[VIDEO] ‘Interaktif senang faham’, belajar nilai mata wang sambil kayuh basikal di Muzium Bank Negara


  • Nomad
  • Sabtu, 06 Sep 2025

Bagi yang tidak pernah jejakkan kaki ke sini, rancang perjalanan anda dan hadirkan diri bersama seisi keluarga.

TAHUKAH anda Malaysia mempunyai sebuah lokasi yang yang mengumpul pelbagai jenis info dan pameran berkaitan dengan wang?

Bunyi macam di bank-bank yang sedia ada di negara kita tapi tidak. Muzium Bank Negara Malaysia merupakan sebuah destinasi yang begitu menarik untuk dikunjungi.

Terletak di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, tempat tersebut akan membuka mata setiap pengunjung kira tua mahupun muda untuk melihat pelbagai jenis mata wang dalam dan luar negara bahkan rupa bentuk dahulu pun ada.

 

 

 

 

BACA LAGI: Mahu bersantai 'port best' di Mersing? Felda Residence Tanjung Leman lengkapkan percutian anda

BACA LAGI: [VIDEO] Bercuti ke luar negara tanpa lelaki? Ramai wanita kini lebih peka, kaji dulu negara orang sebelum melancong

Bukan setakat itu, anda juga boleh mengenali dan mempelajari tentang kepentingan ekonomi, perbankan Islam, dan perancangan kewangan bersama-sama Bank Negara berdasarkan informasi yang dikongsikan.

Ia memainkan peranan penting dalam membina kefahaman melalui transformasi polisi ekonomi pada masa hadapan. Jadi, apakah galeri yang ada di sini?

 

 

Muzium Bank Negara Malaysia terlatak di Sasan Kijang, Kuala Lumpur.

Galeri Ekonomi

Galeri ini menerangkan bagaimana ekonomi negara berfungsi. Ia memaparkan info tentang dasar kewangan, inflasi, sistem kewangan dan peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan konsep yang mudah difahami oleh pengunjung.

Maka anda boleh melihat dan tahu bagaimana pergerakkan duit negara itu menyumbang kembali kepada negara.

Di sini, anda akan mendapat gambaran yang mudah serta jelas tentang prinsip-prinsip ekonomi dengan mudah sambul menekankan kestabilan kepentingan kestabilan kewangan negara yang dijaga oleh BNM.

Galeri Sejarah Bank Negara

Berbicara mengenai sejarah, tersedia kisah atau perjalanan dan peranan BNM sejak ditubuhkan pada tahun 1959.

Semua bahan yang diletakkan di dalam ruang tersebut adalah asli seperti artifak lama, dokumen bersejarah, serta peristiwa penting dalam kewangan negara.

Galeri Wang

Tidak sah rasanya kalau pergi muzium duit tidak lihat jenis-jenis wang yang ada bukan?

Galeri wang mempamerkan koleksi wang kertas dan syiling Malaysia dari zaman Kesultanan Melayu, zaman penjajahan hingga sekarang. Ini termasuk pameran transformasi proses pentadbiran wang kertas lama, pengeluaran dan pemusnahan wang kertas usang.

Di sini anda boleh melihat setiap jenis, rupa atau bentuk mata wang yang pernah diterbitkan suatu ketika dahulu.

Terdapat juga pameran yang mendedahkan teknologi keselamatan terkini yang digunakan dalam mencetak dan mengenal pasti wang Malaysia.

Duit-duit lama yang jarang atau tak pernah lihat pun ada termasuk mata wang semasa zaman Jepun dan era British.

Ini termasuk koleksi emas dan perak seperti jongkong emas dan syiling khas yang pernah dikeluarkan oleh BNM.

Mana tahu dalam banyak-banyak wang tersebut, terlihat beberapa helai wang kertas atau duit syiling yang ada dalam simpanan anda, pasti ada nilai yang tersendiri.

Galeri Seni

Bukanlah setiap ruang di dalam muzium ini tentang duit sahaja, terdapat juga pameran seni lukis, ukiran dan instalasi dari artis tempatan dan antarabangsa di letakkan di sini.

Koleksi-koleksi yang ada meletakkan di sini bagi mewarnai lawatan anda bersama anak kecil untuk melihat keindahan seni yang ada di sana.

Malah terdapat permainan interaktif dalam bentuk pendidikan seperti simulasi kayuhan basikal dengan misi yang menarik khas buat kanak-kanak untuk bermain sambil belajar dan mengenali tentang mata wang.

Bagi yang tidak pernah jejakkan kaki ke sini, rancang perjalanan anda dan hadirkan diri bersama seisi keluarga, masuk percuma, tidak sesak dan nak cari tempat letak kereta pun senang.

Tentunya lokasi berkenaan akan memberikan keseronokkan yang tersendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram