Mulut berbau antara 9 efek dehidrasi, kurang minum air lepas bersenam


  • Sihat
  • Sabtu, 13 Sep 2025

 

 

TIDAK minum air yang mencukupi boleh memberi kesan mendalam kepada tubuh dan minda anda, jadi minum air melebihi sekadar untuk menghilangkan rasa dahaga.

Walaupun ramai antara kita faham setiap hari kita perlu kekal terhidarsi kerana ia adalah kunci kepada kesihatan yang baik, kesan dehidrasi boleh melangkaui rasa haus dan sakit kepala.

Malah, dehidrasi ringan sekali pun secara senyap boleh memberi kesan kepada tubuh dan minda dalam cara yang tidak dijangka.

Satu kajian terkini yang diketuai oleh penyelidik di Liverpool John Moores University, Britain, mendapati bahawa individu yang kebiasaannya minum kurang daripada 1.5 liter air sehari menunjukkan paras tekanan hormon yang tinggi.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: [VIDEO] Uniknya aktiviti ‘rakit tong kimia’ di Felda Residence Tanjung Leman, menyemai ukhwah dan semangat berpasukan

 

 

Alahan boleh menjadi lebih teruk apabila badan mengalami dehidrasi disebabkan peningkatan paras bahan kimia tertentu dalam darah.

Kajian melibatkan 32 peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan sentiasa memenuhi keperluan cecair harian (antara enam hingga lapan cawan sehari, kira-kira 1.5 hingga dua liter), manakala kumpulan satu lagi tidak.

Setiap peserta diberi hanya 10 minit untuk bersedia menghadapi temuduga kerja mengejut, diikuti dengan ujian matematik mental.

Sampel air liur yang diambil sebelum dan selepas ujian terkanan menunjukkan bahawa mereka yang minum kurang air mempunyai paras tekanan yang lebih tinggi.

Jadi, apakah lagi kesan mengejutkan dehidrasi terhadap tubuh?

1. Nafas berbau

“Walaupun kita biasa mendengar simptom dehidrasi yang timbul akibat pendedahan matahari atau senaman seperti keletihan, sakit kepala, rasa dahaga, pening. Ini termasuk pengeluaran air kencing berkurang dan air kencing pekat serta mulut kering.

Contohnya, nafas berbau boleh berlaku akibat pengurangan air liur, yang biasanya membantu meneutralkan bakteria dalam mulut.

2. Mengidam gula

Perkara biasa juga bagi individu yang mengalami keinginan terhadap gula yang tinggi apabila dehidrasi, kerana hati memerlukan air untuk menukar glikogen kepada glukosa bagi menghasilkan tenaga. Kekurangan air akan menyebabkan paras glukosa dalam badan lebih rendah.

3. Alahan bertambah teruk

Alahan boleh menjadi lebih teruk apabila badan mengalami dehidrasi disebabkan peningkatan paras bahan kimia tertentu dalam darah yang meningkatkan sensitiviti.

4. Ketidakseimbangan elektrolit dan kekejangan otot

Dehidrasi memberi kesan besar terhadap keseimbangan elektrolit dalam badan seperti natrium, kalium dan klorida diperlukan untuk pelbagai aktiviti biologi, termasuk penghantaran isyarat saraf dan pengecutan otot.

Apabila badan mengalami dehidrasi, keseimbangan elektrolit penting itu boleh terganggu.

Ketidakseimbangan tersebut boleh menyebabkan pelbagai simptom, daripada kekejangan otot ringan hinggalah lebih serius seperti kekejangan otot tanpa kawalan sehingga kehilangan kesedaran.

5. Penuaan kulit pramatang

Penghidratan yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kesihatan kulit.

Apabila badan berterusan mengalami dehidrasi, kulit menjadi kering dan kurang anjal, menjadikannya lebih mudah rosak. Lama-kelamaan, ia boleh membawa kepada penuaan pramatang dan meningkatkan risiko masalah kulit.

6. Penurunan tekanan darah

Sistem kardiovaskular juga boleh terjejas akibat dehidrasi. Apabila badan kehilangan cecair, isipadu darah menurun dan berpotensi menyebabkan penurunan tekanan darah.

Hal berkenaan boleh mengurangkan bekalan oksigen ke tisu di seluruh badan dan paling kritikal, kejutan hipovolemik iaitu keadaan yang mengancam nyawa apabila jantung gagal mengepam darah untuk memenuhi keperluan dan fungsi dalam badan.

7. Kesan terhadap fungsi kognitif

Dehidrasi juga boleh memberi kesan besar terhadap prestasi kognitif. Otak sangat sensitif terhadap perubahan tahap hidrasi malahan dehidrasi ringan boleh menjejaskan keupayaan mental manusia.

Kajian menunjukkan bahawa dehidrasi boleh menjejaskan tumpuan, ingatan dan keupayaan membuat keputusan.

Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kekeliruan dan disorientasi, yang sangat berbahaya dalam situasi yang memerlukan kewaspadaan, seperti ketika memandu atau mengendalikan mesin.

8. Tenaga rendah

Pengambilan air yang tidak mencukupi sering dikaitkan dengan keletihan dan prestasi fizikal yang menurun.

Air berfungsi menyalurkan nutrisi dan oksigen ke sel di seluruh badan.

Jika tahap hidrasi rendah proses ini menjadi kurang cekap, mengakibatkan tahap tenaga menurun dan prestasi fizikal yang lemah. Kesannya kepada rutin harian hingga ke prestasi sukan, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan semasa bersenam.

9. Meningkatkan risiko batu karang dan jangkitan saluran kencing

Buah pinggang sangat terdedah kepada kesan dehidrasi berpanjangan berikutan pengambilan air yang tidak mencukupi seterusnya meningkatkan risiko batu karang dari semasa ke semasa dengan menambah kepekatan mineral dan bahan buangan dalam air kencing.

Ia boleh menyebabkan pembentukan kristal yang menyakitkan dalam saluran kencing.

Selain itu, dehidrasi yang berterusan boleh memberikan tekanan tambahan kepada buah pinggang, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing dan mungkin menyumbang kepada kerosakan buah pinggang jangka panjang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram