
GAMBAR dalam galeri telefon anda terlalu banyak tapi sayang nak padamkan? Zaman teknologi sekarang, pasti ramai di antara kita yang menyimpan kenangan menerusi tangkapan gambar bersama peranti telefon pintar yang ada.
Adakalanya sehingga memori di dalam telefon tidak dapat menumpang jumlah gambar yang sedia ada sehingga sesetengah daripada gambar kenangan terpaksa dipadamkan tanpa rela.
Jadi, selain daripada menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyimpan gambar, apa kata gunakan empat tip yang dikongsikan di bawah untuk abadikan kenangan yang ada di dalam galeri telefon anda.
Adalah satu amalan yang baik untuk memadamkan gambar yang anda tidak perlukan lagi untuk meringankan pemprosesan telefon anda.
Pilih gambar kegemaran anda
Perhatikan dalam galeri telefon anda, akan ada beberapa gambar yang paling penting dan disayangi untuk kongsikan dengan orang lain, atau ingin lihat melihatnya semula selepas beberapa tahun atau sekadar simpan sebagai rujukan.
Tandakan bintang atau hati pada foto yang berada dalam kategori tersebut, dan memindahkannya ke dalam folder atau album “kegemaran”.
Padamkan, dengan bantuan
Adalah satu amalan yang baik untuk memadamkan gambar yang anda tidak perlukan lagi, termasuk tangkap layar, gambar resit, atau imej pendua.
Tetapi melalui ratusan gambar percutian boleh jadi agak membosankan dan memenatkan tanpa bantuan.
Kini, terdapat banyak aplikasi pemadaman dan pembersihan gambar yang boleh mempercepatkan proses tersebut.
Banyak daripadanya menyerupai aplikasi janji temu seperti Tinder, kerana anda boleh meleret ke kiri untuk padam dan meleret ke kanan untuk simpan gambar. Ada yang percuma, ada juga yang memerlukan langganan.
Ia menjadi lebih mencabar apabila anda mempunyai imej yang serupa tetapi tidak sama.
Yang mana patut disimpan? Sesetengah aplikasi mempunyai fungsi perbandingan untuk membantu anda membuat keputusan.
Antaranya, aplikasi Similars dalam Clever Cleaner sangat berguna, membantu saya mengurangkan gambar, contohnya gambar hampir serupa terus di kesan dan diberi pilihan untuk memadamkannya.
Aplikasi percuma itu mengumpulkan gambar serupa bersama dan kemudian mencadangkan gambar terbaik untuk disimpan.
Tip untuk membantu mengurus foto anda
Walaupun anda telah berjaya tapis gambar-gambar yang sedia ada, ia mungkin masih kekal menunjukkan deretan gambar yang banyak di skrin telefon anda.
Jadi, kumpulkan gambar ke dalam album mengikut tema. Pengguna Android dan iPhone boleh melakukan ini melalui aplikasi Photos pada sistem operasi masing-masing. Pilih semua foto dari satu perjalanan dan masukkan ke dalam album baharu.
Perancangan awal akan memudahkan proses ini. Cipta album dengan tajuk tersendiri, kemudian simpan gambar ke dalamnya sebaik sahaja anda ambil.
Jika anda tidak mahu menetapkan album mengikut kehendak anda, Android dan Google Photos membolehkan pengguna mencipta pautan supaya orang lain boleh melihat album atau gambar tertentu.
Ia tidak semudah itu di iOS, yang hanya membenarkan pengguna mengeksport foto dari album.
Anda boleh berkongsi foto individu dengan pautan iCloud tetapi ia akan tamat tempoh selepas 30 hari.
Jangan lupa untuk mencetak
Setelah anda mengedit dan menyusun gambar percutian, cuba pertimbangkan pendekatan analog untuk menunjukkannya.
Cetak gambar tersebut dan masukkan ke dalam album fizikal yang boleh dibuka helaian demi helaian.
Bahkan anda boleh besarkan gambar yang paling menarik perhatian untuk dibingkai dan digantung sebagai hiasan dinding.
Google Photos menawarkan perkhidmatan pencetakan buku foto yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyusun gambar mengikut tema umum, seperti Musim Bunga 2025, serta menghasilkan susun atur asas tanpa hiasan.
Perkhidmatan lain seperti Mixbook dan Shutterstock pula menawarkan perkhidmatan yang secara automatik menghasilkan buku foto dengan reka bentuk yang lebih menarik.
Mixbook malah boleh menyediakan kapsyen foto yang dijana oleh AI, walaupun hasilnya mungkin sedikit berterabur.—TheStar/KELVIN CHAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram