
MEMBELI motosikal terpakai sering dianggap sebagai langkah bijak, lebih-lebih lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sama ada menerusi bayar penuh secara tunai atau pun menggunakan pinjaman bank untuk ansuran bulanan, motosikal boleh dikatakan sangat praktis digunakan terutama di kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya.
Namun begitu, langkah untuk membeli motosikal terpakai tidak semestinya tidak bagus.
Malah, anda boleh mendapatkan unit yang sangat berkualiti dengan perbatuan yang sangat rendah seperti di iMotobike yang menawarkan pelbagai jenis model motosikal terpakai.
BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya
BACA LAGI: Meriam lapuk, motosikal tentera antara 'harta karun' dijumpai skuba di dasar laut
Mungkin kerana pemilik asalnya ingin menukar motosikal baharu atau tidak selesa dengan pilihan yang dibeli oleh mereka, jadi memang bertuah.
Memiliki keterujaan untuk membeli motosikal terpakai jangan sampai anda menyesal atau menyusahkan diri di kemudian hari.
Jadi, memiliki pengetahuan asas tentang apa yang perlu diperhatikan sangat penting sebelum memilikinya.
Majoriti kepada anda enam redflag yang wajar diberi perhatian sebelum membuat keputusan membeli motosikal terpakai:
1) Motosikal tanpa geran asli
Ketiadaan bukti pemilikan bukan sekadar kelemahan kecil, malah risiko bahayanya sangat besar. Jika penjual tidak dapat mengemukakan geran asal atau dokumen pemindahan milik, sebaiknya hentikan niat untuk memilikinya.
Motor tanpa dokumen sah sukar didaftarkan, tidak boleh diinsuranskan, dan boleh jadi iai terlibat dalam kes kecurian atau penipuan.
2) Harga terlampau murah
Sama ada terdapat kerosakan tersembunyi, enjin bermasalah atau motosikal curi, harga yang tak masuk akal dan walaupun sudah melakukan rundingan boleh mencetuskan keraguan.
Caranya mudah, bandingkan harga dengan pasaran semasa dengan platform motosikal terpakai yang dipercayai seperti iMotorbike, Mudah.my atau iMotor. Jika terlalu mahal, anda mungkin akan di scam oleh penjual
3) Rekod servis hilang
Sejarah servis dapat menunjukkan penjagaan motosikal yang baik secara jelas. Pastikan penjual menunjukkan log penyelenggaraan atau resit servis.
Jika tiada, jangan ragu-ragu tinggalkan saja tempat itu dan cari motosikal lain, ada kemungkinan motosikal tidak dijaga dengan baik. Masalah mekanikal mungkin tidak pernah diperbaiki dan masalah bakal menimpa anda.
4) Kondisi luaran motosikal dan tanda kemalangan
Calar sikit di bahagian badan itu normal untuk motosikal terpakai, tapi kalau handlebar bengkok, ekzos kemek, cat bercampur, rim gelong atau rangka tidak sekata menandakan sejarah kemalangan yang serius.
Kerosakan rangka yang tersembunyi boleh mengancam keselamatan jangka panjang. Jadi, jangan tergesa-gesa untuk buat pembelian, buat pemeriksaan atau pandu uji terlebih dahulu untuk kenal pasti keadaan sebenar.
5) Kondisi enjin motosikal
Kebocoran minyak, bunyi ketukan aneh, atau asap ekzos berlebihan semuanya adalah petanda bahaya. Masalah dalaman sebegini biasanya berpunca daripada penjagaan yang lemah atau kerosakan enjin yang bakal menelan kos tinggi.
Kaedah nak tahu keadaan enjik, periksa bahagian tersebut ketika sejuk, dan lakukan pandu uji untuk menilai prestasi sebenar motosikal.
6) Tayar dan brek tidak sekata
Tayar haus tidak sekata menandakan masalah alignment atau suspensi. Brek pula, jika disc calar teruk atau pad nipis, menunjukkan motosikal tidak diservis dengan betul.
Kedua-duanya terus memberi kesan pada keselamatan dan boleh membahayakan penunggang, terutama ketika hujan atau kecemasan.
Makan dari sudut itu anda boleh runding harga yang lebih rendah kerana anda perlu menukarkan jika keadaan atau bahagian motosikal yang lain masih baik
Tuntasnya motosikal terpakai boleh jadi pelaburan yang berbaloi, dengan syarat anda tahu apa yang perlu diperhatikan.
Dengan semakan asas, anda boleh menikmati kualiti dan prestasi setanding motosikal baharu tanpa perlu berbelanja besar.
Di pasaran yang sangat bergantung pada kepercayaan, langkah keselamatan seperti semakan rekod, jaminan dan iklan yang disahkan menjadi kunci.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram