
RENTETAN daripada Program Lawatan Suai Kenal anjuran FIC Hospitality Sdn Bhd tempoh hari di Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor, penulis ingin berkongsi sebuah pertandingan yang menarik dianjurkan pihak resort.
Pertandingan tersebut akan menggunakan kolam resort yang unik reka bentuknya sebagai pentas perlumbaan.
Aktiviti tersebut memerlukan kerjasama dan kuat dan sokongan kekuatan serta daya imbang yang sama adil, penulis gelarkan ‘rakit tong kimia’.
BACA LAGI: Lumrahnya pelangi muncul selepas hujan, tapi Kampung Pelangi sentiasa nantikan kunjungan tetamu
Kreativit dan kemahiran berfikir dalam tekanan amat diperlukan ketika membentuk sebuah rakit menggunakan bahan yang diberi.
Kenapa tong kimia, kerana bahan asas rakit tersebut bukan menggunakan buluh atau pelampung tetapi hanya diberikan empat tong kimia berwarna biru, dan lapan batang paip PVC serta tali rafia.
Dipecahkan kepada dua kumpulan dan setiap pasukan dianggotai lapan orang, aktiviti tersebut cukup menarik cukup membakar semangat setiap peserta.
Undang-undang meletakkan satu rakit memerlukan empat pendayung dan setiap individu wajib mendayung rakit tersebut. Masa diberikan lebih kurang 30 hingga 40 minit untuk menghasilkan sebuah rakit.
Di sini kreativiti dan kemahiran berfikir dalam tekanan amat diperlukan. Tiada bimbingan dan tiada tunjuk ajar. Hanya sekeping gambar rakit yang ditampal di papan tanda sahaja menjadi rujukan.
Sejujurnya, meletakkan posisi paip dan tong kimia tersebut mudah tetapi untuk mengikatnya begitu sukar. Anda perlu memastikan setiap sudut tong kimia berbentuk silinder diikat antara satu sama lain.
Setiap peserta diberi tali rafia, empat tong kimia dan lapang batang paip PVC untuk dijadikan rakit.
Sehinggakkan tiada masa untuk berfikir cara ikatan mana yang sesuai, penulis bersama pasukan membuat keputusan menyimpulkan setiap ikat dengan cara ikat mati.
Disebabkan kerisauan yang melampau, takut-takut rakit tenggelam, setiap pasukan memanfaatkan ke semua tali rafia dengan mengikatnya berulang kali, bak kata pepatah kami “janji ikat”.
Kedua-dua pasukan mula memasukan rakit ke dalam kolam renang.
Masa untuk instalasi berakhir, pedal atau pendayung diberikan kini tiba masanya untuk berlumba. Secara amnya, kedua-dua rakut terapung dengan baik walapun terdapat beberapa sudut yang ikatannya kelihatan longgar.
Tips mendayung, letakkan dua individu yang paling bertenaga dan kuat di posisi hadapan untuk mengendalikan dayungan yang kuat dan dibahagian belakang untuk mengawal arah sambil memberi sokongan kelajuan.
Perlumbaan bermula, ketika dayung bermula kelihatan pasukan lawan agak tersasar laluannya kerana ketidakstabilan dayung setiap individu menyebabkan rakit tersebut berpusing.
Nampak mudah tapi penat dan peritnya memang mencabar walaupun mendayung di kolam renang.
Nampak macam mudah dan senang sebab bermain di kolam resort, akan tetapi kepenatannya sukar digambarkan. Kekuatan tangan menjadi peranan, setiap kali dayungan buat setiap kali itulah tenaga dikeluarkan bagi menolak air di dalam kolam.
Sampai habis tenaga dan kering tekak dibuatnya kerana sambil mendayung sambil bersorak untuk menghidupkan semangat.
Servis bertukar tangan, pasuakn yang sampai dahulu ditempat permulaan dikira pemenang.
Servis bertukar tangan apabila tiba di hujung kolam, empat lagi peserta bertukar tempat dan ketika itu kemudian terus berpatah balik dan dayung siapa sampai ke tempat permulaan, siapa sampai dahulu dialah pemenang.
Dari perlumbaan yang dianjurkan itu, penulis dapat merangkumkan aktivit tersebut begitu efektif untuk dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan silatulrahim.
Pengamal media yang hadir dan menyertai aktiviti rakit tong kimia ketika Program Lawatan Suai Kenal anjuran Felda Investment Corporation Sdn Bhd.
Dimaklumkan jika jumlah bilangan ramai, perlumbaan rakit tong kimia akan dilaksanakan di laut yang terletak di sebelah kediaman. Segala aktiviti yang diadakan di sini adalah antara pakej-pakej yang disediakan khusus buat tetamu yang hadir.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram