkan jumlah penumpang yang melalui pelabuhan Horgos tahun ini melebihi satu juta pada hujung Ogos, meningkat 60 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Aliran orang ramai menggunakan mesin terminal layan diri berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) pula menjadi pendaftaran masuk yang lebih pantas, dengan proses terpantas mengambil masa hanya lebih 10 saat.
Sebuah kumpulan pelancong khas yang terdiri daripada peminat motosikal dari negara termasuk Poland, Kanada dan Greece sedang menunggu untuk melalui pemeriksaan kastam.
Perjalanan mereka bermula dari Kyrgyzstan, Kazakhstan dan akan berakhir di Nepal.
Grzegorz Brzeczyszczykiewicz dari Poland berkata bahawa pasukan motosikal itu akan menunggang sehingga ke Urumqi, ibu kota Xinjiang.
Turut dipertingkatkan, industri hospitaliti di Xinjiang bagi memenuhi keperluan pelancong antarabangsa yang semakin berkembang.
Bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelancong asing, pihak pelancongan merancang untuk mengusulkan penggunaan berbilang bahasa bagi meningkatkan lagi kemahiran komunikasi bahasa asing.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram