
BUAT peminat Formula 1 (F1) di Malaysia, meskipun perlumbaan Formula 1 (F1) sudah tidak lagi dilangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang buat masa ini, anda masih lagi berpeluang untuk menyaksikan pelumba-pelumba profesional beraksi secara langsung di Singapura.
Lokasi yang kini menjadi satu-satunya negara yang paling dekat dengan Malaysia itu mampu melepaskan gian anda untuk mendengar deruan enjin dan pecutan kereta terpantas itu dengan penuh keghairahan.
Trek F1 Singapura yang terletak di Litar Jalan Raya Marina Bay, yang bakal diadakan pada 3 hingga 5 Oktober 2025 itu, pasti memberikan anda sebuah pengalaman yang cukup luar biasa.
BACA LAGI: 'Fish spa' dalam kolam biasa sangat, Bombon Kg. Marakau guna air sungai asli, ikan saiz 'gorgon'
BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya
Buat anda yang tidak pernah menyaksikan F1 di Singapura, ini lima perkara yang anda perlu tahu.
1) Perlumbaan Malam Pertama di Dunia
Grand Prix Singapura menjadi lokasi ikonik dunia selepas ia secara rasmi dia jadikan sebagai trak perlumbaan F1 yang pertama diadakan pada waktu malam pada 2008.
Mendapat pelbagai jenis maklum balas daripada pasukan pelumba mahupun pelumba F1 itu sendiri, ia menjadi sebuah cabaran baharu ketika itu dan suasana bandar diterangi limpahan lampu warna-warni yang banyak.
Ia cukup memberikan suasana unik dan berprestij berbanding perlumbaan lain ketika itu.
2) Latar belakang bandar ikonik
Apabila malam menjelma, suasana pencakar langit di sekitar Marina Bay, mula menyalakan lampu dan hampir setiap mercu tanda negara tersebut seperti Marina Bay Sands serta Singapore Flyer menjadi latar belakang perlumbaan.
Suasana yang menjadi buah mulut orang ramai ketika kali pertama perlumbaan tersebut diadakan. Ia menjadikan tontonan perlumbaan yang sangat memukau, baik secara langsung mahupun di televisyen.
3) Suasana festival dan hiburan
Menjadi budaya acara F1 sekarang ini untuk menjadikan ia bukan sekadar perlumbaan. F1 Singapura tidak terlepas untuk mengadakan pelbagai acara yang berprestij dan begitu menghiburkan seperti pesta jalanan, pameran automotif dan persembahan budaya.
Ini membuktikan gabungan festival muzik dan sukan perlumbaan juga begitu serasi seperti litar di negara lain.
Seiring dengan waktu malam, sudah semestinya di sekitar kawasan trek perlumbaan akan dimeriahkan dengan percikan bunga api sejurus sahaja pelumba pertama berjaya melepasi garisan akhir perlumbaan.
4) Konsert mega
Seiring dengan suasana hiburan dan festival yang luar biasa, F1 di Singapura sentiasa menghidangkan sebuah konsert mega yang dihadiri oleh nama-nama ternama.
Nakal menggegar pentas Singapura Oktober ini, konsert mega tersebut akan menampilkan G-Dragon, Foo Fighter, Elton John, Alan Walker dan banyak lagi. Dimaklumkan lebih 40 selebriti dan kumpulan akan membuat persembahan.
5) Cabaran trek bandar
Bercakap mengenai litar Marina Bay Street Circuit, trek bandar tersebut terkenal dengan selekoh ketat, jalan sempit sehingga anda akan menyaksikan geserin atau percikan api yang begitu kerap pada kereta F1.
Begitu juga dengan cuaca, walaupun malam, cuaca panas lembap Asia bakal menguji ketahanan fizikal pelumba serta strategi pasukan masing-masing.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram