
MEMEGANG telefon pintar sebab sedang menghubungi seseorang atau memegangnya untuk melihat video atau membaca resipi masakan ketika sedang memasak di dapur video mungkin perkara biasa.
Bagi kebanyakan tukang masak amatur, telefon pintar sudah menjadi alat dapur yang tidak dapat dipisahkan.
Perkara tersebut boleh berlaku ketika anda sedang mengendalikan daging mentah, mungkin juga ayam.
Menurut Pusat Khidmat Nasihat Pengguna North Rhine-Westphalia di Jerman, daging mentah boleh membawa bakteria seperti Campylobacter atau Salmonella, yang boleh menyebabkan penyakit gastrousus atau usus serius.
BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya
BACA LAGI: Meriam lapuk, motosikal tentera antara 'harta karun' dijumpai skuba di dasar laut
Jadi, jika anda menggunakan telefon semasa menyediakan makanan tanpa mencuci tangan dengan betul, anda sebenarnya sedang memindahkan kuman terus ke peranti anda.
Bakteria atau nama lain kuman itu akan berulang kali berpindah semula ke tangan, makanan lain dan permukaan dapur.
Malah percikan air pun boleh menjadi penyebab kerana ia boleh menyebarkan kuman ke telefon pintar anda.
Sebab itu daging tidak sepatutnya dibasuh sama sekali. Dianggarkan 1 juta orang di Jerman jatuh sakit setiap tahun akibat patogen dalam makanan.
Cuba ambil langkah sedar untuk mengasingkan penggunaan telefon pintar daripada sentuhan dengan makanan.
Oleh itu, mencuci tangan dengan teliti di dapur teramatlah penting. Pertimbangkan di mana lagi anda menggunakan telefon.
Cuba ambil langkah sedar untuk mengasingkan penggunaan telefon pintar daripada sentuhan dengan makanan.
Anda boleh gunakan kawalan suara untuk mengurangkan sentuhan jari secara langsung.
Langkah tersebut menjadi lebih penting apabila kajian terbaru mendapati ramai antara kita turut menggunakan telefon ketika di tandas dan secara berasingan, tidak membasuh tangan selepas itu.
Satu kajian mendapati hampir separuh orang tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas.
Penyelidik dari Universiti Surrey, United Kingdom, mendapati 43.7 peratus pengguna tandas di sebuah hospital di Denmark tidak menggunakan sinki selepas membuang air.
Kata penulis kajian itu, Pablo Pereira-Doel, dlam beberapa minggu, angka ini malah meningkat kepada 61.8 peratus menimbulkan kebimbangan serius tentang pematuhan kebersihan di persekitaran berisiko tinggi.
“Walaupun terdapat penekanan terhadap kebersihan tangan semasa pandemik, penemuan ini menunjukkan amalan membasuh tangan secara tetap masih belum menjadi tabiat konsisten, sekali pun di tempat yang sangat penting untuk mencegah penyebaran jangkitan.
“Orang mungkin menganggap membasuh tangan sudah menjadi kebiasaan terutamanya di hospital dan selepas pendemik Covid-19. Tetapi data kami menunjukkan gambaran yang berbeza,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram