Melangkah ke pentas dunia, anak kelahiran Sabak Bernam hargai usaha murni guru Bahasa Inggeris


  • Massa
  • Ahad, 28 Sep 2025

Teh alami kesukaran dan terpaksa merujuk berpuluh-puluh perkataan namun, kesabaran akhirnya membuahkan hasil.

BERKONGSI  perjalanan hidup, penulis kolum Heart & Soul The Star, Vincent Teh, menghargai perjalanan kerjaya yang dipupuk oleh gurunya yang dipanggil Cikgu Yan.

Dibesarkan di Sabak Bernam, Selangor, Teh yang berasal daripada sebuah bandar kecil yang damai memberitahu bahasa Inggeris jarang dituturkan oleh kerana guru subjek berkenaan yang mampu mengajar dengan barkesan sukar ditemui dan sumber pembelajaran amat terhad ketika itu.

“Saya belajar bahasa Inggeris secara hafalan di sebuah sekolah rendah Cina, di mana guru mengajar dalam bahasa Cina, menekankan tatabahasa dan menyediakan kami ujian ejaan. Bagi saya, bahasa Inggeris hanyalah satu lagi mata pelajaran,” katanya.

BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya

BACA LAGI: Meriam lapuk, motosikal tentera antara 'harta karun' dijumpai skuba di dasar laut

Perubahan berlaku ketika beliau darjah lima dan ketika bertemu Cikgu Yan, seorang tutor persendirian berpendidikan Inggeris yang pulang dari bandar untuk mengajar di pekan kami.

Kelasnya jauh berbeza daripada apa yang pernah saya alami, menarik, lucu, dan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris kecuali sesekali menggunakan frasa Cina untuk membantu pemahaman.

Ketika itu, gurunya itu hampir tidak tahu bertutur dalam bahasa Cina, jadi pendedahan kami kepada bahasa Inggeris meningkat mendadak. Kemudian saya tahu, kaedah ini ada namanya  “total immersion. 

Beliau mendesak kami untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, walau seberapa patah sekalipun. “Practice makes perfect” adalah mantranya.

“Saya bercakap setiap kali ada peluang malah dengan diri sendiri tanpa menghiraukan kawan-kawan yang mengejek saya kononnya berlagak,”ujarnya.

Cikgu Yan mengajar sesuatu yang tidak diajar oleh guru lain, menggunakan kamus bahasa Inggeris sehala.

“Kami membeli Oxford Wordpower Dictionary for Malaysian Students, dan kemudian menaik taraf ke Oxford Advanced Learner’s Dictionary yang masih saya simpan hingga kini. Pada zaman sebelum media sosial, menyelak helaian kamus menjadi hobi yang mengukuhkan asas bahasa Inggeris saya,” jelasnya.

Selain itu, Cikgu Yan juga menggalakkan kami menonton lebih banyak rancangan TV berbahasa Inggeris dan salah satu kegemarannya ialah American Idol.

Malah secara khususnya, guru itu menyuruh untuk mendengar juri rancangan tersebut Simon Cowell dari Britain.

“Mungkin kerana pertuturannya lebih perlahan. Saya ikut nasihatnya, dan lama-kelamaan saya mula memahami perbualan. Ironinya, saya juga mula jatuh cinta dengan nyanyian,” terangnya.

Beliau turut menggesa untuk membaca lebih banyak bahan dalam bahasa Inggeris dan mencadangkan The Star sebagai pilihan mampu milik. Bahkan, menyarankan membeli edisi Ahad kerana ada sisipan tambahan.

Pada mulanya, Teh alami kesukaran dan terpaksa merujuk berpuluh-puluh perkataan. Namun, kesabaran akhirnya membuahkan hasil.

Sedikit demi sedikit, budak kampung bernama Teh mula memahami artikel tanpa kerap bergantung pada kamus, dan perbendaharaan kata serta penulisannya meningkat dengan sangat ketara.

“Ketika di tingkatan lima, saya menerima sebuah komputer meja terpakai daripada saudara, bersama dengan akses Internet.

“Saya mula menghantar artikel kepada The Star, sambil mengasah kemahiran menulis. Apabila artikel pertama saya diterbitkan, saya benar-benar teruja dan menaikkan keyakinan diri seterusnya mendorong saya untuk terus menulis,” ujarnya.

“Lebih 20 tahun kemudian, bahasa Inggeris telah membawa saya daripada seorang budak kampung kepada seorang profesional di Singapura. Kemahiran bahasa Inggeris membolehkan saya berunding dengan berkesan bersama pihak berkepentingan antarabangsa dan melancong dengan yakin atas urusan kerja.

“Ia telah meluaskan pendedahan global saya dan membuka ufuk baharu dalam hidup saya dan, sebahagian besar perjalanan itu saya terhutang budi kepada dorongan tanpa putus asa daripada Cikgu Yan,” jelasnya. —The Star/VINCENT TEH

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram