
SUNGAI seringkali menjadi tarikan orang ramai untuk dijadikan tempat untuk bercuti bersama seisi keluarga. Boleh mandi manda, barbeku dan bermalam dengan aktiviti perkhemahan.
Suatu ketika dahulu, sering kita melihat penduduk yang tinggal berdekatan sungai menjadi kawasan sungai itu sebagai tempat mencuci pakaian cara tradisional selain dijadikan sebagai sumber minuman.
Mungkin saja sekarang ini masih ada tapi sangat kecil bilangannya.
BACA LAGI: 'Fish spa' dalam kolam biasa sangat, Bombon Kg. Marakau guna air sungai asli, ikan saiz 'gorgon'
BACA LAGI: Pentingnya serat ketika usia semakin lanjut, ketahui 5 diet ideal pengambilan 'fiber'
Valtoare ialah sejenis mesin basuh tradisional yang digunakan oleh masyarakat di kawasan pergunungan Romania
Namun, jika anda ingin melihat aktiviti mencuci pakaian menggunakan air sungai bersama mesin tradisional, apa kata hadirkan diri ke Romania.
Sedia maklum, Romania merupakan sebuah negara yang begitu cantik dan ada banyak istana dan tempat-tempat cantik yang penuh dengan sejarah tersendiri.
Antara yang disyorkan untuk anda hadir ialah bandar purba yang terkenal dan dilindungi UNESCO, Sighișoara. Begitu juga dengan bandar seni mereka di Sibiu termasuk Istana Peleș yang dibina megah di sana.
Jadi, jika anda melancong ke sana pastikan anda singgah ke di wilayah Maramureș untuk melihat aktiviti mencuci yang dipanggil Vâltoare dan masih digunakan hingga sekarang.
Valtoare ialah sejenis mesin basuh tradisional yang digunakan oleh masyarakat di kawasan pergunungan Romania sejak ratusan tahun dahulu.
Ia tidak menggunakan mesin moden namun dicipta satu sistem unik yang menggunakan arus sungai semula jadi untuk mencuci kain dan pakaian.
Menggunakan arus deras sungai sebagai daya penggerak 'mesin' tersebut, terdapat tiga sungai yang direkodkan menggunakan kaedah sama iaitu Sungai Mara, Sungai Vișeu dan paling ikonik serta masih mengekalkan tradisi berkenaan ialah di kawasan Sungai Iza.
Biasanya mesin tersebut diperbuat daripada kayu bulat atau batu berbentuk seperti corong besar atau tong silinder.
Kemudian menggunakan deras air dengan tekanan tekanan kuat yang menghasilkan arus pusaran yang berputar dan bergeser dengan pakaian.
Sistem tersebut juga membuktikan bahawa betapa unik dan cekapnya masyarakat di Maramureș memanfaatkan alam semula jadi untuk menjalankan rutin harian mereka.
Inovasi yang luar biasa dan tidak langsung menggunakan elektrik. Jangan ingat masyarakat di sana gunakan vâltoare basuh baju dan kain saja, mekanisme itu turut digunakan untuk membilas karpet, kain tenunan tradisional, dan fabrik tebal.
Jadi, lokasi dan aktiviti tersebut menjadi warisan budaya Romania yang melambangkan masyarakat luar bandar yang kreatif dan cukup serasi dengan alam semula jadi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram