Bersenam sambil duduk dan berdiri, peranti unik 'tiru' pergerakan senaman semula jadi


  • Hobi
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Jika anda kesuntukan masa, berdiri di atas peranti ini selama 15 minit setiap hari sudah memadai untuk membantu badan anda kembali bertenaga.

 

 

MESIN getaran badan telah wujud sejak sekian lama dan dicipta bagi tujuan kesihatan atau senaman kepada individu yang memerlukan.

Banyak ujian klinikal menunjukkan bahawa terapi getaran boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan ketumpatan tulang dan memperbaiki kekuatan otot.

Malah, meningkatkan sistem peredaran darah dan juga membantu dalam latihan keseimbangan.

BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya

BACA LAGI: Meriam lapuk, motosikal tentera antara 'harta karun' dijumpai skuba di dasar laut

Dalam satu acara pelancaran baru-baru ini di Kuala Lumpur, Cosway memperkenalkan peranti getaran Smart Fitness untuk kegunaan di rumah, yang dikatakan meniru senaman lompat tali secara pasif.

Mengambil inspirasi daripada amalan kuno seperti qi gong, getaran berirama itu dikatakan merangsang proses detoksifikasi badan walaupun pengguna kekal dalam keadaan statik.

Tidak seperti platform getaran konvensional yang bergerak ke sisi atau ke semua arah, peranti itu hanya bergerak secara menegak dan meniru pergerakan semula jadi seperti melompat, sambil memberi tekanan minimum kepada sendi.

Ia lembut pada lutut dan lantai pelvik menjadikannya sangat sesuai untuk individu yang mempunyai mobiliti terhad atau masalah sendi, seperti golongan warga emas.

Ciri utamanya boleh menyamai pergerakan 10,000 langkah hanya dalam 15 minit.

Terdapat juga versi baharu yang dipanggil Smart Fitness X. Dilengkapi dengan fungsi urutan ketukan tapak kaki pada titik akupresur yang melegakan kesakitan akibat keletihan otot dan masalah sendi.

Jurulatih kecergasan, Revathi Murugappan mencuba kedua-dua peranti tersebut selama lebih sebulan, menggunakannya selama 15 hingga 30 minit.

 

 

Kedudukan duduk dan berdiri ketika menggunkan peranti getar oleh Revathi Murugappan.

 

 

Keputusan untuk Smart Fitness

“Perkara pertama yang saya lakukan ialah memakai penjejak kecergasan, memanaskan badan sedikit dan berdiri di atas peranti untuk melihat sama ada ia benar-benar menyamai 10,000 langkah seperti yang didakwa.

“Malangnya, selepas 15 minit pada Kelajuan 5 (daripada tujuh tahap kelajuan), ia hanya mencatatkan sedikit lebih 1,000 langkah,” katanya.

Baginya fungsi urutan atau untuk golongan warga emas yang ingin memperbaiki peredaran darah.

Anda boleh duduk di kerusi dengan belakang secara tegak selesa dan ia latihan itu boleh dilakukan sama ada berkaki ayam atau memakai kasut.

Pasukan teknikal kemudian memaklumkan bahawa 10,000 langkah itu berdasarkan Kelajuan 3, yang dikira secara matematik berdasarkan jarak.

”Jelas sekali jam saya tidak cukup sensitif kerana pada Kelajuan 3, ia hanya mencatatkan 227 langkah dalam 15 minit.

“Namun begitu, getaran itu menggoncang seluruh badan saya dan keesokan harinya otot perut terasa sengal, malah saya mengalami cirit-birit mungkin kerana usus saya juga 'tergoncang' sama,” ujarnya.

Murugappan mengatakan di tidak berpeluh semasa melakukannya tetapi ia tetap memberi senaman ringan yang cukup untuk meningkatkan sedikit kadar denyutan jantung.

“Selepas hanya seminit dalam posisi high plank, saya terkejut kerana otot bahu dan dada terasa sakit keesokan harinya,” kongsinya.

Keputusan untuk Smart Fitness X

Peranti tersebut beroperasi dengan frekuensi berganda, melalui satu ketukan tapak kaki dan satu lagi pada platform bergetar untuk merangsang semua bahagian tapak kaki dengan lebih berkesan.

“Saya dapati kelajuan getarannya lebih perlahan berbanding peranti asal, jadi saya dapat bertahan lebih lama dalam posisi tertentu.

“Saya dapat mengekalkan keseimbangan lebih lama. Bagi mereka yang sudah berpengalaman dalam senaman, paha anda pasti akan “menjerit” sama,” kongsinya.

Satu kelemahan yang dikesan, kedudukan kaki yang disarankan pada peranti itu ialah terlalu sempit kerana dirinya agak tinggi. Anda perlu berdiri mengikut posisi kaki yang dilukis pada tikar.

Bagi individu berbadan besar, peranti itu boleh menjadi masalah kerana paha mereka mungkin bergesel antara satu sama lain dan menyebabkan ketidakselesaan.

“Namun begitu, saya menyukai komponen pembentukan wajah yang membolehkan pengguna duduk di kerusi, meletakkan kaki di atas peranti dan mendakap muka dengan tangan.

“Ia begitu melegakan sakit kepala serta memberikan urutan yang menyenangkan pada muka dan kaki,” jelasnya.

Keputusan masih belum jelas sama ada terapi getaran ini lebih baik daripada senaman kardiovaskular biasa dan latihan kekuatan.

Namun, apa-apa bentuk senaman adalah lebih baik daripada tiada langsung. Jadi, jika anda kesuntukan masa, berdiri di atas peranti ini selama 15 minit setiap hari sudah memadai untuk membantu badan anda kembali bertenaga.— The Star/REVATHI MURUGAPPAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram