
KALAU Melaka ada Melaka River Cruise, Pulau Pinang juga ada Penang River Cruise yang menjadi satu lagi permata pelancongan di negeri Utara itu.
Aktiviti itu memberi pengalaman bersantai menaiki bot pelancongan menyusuri sungai sepanjang 15 kilometer sambil menikmati keindahan semula jadi.
Bot tersebut akan membawa penumpang melalui Sungai Juru dan melihat khazanah budaya warisan Seberang Perai.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, pelayaran itu juga menyajikan pengalaman unik kepada pengunjung dengan menyusuri suasana perkampungan.
BACA LAGI: Lumrahnya pelangi muncul selepas hujan, tapi Kampung Pelangi sentiasa nantikan kunjungan tetamu
Pelayaran itu menyajikan pengalaman unik kepada pengunjung dengan menyusuri suasana perkampungan.
Antaranya nelayan tradisional, ladang akuakultur kerang, hutan paya bakau dan panorama Bukit Juru yang menghijau.
“Ia bukan sahaja menambah tarikan pelancongan kepada negeri itu, malah menyerlahkan lagi Seberang Perai sebagai destinasi yang semakin mendapat tempat di hati pelancong,” kata seperti dilaporkan Facebook Penang Kini.
Pelbagai reaksi yang positif dan mencuit hati diberikan oleh warga maya di ruangan komen dengan menyatakan beberapa cadang untuk penambaikan.
Cadangan yang diberikan oleh warga maya di ruangan komen.
Antaranya, penyediaan sampan kecil untuk menyusuri sungai tersebut dan mengadakan pertandingan memancing di sana.
“Macam best, saya lagi hargai kalau ada sampai kecil untuk introvert yang tak suka naik bot dengan orang lain macam saya,” kata Mizo Kudo.
“Nak bagi cadangan, dari KTM Butterworth ke feri terminal agak jauh nak berjalan untuk warga emas, boleh semput dengan bawa bagasi lagi. Kenapa tak sediakan buggy dari KTM ke feri terminal?” komen Eshah Abu Bakar.
Permintaan untuk mengadakan pertandingan memancing.
“Buat trip memancing la sepanjang Sungai Bakau, banyak gorgon (ikan besar) sembunyi,” komen Zamzuehazbella Zzhb.
Terdahulu, pelbagai lokasi di Pulau Pinang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang membuka peluang pertumbuhan pelancongan di negeri tersebut.
Maka, apa tunggu lagi? Rancang perjalanan anda dan hadirkan diri ke Pulau Pinang sebagai lokasi percutian anda.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram