
APABILA melancong pastinya kita berhasrat membawa pulang buah tangan untuk rakan-rakan dan seisi keluarga.
Akan tetapi jangan sesekali menjadi mangsa penipuan peniaga dek kerana kita orang luar atau asing di destinasi percutian yang dikunjungi terutama apabila membeli di pasar malam atau gerai tempatan.
Dikongsikan menerusi Facebook Mynewshub, tular video menunjukkan dua wanita Malaysia membeli anggur di pasar tempatan dipercayai di Vietnam dan cuba ditipu peniaga buah-buahan tersebut.
BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya
BACA LAGI: Uniknya flora hidup, Taman Negara Kinabalu tersenarai 8 lokasi safari terbaik Asia
Tangkap layar di ruangan komen.
Video milik @ifanazirahnawi, memaparkan ketegasan menghalang proses pembelian apabila berlaku penipuan ketika menimbang buah anggur yang ingin dibeli olehnya pada harga 100VND.
Kemudian, apabila diberikan wang seperti mana yang dipersetujui, peniaga tersebut meminta supaya dibayar pada harga yang lebih tinggi.
“200VND (harga yang diminta),” kata peniaga itu.
Wanita yang dipercayai berasal dari Kelantan itu berdasarkan loghatnya, bertegas untuk membayar harga yang telah dipersetujui pada awalnya.
Dengan pantas, peniaga tersebut mengambil duit tersebut dan plastik yang telah dibungkus anggur itu dikurangkan buah tersebut sambil mendakwa timbangan terbaharu adalah harga yang dimahukan iaitu 100VND.
Malah, penipuan terhadap timbangan tersebut dilakukan di depan mata wanita tersebut.
Melihatkan tindakan peniaga tersebut, wanita berkenaan mengambil semula plastik berisi anggur dan menambah anggur yang telah dikurangkan, namun dihalang peniaga tersebut.
Bagaimanapun lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.
Rata-rata warganet berpuas hati apabila melihat gadis tersebut berkeras mengambil semula duit yang diberi kepada peniaga itu.
“Baru bertemu buku dengan ruas, berapa ramai dah agaknya mangsa yang dia tipu,” kata pengguna Facebook, An Nisa.
“Kalau aku daripada awal tak beli dah. Kadang-kadang cakap kita buat baran tempat orang walaupun tahu kita yang betul dan penjual yang penipu,” luah Nazreen Nazri.
“Haa kena kau dengan orang Kelantan hahahah. Nak berniaga sangat,” ujarnya sorang lagi pengguna.
Buat mereka yang ingin melancong ke luar negara, dinasihatkan untuk berhati-hati ketika membeli buah tangan.
'Harga pelancong’ sering berlaku di mana-mana saja dan berhati-hati jika anda membawa duit tunai ketika berada di tempat awam kerana anda berisiko untuk ditipu atau disamun.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram