Meriam lapuk, motosikal tentera antara 'harta karun' dijumpai skuba di dasar laut


  • Hobi
  • Khamis, 25 Sep 2025

Bukan setakat menyaksikan berenang ketika skuba, jangan terkejut jika temui barang peninggalan perang di dasar laut. — dpa

SKUBA merupakan sebuah aktiviti menyelam yang cukup memberi peluang kepada anda untuk menikmati dan mengetahui apa yang ada di dalam laut.

Mungkin ikan dan batu karang menjadi objek utama akan tetapi terdapat beberapa objek yang mungkin anda tidak pernah terfikir akan jumpa semasa melakukan aktiviti tersebut.

Meriam anti-pesawat yang sudah usang, motosikal tentera dan kenderaan perisai serta ikan-ikan berwarna-warni di sekelilingnya menyambut kita di bangkai kapal ini.

BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya

BACA LAGI: Makin terang makin selamat, pentingnya lampu jika berkayuh di waktu malam

Antaranya, kapal kargo British ini tenggelam semasa Perang Dunia Kedua dan hanya ditemui semula pada tahun 1956 oleh ahli oseanografi Perancis, Jacques Cousteau.

Kini ia terletak di kedalaman sekitar 30 meter, masih terpelihara dengan baik dan mudah diakses serta menjadi faktor lokasi menyelam paling popular.

Di bahagian lautan dunia seperti dari Norway ke Malta dan Aruba ke Australia ia dikatakan spot perkuburan bagi kebanyakan kapal karam yang menjadi tarikan penyelam.

Salah satu bangkai kapal yang paling berwarna-warni ialah kapal kargo Jane C yang terletak pada kedalaman 27 meter di perairan Aruba, Caribbean.

Coraknya karang berkilauan tumbuh pada bahagian luar sementara pari manta dan belut moray berenang mengelilinginya memberi elemen yang sangat unik.

Kapal tersebut juga mempunyai kisah menarik. Menurut pihak pelancongan Aruba dikatakan pihak kastam menemui beberapa tan kokain di atasnya, kemudian ia ditenggelamkan pada tahun 1988 supaya boleh dijadikan terumbu tiruan.

Pada 2022, kapal tangki minyak MV Hephaestus yang rosak ditenggelamkan di pulau Gozo, Malta, setelah pihak berkuasa memastikan semua sisa minyak dan pelincir telah dibersihkan terlebih dahulu.

FILED - Diving off the Maltese island of Gozo. Photo: Heritage Malta/dpa-tmn - ATTENTION: editorial use only in connection with the aforementioned text and only if the credit mentioned above is referenced in full

Menyelam di pulau Gozo di Malta.

Di sini menunjukkan peluang dan lokasi selaman bangkai kapal semakin meningkat. Pertama, kapal karam baharu terus ditemui, contohnya di Laut Baltik.

Kedua, langkah pemuliharaan alam sekitar di Mediterranean membantu memulihkan dunia bawah laut, sekali gus menjadikannya lebih menarik untuk diterokai termasuk bangkai kapal.

Di Eropah sahaja, sudah ada banyak pilihan seperti Costa Brava Sepanyol, perairan Mallorca, pulau Rab di Croatia, bandar Pula di Istria, atau pantai barat Sicily di mana kapal tangki Pavlov yang tenggelam pada tahun 1978 masih ada di sana.

Norway juga menawarkan lokasi selaman menarik. Banyak bangkai kapal dari Perang Dunia Kedua yang dikisahkan sering berlayar pada waktu tetapi diserang bom, mereka cuba mendarat di daratan.

Salah satu lokasi dengan beberapa bangkai kapal berhampiran pantai ialah di Gulen, dekat Bergen.

Namun, airnya sangat sejuk dan hanya sesuai bagi penyelam yang biasa dengan suhu sedemikian.

Kapal perang juga terdapat di dasar laut Scapa Flow, sebuah teluk antara Kepulauan Orkney di utara Scotland.

Ia digunakan sebagai pelabuhan semula jadi ketika Perang Dunia Pertama bahkan lokasi itulah, Armada Laut Jerman menenggelamkan sendiri kapal mereka beberapa bulan selepas perang berakhir.

Jadi buat penyelam di luar sana, sudahkah anda menerokai kawasan skuba yang memiliki kapal perang yang karam seperti di atas? Pastikan ia masuk dalam senarai anda.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

skuba, Kapal perang, batu karang, Gozo, Malta,