
PERKEMBANGAN teknologi telefon pintar membuktikan kehebatan lensa yang dicipta hampir sama dengan penggunaan kamera sebenar.
Hari ini, kisah-kisah hebat banyak disalurkan terus menerusi tangkapan gambar di telefon dan dimuat naik di platform media sosial.
Setiap kali keluaran model baharu dilancarkan, orang ramai sukar membezakan antara gambar yang diambil dengan kamera dan yang dirakam menggunakan telefon pintar.
BACA LAGI: Dilabel biasa-biasa saja, tapi realitinya Bukit Botak mampu lakar memori indah buat pendak
Kegembiraan zaman kanak-kanak dan warna ditemani senja yang dirakam menggunakan telefon pintar.
Telefon pintar hari ini bukan lagi sekadar alat komunikasi, tetapi juga teman kreatif.
Bahkan, sesetengah model menawarkan ciri tambahan bukan sahaja untuk penyuntingan, malah juga untuk meningkatkan kualiti foto secara profesional termasuk perisian kecerdasan buatan (AI) digunakan.
Ini termasuk sensor lebih besar, penstabil terbina dan mod cahaya malap yang mampu menandingi kamera sebenar.
Aplikasi suntingan juga tersedia untuk membolehkan pelarasan warna dan sinematik pada gambar, menjadikannya kelihatan seperti hasil filem dengan hanya beberapa sentuhan.
Bagi pendaki, penunggang basikal, pemanjat gunung atau pengembara hujung minggu, telefon pintar ialah teman poket setia sepanjang aktiviti mereka.
Dengan adanya telefon pintar, seseorang tidak perlu menguasai kemahiran teknikal untuk menghasilkan gambar atau video yang cantik. Kemahiran itu boleh dikuasai hanya dengan beberapa helah ringkas.
Bangunan pencakar langit dicium pantulan keemasan ditangkap tanpa menggunakan kamera DSLR.
Antara waktu terbaik untuk merakam gambar ialah ketika matahari terbit atau terbenam apabila cahaya lembut menyelubungi segalanya.
Pada waktu tengah hari, cahaya boleh menjadi terlalu terang atau cerah terutamanya jika mengadakan sesi fotografi di luar.
Dari segi kestabilan, cara terbaik adalah dengan memegangnya menggunakan kedua-dua tangan atau menyandarkannya pada dinding atau tripod mudah alih, bagi mengelakkan gambar kabur dalam pencahayaan rendah.
Pembingkaian juga penting dan boleh memberikan perbezaan. Jadi, tambahkan garisan grid untuk membimbing kedudukan subjek di luar pusat, berdasarkan prinsip “rule of thirds”.
Potret jalanan yang diambil menggunakan telefon pintar di dalam MRT.
Sertakan latar hadapan, bahagian tengah dan latar belakang seperti tanah serta banjaran gunung di belakang.
Jangan gunakan fungsi zoom, sebaliknya berjalan lebih dekat kepada subjek untuk mendapatkan resolusi yang tinggi dan tak pecah untuk rakaman yang lebih dekat.
Gunakan lensa sudut lebar untuk landskap dan lensa jarak dekat bagi merakam tekstur.
Terdapat juga aplikasi suntingan digital yang boleh dimuat turun atau yang tersedia dalam telefon pintar untuk anda menyunting.
Tambahan pula, aplikasi seperti Snapseed atau Lightroom Mobile mampu melaras cahaya terang, mengelakkan keterdedahan berlebihan atau mencerahkan bayang. Ini termasuk memperkayakan warna serta menambah suasana pada gambar.
Namun apa yang lebih penting, biarkanlah gambar berbicara. Subjek yang baik pasti akan menceritakan kisahnya secara sendiri.
Rakam detik-detik kecil, suasana penuh ceria dan warna-warna terang serta cahaya yang memukau.
Butiran kecil inilah yang memberikan makna besar kepada foto anda, khususnya dari segi persepsi dan cara ia dipersembahkan. — TheStar/EDDIE CHUA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram