'Malaysia rumah saya, tempat saya berasa selamat', hayati luahan budak 9 tahun menuju sambutan 16 September


  • Massa
  • Sabtu, 06 Sep 2025

Hari Malaysia pula menandakan penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu.

SUNGGUHPUN Hari Kebangsaan sudah berlalu, semarak hari bersejarah tersebut masih dirasai. Seiring dengan satu lagi tarikh yang meraikan kehebatan dan kegemilangan negara tercinta iaitu Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September 2025.

Jadi, apa rancangan anda ?

Ramai kanak-kanak masih merasakan keterujaan menyambut Hari Kebangsaan. Tentu sekali ada antara kita yang menonton perarakan berwarna-warni di televisyen bersama keluarga pada 31 Ogos lalu.

Bahkan, kita masih melihat Jalur Gemilang berkibar megah di setiap kawasan di seluruh negara. Inilah lambang keindahan pelbagai tradisi Malaysia.

BACA LAGI: Mahu bersantai 'port best' di Mersing? Felda Residence Tanjung Leman lengkapkan percutian anda

BACA LAGI: [VIDEO] Bercuti ke luar negara tanpa lelaki? Ramai wanita kini lebih peka, kaji dulu negara orang sebelum melancong

Lukisan daripada Kaillash Marimuthu yang dihantar kepada Starchild.

Bagi kanak-kanak, Hari Kebangsaan bukan sekadar cuti umum. Ia menjadi peringatan bahawa Malaysia ialah tanah air kita, tempat kita hidup aman damai bersama rakan-rakan daripada pelbagai kaum dan budaya.

Begitu juga Hari Malaysia, kita harus berbangga menyambut kedua-dua tarikh tersebut kerana negara kita dikenali dengan makanan, perayaan dan rakyatnya yang ramah.

Walaupun sambutan besar telah berakhir, semangat Hari Kebangsaan tetap hidup di dalam hati. Setiap kali kita menghormati antara satu sama lain, berkongsi tradisi dan menjaga negara kita, itu sudah cukup membuktikan masyarakat meraikan Malaysia dengan cara tersendiri.

Lukisan daripada Eliezra Faith Arulandan yang dihantar kepada Starchild.

Ikuti luahan anak-anak kecil kelahiran Malaysia mengenai dua tarikh keramat yang diraikan aitu Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Erica Sophia, 12, berharap Malaysia agar terus kekal aman dan bermuafakat.

“Saya berharap Malaysia akan sentiasa aman dan masyarakat terus bersatu,” katanya.

Selain itu, Eliezra Faith Arulandan, 12, pula berkata, Malaysia adalah rumah buatnya dan amat menyanjungi kepelbagaian yang ada dalam negara.

“Bagi saya, Malaysia ialah rumah saya dan tempat saya berasa selamat. Saya suka kerana orang daripada pelbagai kaum dan agama boleh hidup bersama serta berkongsi makanan, perayaan dan tradisi,” kongsinya.

Bagi Kaillash, 9, meletakkan makna Malaysia buat dirinya sebagai sebuah negara yang bahagia.

“Malaysia bagi saya bermakna keamanan dan kebahagiaan. Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia,” ujarnya.

Negara Malaysia tidak pernah lena daripada kegemilangan yang telah dicapai oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu.

Hari Malaysia merupakan tarikh bersejarah buat negara kerana pada 1963, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah bergabung membentuk sebuah negara dipanggil Malaysia. Namun pada 1965, Singapura telah membuat keputusan keluar dari Malaysia.

Buat makluman, Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun adalah untuk meraikan kemerdekaan negara daripada penjajah manakala, Hari Malaysia pula menandakan penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram