'Fish spa' dalam kolam biasa sangat, Bombon Kg. Marakau guna air sungai asli, ikan saiz 'gorgon'


  • Nomad
  • Ahad, 28 Sep 2025

Tiada had masa yang ketat untuk berada di spa ikan, jadi rancang perjalanan anda dan hadirkan diri ke Bombon Kg. Marakau.

Fish Spa atau spa ikan menjadi satu terapi yang agak unik dan begitu seronok untuk dicuba buat mereka yang tidak pernah alaminya.

Terapi ini menggunakan kaki anda yang dicelup ke dalam bekas air berisi ikan yang banyak. Kemudian ikan-ikan tersebut akan memakan sel-sel mati pada kaki, lalu menimbulkan rasa geli bercampur teruja.

Kebaikan melakukan rawatan tersebut mampu merawat kaki anda untuk membuang sel kulit mati, melancarkan peredaran darah, mengurangkan stress, meningkatkan kesihatan kulit dan menikmati urutan semula jadi yang lembut berikutan pergerakan ikan di kaki.

BACA LAGI: Teroka destinasi pelancongan berasaskan komuniti diiktiraf PBB, khususnya di Batu Puteh

BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya

 

Dikatakan ikan-ikan di situ berenang secara bebas di sungai dan dimiliki oleh komuniti kampung tersebut.

Kebiasaanya rawatan ini disediakan di pusat-pusat spa sama ada di dalam bekas plastik atau akuarium khusus.

Akan tetapi Bombon Kg. Marakau, Ranau, Sabah, tersedia sebuah kawasan fish spa yang cukup luar biasa kerana menggunakan air sungai asli di kawasan tersebut.

Malahan, ikan-ikannya pula bersaiz agak besar dan beberapa jenis spesies ada di situ, memang unik dan pasti mengejutkan anda.

Mungkin nampak seram pada awalnya kerana saiz ikan yang datang ke kaki anda itu sebesar 5 kilogram ke atas.

Namun apabila ia mendekati anda, ikan tersebut sangat jinak dan menggigit kaki anda dengan begitu lembut.

Dikatakan ikan-ikan di situ berenang secara bebas di sungai dan dimiliki oleh komuniti kampung tersebut.

Cuba bayangkan anda mencelup kaki di dalam air sungai yang sejuk sambil dikelilingi ikan-ikan besar, memang cukup berbeza seperti di premis spa.

Anda juga dibenarkan untuk memberi makan ikan-ikan tersebut namun makanan tersebut khusus untuk beberapa jenis sahaja.

Pengunjung tidak boleh sesuka hati menggunakan makanan luar kerana dikhuatiri memberikan risiko terhadap sungai dan ikan-ikan tersebut.

Menerusi ruangan komen di TikTok @Bombon Kg. Marakau, ramai yang teruja dengan suasana di lokasi tersebut.

Bahkan, ada yang sudah pun hadir ke sana dan memaklumkan tempat tersebut umpama sebuah syurga kecil yang cukup hebat.

 

 

 

The little paradise,” kata seorang pengguna media sosial di ruangan komen.

“Terbaik Bombon Marakau, menceriakan pengunjung terutamanya budak-dudak,” komen seorang lagi.

Tiada had masa yang ketat untuk berada di spa ikan, jadi rancang perjalanan anda dan hadirkan diri ke sini.

Bagi mereka yang berada di Semenanjung, tempah tiket awal dan terbanglah anda ke Sabah.

Beli tiket awal dapat murah, selamat menjelajah! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram