
MUNGKIN segelintir daripada kita menganggap hobi memancing itu hanyalah aktiviti yang membuang masa. Tapi mudah kata, siapa yang tahu nikmat dan giannya saja yang akan faham.
Setiap lokasi pasti ada perbezaan ‘rasa’ tarikan ikan yang memakan umpan. Apatah lagi jika jika ikan laut, pemancing perlu menggunakan joran yang sesuai dan lebih berkualiti.
Takut-takut semasa mengail, patah pula batang joran atau terlucut umpan di mulut ikan yang mempunyai nilai yang agak mahal.
BACA LAGI: Mahu bersantai 'port best' di Mersing? Felda Residence Tanjung Leman lengkapkan percutian anda
Statistik Pendaratan Ikan 2024 oleh Jabatan Perikanan mengesahkan perairan di Malaysia kaya dengan ikan pelagik.
Kalau nak tahu, ikan pelagik adalah ikan yang hidup di ruang air terbuka di lautan dan tasik, bukan berhampiran dasar laut atau pantai.
Manakala, ikan selayang, pelaling, kembung, tongkol dan cencaru terus mendominasi hasil tangkapan nelayan atau pemancing.
Menduduki tiga carta atas, ikan paling banyak ialah ikan selayang pelaling diikuti kembung.
Menduduki carta tertinggi adalah ikan selayang dengan lebih 94,000 tan dibawa naik ke darat, diikuti pelaling dan kembung diikuti ikan dasar seperti kerisi dan gelama.
Ada sebab mengapa ikan pelagik menjadi pilihan utama. Antara sebabnya ialah pergerakan berenangnya yang pantas, bergerak berkumpulan, dan sentiasa mengikuti kumpulan ikan umpan.
Dengan joran sederhana ringan, set joran 25 paun (lb) dan perambut jenis Apollo, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Perambut Apollo ialah teknik paling ringkas dalam dunia memancing, tetapi tetap berkesan.
Turunkan tali dan biarkan batu ladung membawanya ke pertengahan air sebelum menggerakkan joran ke atas dan ke bawah dengan kuat untuk memulakan rentak jigging.
Rahsianya terletak pada rambu-rambu perak yang diikat pada mata kail. Kilauan yang berkelip seperti ikan bilis yang melarikan diri. Ia mampu menarik atau menggoda ikan untuk mendekati lalu memakan umpan terutamanya ikan selayang atau kembung.
Apabila ikan pelagik menyambar, tangkapan biasanya banyak kerana mereka bergerak berkumpulan, dan semestiknya hujung joran akan menari dengan rancak.
Penggunaan batu ladung berat akan mengekalkan perambut tegang ketika ikan menariknya ke bawah.
Jadi, apabila ikan tersangkut dan meronta untuk melepaskan diri, tali pancing kekal kemas dan tidak mudah bersimpul.
Jika anda menurunkan tali hingga ke dasar laut, ada kerisi dan gelama yang sememangnya penghuni dasar klasik.
Pemancing biasanya menggunakan perambut kecil dengan dua atau tiga mata kail, dipasang umpan seperti udang, hirisan ikan kecil atau sotong.
Simpulan “dropper loop” yang digunakan untuk mengikat mata kail pada tali utama membantu mengekalkan kekemasan.
EDDIE CHUA
Menggantung perambut sedikit di atas dasar laut ialah cara terbaik untuk memujuk ikan menyambar.
Sangkut saja gelama di mata kail bunyi “kerok” pasti kedengaran. Walaupun hasilnya kecil, pengalaman itu tetap memuaskan hati.
Kerisi, ikan yang lebih cantik dengan sisik merah jambu berkilauan sering datang berkumpulan dan dapat memenuhi kotak ikan dengan cepat.
Tidak kira sama ada serangan ikan berlaku di pertengahan air atau tarikan konsisten di dasar laut, dapat saja ikan berkenaan tetap memuaskan.
Secara dasar, memancing ikan pelagik tidak memerlukan peralatan mewah atau mahal, sebaliknya hanya kesabaran termasuk perambut yang sesuai dan membiarkan laut menghadiahkan kejutan.
Pada akhirnya, ia bukan tentang berat tangkapan, tetapi tarikan pada tali, lawannya ikan di dalam air pada joran, dan cerita-cerita yang lahir daripadanya.— TheStar/EDDIE CHUA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram