
FILEM perang fiksyen, Lord of The Rings merupakan sebuah cerita yang begitu besar impaknya di seluruh dunia.
Kepelbagaian perjalanan dan suasana yang memiliki kepelbagaian yang luar biasa menjadikan filem tersebut tidak pernah muak ditonton.
Jika anda peminat filem tersebut pasti anda tahu satu golongan manusia kerdil dipanggil hobbit. Masih ingat perkampungan kecilnya yang begitu comel dan unik itu?
BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya
BACA LAGI: Meriam lapuk, motosikal tentera antara 'harta karun' dijumpai skuba di dasar laut
Bahagian dalam rumah Hobbit Hobbitowa di Poland, Hobbitowa.
Bagi mereka yang ingin alami pengalaman dan suasana seakan-akan berada di perkampungan tersebut?
Ini lima spot yang boleh anda lawati dan buat masyarakat Malaysia, lokasi perkampungan hobbit Perak, Pulau Pinang dan Putrajaya antara lokasinya.
Hobbitoon Village (Perak)
Hobbitoon Village di Simpang Pulai, Perak telah dibuka sejak 1 Januari 2024, dan menjadi sebuah kampung seakan-akan permata yang tersembunyi bagi pengunjung yang dalam perjalanan ke dari Ipoh atau dan Cameron Highlands, Pahang.
Persekitaran hijau subur serta suasana desa yang unik membangkitkan ketenangan seperti di The Shire.
Dari pintu bulat hinggalah bumbung jerami, anda pasti rambang mata memilih latar terbaik untuk bergambar.
Selepas puas berjalan keliling kampung dan melawat setiap rumah Hobbit, anda boleh singgah menjamu selera di Hobbitoon Cafe.
Jangan lepaskan peluang mencuba minuman istimewa seperti Dwarven Draught (tidak beralkohol dan Ogre Crush iaitu sejenis minuman campuran berasaskan biskut Oreo.
Di Cameron Highland, terdapat sebuah lagi pemandangan yang masih berkonsepkan Hobbit tetapi lebih kepada taman bunga iaitu, Cameron Highlands Flora Park.
Rumah itu dikenali sebagai Luxury Flora Hobbiton House, memang cantik bahkan anda boleh menikmati hidangan teh petang sambil dikelilingi bunga-bungaan yang indah.
Penang Tropical Fruit Farm (Pulau Pinang)
Jika anda lebih gemar dikelilingi buah-buahan berbanding bunga, kunjungi Penang Tropical Fruit Farm.
Terletak di Teluk Bahang, Penang Tropical Fruit Farm, Pulau Pinang, iaitu sebuah kawasan kebun buah menampilkan rumah-rumah comel seakan dongeng, sehingga tidak pelik jika anda membayangkan hobbit keluar dari pintu bulatnya.
Rumah-rumah tersebut telah dijadikan sebagai zon bergambar buat mana-aman pengunjung yang hadir. Ia dibina khas untuk anda 'berOOTD' sepuas-puasnya.
Malah, anda mungkin mahu datang berkali-kali kerana setiap kunjungan boleh memberi pengalaman baharu kerana lebih banyak rumah hobbit dijangka akan dibina dalam rancangan pengembangan kebun tersebut.
Taman Hobbit Putrajaya (Putrajaya)
Siapa orang Putrajaya, tak ‘cukup Putrajayalah’ kalau tak tahu di sana ada perkampungan hobbit.
Penduduk Lembah Klang tidak perlu pergi jauh untuk melihat rumah hobbit kerana Taman Hobbit Putrajaya mula diperkenalkan semasa festival bunga terbesar Malaysia, Royal Floria Putrajaya tahun lalu.
Kini, ia menjadi tarikan pelancongan yang kekal di Presint 2, berhampiran Monumen Milenium.
Taman kecil ini memperlihatkan rumah hobbit, perigi, buaian serta kawasan rehat, kebun dapur dan log kelulut.
Walaupun ada pengunjung yang kecewa dengan saiznya yang kecil, tetapi pastinya sebagai peminat tegar, anda pasti menghargai bagaimana ia sesuai dengan konsep kehidupan hobbit.
Dengan kerjasama komuniti Kebun Komuniti di Presint 14 dan 16, Persatuan Orang Kurang Upaya Putrajaya serta Majlis Belia Putrajaya, rumah tersebut dibina menggunakan bahan kitar semula dan guna semula.
Ia termasuk hasil kebun yang ditanam dari pelbagai hasil tanaman seperti kangkung, labu dan ubi kentang.
Inisiatif ini menggalakkan pengunjung mengamalkan gaya hidup lestari serta lebih peka terhadap alam semula jadi seperti kehidupan hobbit itu sendiri.
Hobbitowa (Poland)
Selain New Zealand's, sebuah negara yang terkenal dengan lokasi Hobbit, salah satu keindahan rumah hobbit dengan bentuk organik dan bahan binaan semula jadi yang boleh dilawati juga adalah Hobbitowa, Poland.
Hobbitowa di Krzywcza, Poland adalah hasil kerja keras bertahun-tahun seorang pembina bernama Pekalski.
Ia membina sebuah rumah yang kelihatan semula jadi di lereng bukit menggunakan kayu, batu dan tanah liat sebagai bahan utama.
Bahkan rumah itu memiliki dapur tanah liat tradisional yang anda boleh memasak menikmatinya di taman yang dikelilingi suasana alam.
La Terre du Milieu (Perancis)
Satu lagi penginapan berkonsep Hobbit yang diiktiraf Gites de France ialah La Terre du Milieu, Moselle, Perancis.
Dikendalikan oleh Martial dan Monique Bousch, lokasi tersebut menjanjikan bilik hotel yang mempesona mengikut rapat tema mengikut The Lord Of The Rings.
Antaranya termasuk ‘The Shire’, sebuah lubang Hobbit yang direka sama seperti dalam buku. Jadi, jika anda bersaiz Hobbit anda perlu tunduk untuk masuk ke rumah ini.
Selain itu, ada juga bilik ‘Lorien, kerajaan Elf’ dengan suasana cerah dan lembut, ‘Gondor, tanah Manusia’ bilik bergaya kelabu dengan sentuhan kemas yang halus serta ‘Fangorn, wilayah Ents’ yang lebih kepada binaan kayu dan batu.— The Star/FLOREY D. MIKIL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram