Pemancing dilarang memancing bawah jambatan, elak tragedi


  • Hobi
  • Rabu, 10 Sep 2025

DEMI keselamatan bersama, utamakan keselamatan dan patuhi undang-undang yang ditetapkan. Jangan sesekali ambil risiko yang boleh meragut nyawa hanya kerana hobi di kawasan larangan

BANYAK kita lihat video-video yang memaparkan aktiviti memancing di bawah jambatan Pulau Pinang dengan hasil yang lumayan.

Akan tetapi pernahkan anda terfikir keadaan memancing di situ agak bahaya dan berisiko memandangkan ada yang hanya berdiri di tepi tiang atau dari atas jambatan itu saja untuk memancing.

Malah ada yang tidak memakai jaket keselamatan pun ada.

Untuk pengetahuan, memancing di bawah jambatan adalah dilarang sama sekali kerana kawasan ini diklasifikasikan sebagai kawasan larangan.

BACA LAGI: Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Borneo miliki khazanah pekan kecil buat pencinta kedamaian

BACA LAGI: [VIDEO] Bercuti ke luar negara tanpa lelaki? Ramai wanita kini lebih peka, kaji dulu negara orang sebelum melancong

Risiko yang mungkin berlaku termasuk pemancing terjatuh, lemas akibat arus deras, kecederaan serius serta kemalangan yang tidak dijangka.

Menerusi hantaran di Facebook Jambatan Kedua Sdn Bhd, satu notis telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan tentang larangan memancing di bawah jambatan tersebut dan kawasan larangan.

Peraturan ini diwujudkan bagi melindungi semua pihak daripada risiko keselamatan yang boleh membawa kepada tragedi.

Risiko yang mungkin berlaku termasuk pemancing terjatuh, lemas akibat arus deras, kecederaan serius serta kemalangan yang tidak dijangka.

“Peraturan ini diwujudkan bagi melindungi semua pihak daripada risiko keselamatan yang boleh membawa kepada tragedi.

"Risiko yang mungkin berlaku termasuk pemancing terjatuh, lemas akibat arus deras, kecederaan serius serta kemalangan yang tidak dijangka,” kata kenyataan itu.

Selain itu, larangan tersebut penting bagi memastikan keselamatan struktur jambatan pengguna termasuk dan tidak menjejaskan pihak berkuasa yang sedang bertugas.

Demi keselamatan bersama, utamakan keselamatan dan patuhi undang-undang yang ditetapkan. Jangan sesekali ambil risiko yang boleh meragut nyawa hanya kerana hobi di kawasan larangan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram